Tidak kira sama ada anda ibu bapa baru atau pun yang sudah berpengalaman, menanti kelahiran si kecil adalah perkara yang sangat mengujakan. Malah setiap kali kelahiran bayi baru, ibu bapa seakan perlu ‘refresh’ semula apa keperluan anak yang perlu disediakan sebaik bayi anda lahir nanti.
Jangan risau ya ibu ayah semua, di sini kami sertakan panduan lengkap mengenai keperluan anak anda dari A-Z! Baik dari keperluan asas hinggalah perlindungan mereka dalam meniti hari-hari baru yang mengujakan.
Checklist keperluan anak
#1. Kelengkapan asas bayi
Katil bayi, meja untuk menyalin lampin, tempat untuk menyusu (termasuk pam susu, botol, nursing pad) anak semua ini perlu disediakan seawal enam minggu sebelum tarikh bersalin. Anda tak akan tahu sekiranya bayi anda ingin keluar lebih awal dari yang sepatutnya.
Baju-baju bayi, lampin, selimut dan tuala bayi semuanya perlu disediakan dengan lengkap. Sedang menyalin lampin bayi dan ingin memakaikan baju tidur, anda lupa untuk menyediakan set baju tidur berlengan panjang, tentu insiden seperti ini mahu dielakkan bukan?
Semak list di bawah untuk keperluan asas bayi yang lengkap:
- Lampin bayi, tisu basah & cecair pembasmi kuman (hand sanitizer). Untuk lampin bayi sentiasa sediakan saiz ‘Newborn’, kerana walaupun bayi mungkin lahir lebih besar, selang beberapa hari beratnya mungkin menurun sedikit. Jadi sediakan saiz yang sepatutnya untuk keselesaan bayi. Sediakan tisu basah yang tiada alkohol dan haruman kerana kulit bayi baru lahir selalunya sangat sensitif. Dan jangan dilupakan cecair pembasmi kuman! Musim pandemik ini, ia adalah item wajib khususnya ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
- Toiletries bayi. Item-item ini sangat penting seperti sabun mandian bayi, losen badan, krim lampin bayi perlu disediakan dengan lengkap!
- Baju bayi & tuala kecil. Ibu-ibu semua tentu tak tahan godaan nak beli baju comel-comel untuk bayi anda, tapi ingat apa yang selesa dan mudah dipakai adalah kunci kesenangan anda kelak. Sediakan baju bayi yang mudah dipakaikan seperti mempunyai butang di hadapan dan baju tidur yang berzip. Elakkan baju tidur berbutang yang banyak, kerana jenuh anda nak membutang satu persatu tengah-tengah malam nanti. Tuala kecil itu penting ya, mesti disediakan setiap kali anda menyusukan bayi, kerana mereka mungkin akan terjeluak sedikit susu selesai menyusu.
#2. Sediakan rumah yang bersih dan selamat untuk bayi anda
Sebaik anda membawa bayi pulang, kebersihan di dalam rumah amatlah penting. Kerana anda mungkin akan membawa bayi anda ke setiap pelusuk rumah. Jadi habuk-habuk pada perabot dan karpet perlu dibersihkan bagi mengelakkan bayi anda terkena alahan habuk dan jangkitan kuman.
Sebaik bayi anda pandai merangkak nanti, jangan lupa untuk memastikan keselamatan rumah anda terjamin. Cuba ‘childproof’ setiap bahagian yang dirasakan tajam dan boleh membahayakan bayi.
Sekiranya bayi anda sudah pandai membuka tutup kabinet juga perlu diberi perhatian. Pasangkan penghadang pada setiap laci yang boleh dicapai bayi.
#3. Memilih pakar pediatrik
Selain untuk pemeriksaan bulanan, ada juga masanya bayi kurang sihat atau mengalami masalah lain. Jadi pemeriksaan bersama pakar pediatrik amatlah penting. Lebih-lebih lagi jika bayi mengalami masalah penyusuan atau masalah kurang berat badan.
Jadi penting untuk anda mendapatkan konsultasi daripada pakar. Kerana jika anda cuma rujuk kepada doktor klinik, mereka masih akan menyarankan anda rujuk kepada pakar kanak-kanak kerana ianya diluar bidang mereka.
Perlu diingat mana-mana pakar pediatrik yang bagus pasti memerlukan anda untuk membuat janji temu awal. Ini jika anda inginkan yang the best of the best!
Anda boleh pilih berdasarkan rekomendasi rakan-rakan atau ada yang anda memang kenal. Ini memudahkan proses pemilihan, bukan apa, anda perlulah pilih pakar pediatrik yang anda betul-betul percaya dalam memastikan kesihatan anak sentiasa terjamin.
#4. Membuka akaun simpanan & pendidikan anak
Untuk ibu bapa baru, ini adalah salah satu perkara yang anda perlu sediakan demi menjamin perbelanjaan bulanan yang lebih terkawal, dan masa depan anak-anak anda kelak lebih cerah.
Baik akaun simpanan atau akaun pendidikan, kedua-dua ini amat penting untuk anda sediakan seawal usia yang mungkin. Amaunnya tidak semestinya banyak, cukup sekadar jumlah yang anda mampu.
#5. Insurans atau takaful perlindungan anak
Ramai ibu bapa yang pandang sebelah mata apabila bercakap mengenai insurans atau takaful perlindungan anak walhal ia adalah antara perkara paling penting yang anda perlu sediakan sebaik menimang cahaya mata.
Lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, yang mana semakin banyak kes yang melibatkan jangkitan pada bayi dan kanak-kanak. Malah ada ibu bapa yang peka, mengambilnya seawal usia kandungan lagi.
Bagi bakal ibu bapa, ibu bapa baru atau yang mempunyai anak bawah 5 tahun, ini masanya untuk anda memberi jaminan pada perlindungan mereka kelak.
Anda juga perlu tahu apa manfaat yang ditawarkan sekiranya anda mengambil insurans atau takaful perlindungan untuk anak anda. Antara produk yang anda boleh pertimbangkan adalah:
Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA untuk para ibu bapa dan anak
Ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution – THS) AIA, dibina berdasarkan tiga tunggak utama: Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well).
Secara kolektif, THS mempamerkan rangkaian penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan AIA yang pelbagai buat para pelanggannya, selari dengan matlamat syarikat tersebut untuk membantu keluarga Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Ekosistem THS ini juga seiring dengan kempen terbaharu AIA Malaysia iaitu ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ yang bertujuan untuk memastikan para ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Antara pelan-pelan yang anda boleh dapatkan untuk anak yang bakal lahir serta anak-anak kian membesar adalah seperti berikut.
A-Life Ikhtiar Child Solution: Produk inovatif yang melindungi anak sejak dari dalam kandungan hingga dilahirkan dan membesar. Sebuah pelan takaful yang fleksibel, A-Life Ikhtiar Child Solution bukan sahaja menyediakan perlindungan yang komprehensif serta simpanan untuk kanak-kanak, tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider patuh syariah yang memenuhi keperluan perlindungan sekaligus memberikan ibu bapa ketenangan dan jaminan keselamatan dalam perjalanan membesarkan anak-anak.
Antara faedah yang akan diterima oleh ibu bapa & anak-anak adalah:
- Pelan fleksibel yang memberikan perlindungan dan peluang simpanan (all in one plan), jadi anda mempunyai kebebasan untuk mempertingkatkan perlindungan anak anda melalui ciri yang ditawarkan.
- Melindungi anak anda sekiranya perlu dimasukkan ke hospital dalam tempoh 30 hari pertama selepas kelahiran. Perlindungan juga termasuk penyakit kuning neonatal, 19 keadaan kongenital, masalah tumbesaran anak serta melindungi si ibu dari peringkat awal kehamilan (13 minggu) sehingga melahirkan anak.
- Pelan pertama dalam pasaran yang membayar balik kos rawatan perubatan dan caj hospital dalam masa 30 hari, sekiranya bayi anda dimasukkan ke dalam Unit rawatan Rapi Neonatal (NICU, Intensive Care Unit (ICU) atau High Dependency Unit (HDU).
- Hadir dengan ciri unik AIA, iaitu Vitality Joy Wallet yang mana memberi ganjaran kepada anak anda apabila anda kekal sihat melalui program AIA Vitality. Dalam erti kata lain manfaat ini menggalakkan anda mengutamakan kesihatan di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk anak anda.
A-Life Joy Xtra: Pelan insurans berkaitan pelaburan yang ditawarkan untuk ibu bapa yang ingin memilih produk konvensional. Pelan ini juga didatangkan dengan pilihan-pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta manfaat yang sama.
Ada lagi tawaran menarik dari AIA! Kanak-kanak & ibu hamil boleh mendapatkan Perlindungan Pendapatan Hospital PERCUMA jika positif COVID-19
AIA Malaysia ingin terus membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 iaitu kanak-kanak dan ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada golongan ini.
Melalui perlindungan percuma ini, AIA berhasrat untuk memberikan bantuan keselamatan kepada kanak-kanak dan ibu hamil di Malaysia dengan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital.
Tawaran ini terbuka kepada kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil termasuk pelanggan sedia AIA, tanpa perlu mendapatkan sebarang pelan AIA yang baharu.
Perlindungan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar melalui Perancang Hayat AIA.
Lebih menarik, kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ juga akan mengadakan beberapa siri webinar, bengkel dan kelas antenatal bersama pasangan. Antaranya adalah bengkel ‘Magnificent Milestones’ bersama ahli psikologi kanak-kanak Katyana Azman dan Baby Sensory Sri Hartamas.
- Sabtu, 2 Oktober 2021: Magnificent Milestones Workshop 1 (fokus pada kanak-kanak 1-2 tahun)
- Sabtu, 9 Oktober 2021 : Magnificent Milestones Workshop 2 (fokus pada kanak-kanak 3-5 tahun)
Pendaftaran dibuka pada 20 September 2021 dan ibu bapa boleh mendaftar di sini
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai inisiatif dan aktiviti menarik lain yang ditawarkan di bawah kempen ini, layari www.aia.com.my/anakkuhebat atau dapatkan informasi terkini melalui Facebook dan Instagram AIA Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda
Baca juga: 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Semua Ibu Bapa Wajib Tahu!
Baca juga: Hormon Lelaki Juga Berubah Sebaik Saja Ada Anak, Sama Macam Si Ibu! – Kajian