Risau Penularan Covid-19, Lelaki Ini Sukarela Basuh Taman Permainan Kanak-Kanak

Kepentingan kebersihan persekitaran mampu mencegah penyakit berjangkit, contohi kisah lelaki ini yang sanggup membersihkan taman permainan secara sukarela

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak tahun lalu, masyarakat seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak Coronavirus (2019-nCoV) yang dikatakan berlaku akibat kurangnya kesedaran mengenai kepentingan kebersihan diri.

Gejala virus ini dilaporkan merebak begitu pantas yang didorong oleh pergerakan keluar masuk penduduk dari bandar raya Wuhan dalam wilayah Hubei menjelang sambutan Tahun Baru China.

Setiap hari bilangan pesakit disyaki menghidap wabak misteri ini semakin meningkat sehingga mencatatkan kematian tinggi termasuklah negara kita.

Baca juga: Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya? 

Kepentingan kebersihan di tempat awam

Kebanyakan rakyat Malaysia dilihat sangat peka dengan bahaya gejala wabak ini dan pelbagai cara pencegahan telah dilakukan sehingga hampir seluruh farmasi dan kedai kesihatan kehabisan stok topeng muka dan hand sanitizer pada gelombang pertama Covid-19.

Dalam pada itu, telah tular mengenai perkongsian beberapa keping gambar dalam media sosial yang menunjukkan seorang lelaki melakukan aktiviti sukarela. Dia nekad untuk membasuh dan menyental sebuah kawasan taman permainan kerana begitu khuatir gejala ini akan menyerang masyarakat di sekitarnya.

Namun, usaha yang dilakukan olehnya telah dipandang remeh sehingga lelaki ini meluahkan terdapat segelintir penduduk dan netizen telah mentertawakannya.

Menurut Mustaqim, dia melakukan tugas membersihkan taman permainan kanak-kanak ini dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah langkah pencegahan kerana tempat awam tersebut sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, tidak mustahil ia berpotensi sebagai kawasan yang memiliki pelbagai ancaman virus dan bakteria.

Ikhlas membersihkan taman permainan

Aktiviti sukarela yang dilakukan oleh Mustaqim pada hari Sabtu yang lepas di salah sebuah taman permainan yang terletak kawasan Bukit Jelutong U8.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, niatnya hanyalah untuk memastikan para penduduk di kawasan berkenaan tidak dijangkiti koronavirus memandangkan ia dilihat semakin mengganas sehingga memberikan risiko kepada seluruh Malaysia.

Meskipun usaha hati murni dari seseorang yang prihatin ini telah dipandang rendah oleh orang lain, namun dia mendapat komen positif dan pujian dari pengguna media sosial.

Sebenarnya amat jarang untuk menemui insan yang begitu mengambil berat tentang kepentingan kebersihan persekitarannya dan ucapan terima kasih sudah memadai sebagai tanda menghargai usaha yang telah dilakukan.

Langkah pencegahan Coronavirus

Virus Corona yang menyerang masyarakat dunia telah mencetuskan kebimbangan kerana meragut ratusan nyawa. Antara simptom awal penularan wabak ini ialah gejala demam, selsema dan batuk yang menyerang saluran pernafasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah meminta masyarakat agar memandang serius akan gejala ini dan sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan menekankan kepentingan menjaga kebersihan diri.

Antaranya termasuklah: 

#1. Kerap mencuci tangan

foto: shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat sentiasa mencuci tangan adalah perkara yang dilihat biasa, namun ia begitu efektif bagi mencegah penyebaran virus 2019- nCov.

Dalam hal ini, anda perlu memastikan ahli keluarga dan anak-anak membersihkan tangan secara lebih kerap kerana anggota badan yang paling banyak terkumpulnya bakteria dan kuman adalah bermula pada bahagian tangan.

Pastikan anda mempraktikkan amalan ini dengan betul iaitu seluruh tangan dialirkan air yang bersih termasuklah belakang tangan, pergelangan tangan, celah-celah jari dan kuku.

Bukan itu sahaja sebagai ibu ayah, anda perlu menasihati anak-anak untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas makan, setelah keluar dari tandas, menyentuh binatang, membuang sampah atau selepas batuk dan bersin.

#2. Tidak berkunjung ke negara yang berisiko tinggi

Tidak hanya di China, penyakit berjangkit ini telah menular ke beberapa buah negara yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Indiaa, Taiwan dan negara Eropah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa kes juga dilaporkan berlaku di negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vitenam dan Filipina.

Bagi mengelakkan anda dan anak-anak dijangkiti virus ini, seharusnya anda membatalkan terlebih dahulu niat untuk melancong ke luar dari negara.

Adalah lebih baik anda hanya lakukan aktiviti bersama keluarga di dalam negara atau lebih selamat berada di dalam rumah.

#3. Elakkan makanan berasaskan haiwan liar

Wabak Coronavirus yang baru dikenal pasti adalah berpunca dari haiwan seperti ular, kelawar, unta dan tikus.

Bagi anda yang gemar makanan eksotik, harus elakkan pengambilannya dan mengubah tabiat kepada pemakanan yang lebih sihat dan selamat.

Sekiranya anda mengambil daging atau ikan, pastikan ia sudah dicuci dan dimasak dengan sempurna. Hindarilah memilih lauk basah yang sudah tidak segar ataupun busuk.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami simptom seperti batuk atau selesema yang disertai dengan sesak nafas, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik yang berdekatan.

Sumber: Mustaqim Kumar Abdullah Sooria

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: (Video) Bagaimana Batuk Boleh Menyebarkan Covid-19 Di Pasaraya & Bertahan Di Udara