Adakah anda mengalami penyakit kencing kotor ketika hamil? Penyakit ini boleh menjangkiti hampir 10% wanita hamil tetapi ia bukanlah satu penyakit yang berbahaya. Ianya berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh dan organ perkumuhan seperti ginjal, pundi kencing, ureter dan uretra.
Walaupun, penyakit ini tidak mengundang kemudaratan tetapi adalah lebih sekiranya ia dirawat dengan segera terutamanya bagi ibu yang hamil.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kencing kotor ketika hamil dan tanda-tandanya
- Punca kencing kotor berlaku
- Cara pencegahan kencing kotor
Kencing kotor ketika hamil dan tanda-tandanya
Ini adalah antara tanda-tanda yang anda perlu perhatikan sekiranya anda merasa anda mendapat kencing kotor.
- Air kencing berbau atau keruh
- Kerap kencing berbanding biasa atau kencing tak lawas
- Tidak boleh kawal kencing dan sukar buang air kencing
- Sakit sewaktu hendak membuang air kencing
- Keputihan berbau
- Demam, loya, muntah
- Warna air kencing keruh
Perhatikan tanda-tanda sekiranya anda mendapat tanda-tanda diatas disusuli dengan demam, loya atau muntah. Sila buat pemeriksaan dengan segera. Doktor akan mengesyorkan untuk anda membuat ujian air kencing bagi mengesan kencing kotor.
Punca kencing kotor berlaku dalam kalangan wanita hamil
#1. Wanita kebiasaannya mempunyai saluran urethra yang lebih pendek
Tidak seperti lelaki, wanita mempunyai saluran urethra yang jauh lebih pendek dan hampir dekat dengan lubang dubur dan kemaluan membolehkan kuman merebak dengan jauh lebih cepat.
#2. Peningkatan hormon yang tinggi
Tahap hormon dalam tubuh boleh meningkat sewaktu hamil. Ini menyebabkan pundi kencing dan salur kencing bertambah lemah dan melambatkan pengaliran air kencing.
#3. Perubahan pada salur kencing
Rahim yang semakin membesar akan menyebabkan pundi kencing terhimpit dan aliran air kencing menjadi perlahan.
Sebab itulah, wanita hamil mengalami kesukaran untuk membuang air kecil disebabkan otot pundi kencing yang menjadi lemah. Kuman juga mudah membiak disebabkan air kencing tidak dapat ditapis dan dikeluarkan sepenuhnya.
Cara mengatasi kencing kotor ketika hamil
- Jangan tahan kencing
- Pakai seluar dalam daripada bahan yang selesa dan boleh menyerap peluh seperti kapas
- Tukar seluar dalam dengan keram
- Jangan gunakan sebarang pewangi, semburan atau sabun pada kemaluan
- Pastikan anda minum air kosong yang cukup
Implikasi kepada wanita hamil dan kandungan?
Walaupn penyakit ini tidak memudaratkan bagi orang biasa, tetapi wanita hamil yang mengalami masalah kencing kotor berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang yang dinamakan pyelonephritis.
Kesannya ialah, ia mampu merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian bagi si ibu.
Malah, bukan kepada ibu sahaja bayi yang dikandung juga akan turut mendapat risiko kelahiran awal dan berat badan yang rendah. Apa yang penting adalah si ibu harus pastikan untuk sentiasa memerhatikan tanda-tanda sewaktu kencing sekiranya ada. Dan segera berjumpa doktor sebelum terlambat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Mengandung, Ini Senarai Makanan Perlu Dielak
Baca Juga: Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!
Baca Juga: Bila Buang Air Kecil Anak Mesti Menangis & Sakit Pada Kemaluan, Dia Mungkin Kena Kencing Kotor!