Kepentingan berkomunikasi dua hala bukan sahaja baik untuk orang dewasa, malah untuk masa depan anak-anak!
Membesarkan anak bukanlah mudah, terutamanya jika kita tidak mengetahui teknik yang betul. Tahukah anda, berkomunikasi dengan anak pada umur tertentu boleh mempengaruhi perkembangan otaknya?
Perkembangan si manja perlu dipupuk sejak bayi lagi, walaupun dia kelihatan seperti tidak mengerti apa-apa. Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak, walaupun pada dasarnya kita hanya mahukan si kecil gembira dan pastinya berjaya pada suatu hari nanti.
Kepentingan Berkomunikasi: Komunikasi Dengan Anak Menjadikan Mereka Bijak dan Kaya
Kajian dari Harvard dan MIT baru-baru ini mendapati salah satu perkara ibu bapa boleh lakukan bagi meningkatkan kebolehan si kecil adalah berkomunikasi dengan anak.
Penemuan ini menunjukkan kepentingan berkomunikasi pada usia awal, biasanya antara umur 4 hingga 6 bulan, yang akan membantu membangunkan dan memupuk kemahiran dalam hidup kanak-kanak tersebut kelak.
Kajian tersebut juga mendapati kanak-kanak yang bijak berbicara mempunyai kelebihan dalam berunding. Berikut merupakan beberapa kelebihan lain komunikasi secara berbual dengan anak kecil:
- hubungan yang lebih sihat
- tempoh perkahwinan yang lebih lama
- keyakinan diri yang tinggi
- kepuasan hidup
Kepentingan Komunikasi Dua Hala Dengan Si Manja
Ibu bapa sering bercakap dengan anak, “Tolong ambilkan payung!”, “Bagusnya anak mama!” atau “Jangan buat macam itu ya.” namun sebenarnya lebih baik sekiranya anda mengadakan perbualan atau komunikasi dua hala dengan si kecil itu.
Untuk kajian ini, penyelidik menilai 36 kanak-kanak menggunakan pencitraan resonans magnetik berfungsi (fMRI) untuk mengenal pasti perbezaan bagaimana otak bertindak balas kepada gaya perbualan yang berlainan.
Mereka mendapati kawasan Broca, kawasan otak yang memberi tumpuan kepada pengeluaran ucapan dan pemprosesan bahasa, adalah lebih aktif pada kanak-kanak yang terlibat dalam perbualan yang lebih banyak.
Kanak-kanak yang mempunyai lebih banyak pengaktifan di kawasan otak itu mencapai ujian kemahiran bahasa, tatabahasa dan lisan yang lebih bagus.
Ini kerana komunikasi dengan anak yang bersifat perbualan dapat mempengaruhi perkembangan biologi otak si manja. Ibu bapa tidak perlu berbual perkara yang terlalu serius, tetapi cukup sekadar bertanya dan mendapatkan feedback dari anak!
Anak Bijak Tidak Dipengaruhi Latar Belakang Keluarga
Menurut kajian pada tahun 1995, kanak-kanak yang berasal dari keluarga berpendapatan tinggi mempunyai kelebihan bahasa dan komunikasi yang lebih baik.
Namun kajian ini ternyata lebih terkait dengan kelebihan berkomunikasi pada usia kecil kanak-kanak tersebut, dan bukannya taraf atau latarbelakang keluarga mereka.
Menurut John Gabrielli,
“Kaedah berkomunikasi seperti ini berlaku lebih kerap dalam keluarga dari status sosioekonomi yang lebih tinggi, tetapi kanak-kanak yang berasal dari keluarga dengan pendapatan yang lebih rendah atau kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa dengan taraf pendidikan rendah juga menunjukkan manfaat yang sama dari teknik yang sama.”
Wah, menariknya fakta ini ya! Jom kita banyakkan berbual dengan anak-anak untuk memupuk perkembangan minda mereka.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: cnbc.com
Baca juga:
https://my.theasianparent.combercakap-dengan-bayi-dalam-perut