Keluar Keputihan Lepas Hubungan Kelamin, Adakah Ia Normal @ Bahaya Pada Vagina?

Ada sesetengah wanita akan mengalami masalah keputihan setelah berhubungan. Namun persoalannya di sini, adakah ia perkara normal atau membahayakan?

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan menikmati setiap detik bersama, lebih-lebih lagi ketika di ranjang. Namun siapa sangka di sebalik keseronokan yang diperolehi membuatkan sesetengah wanita berasa panik kerana keluar keputihan setelah berhubungan. Justeru adakah keadaan ini normal atau menjadi petanda masalah berbahaya terhadap kesihatan diri?

Perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah jangan panik. Ambil tahu tentang info penting ini. Selepas melakukan hubungan kelamin, vagina sememangnya akan mengeluarkan beberapa jenis cairan hasil dari penetrasi, cairan orgasma dan lendir serviks.

Namun jika keluar keputihan setelah berhubungan yang menandakan sama ada ia normal atau tidak, bergantung pada jenis warnanya. 

Baca juga: Gaya Ketika Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!

Mengapa keluarnya keputihan setelah berhubungan?

Sebenarnya aktiviti hubungan kelamin melakukan proses semula jadi bagi membersihkan diri (vagina) hingga cenderung mengeluarkan lebih banyak cairan. Ia dikeluarkan bagi melindungi vagina dari masalah ini : 

  • Bakteria vagina yang boleh masuk ke dalam tubuh dari badan pasangan. 
  • Radang pelvis kerana jangkitan di organ reproduksi.
  • Infeksi seksual seperti herpes genital, Trichomoniasis, Gonorrhea dan Chlamydia. 
  • HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks

Selain itu, lelehan faraj yang keluar adalah disebabkan oleh rangsangan seksual yang meningkatkan aliran darah ke bahagian kelamin. Dalam hal ini, pembuluh darah akan berkembang bagi menampung bekalan darah yang tinggi.

Bagi wanita, keadaan ini boleh mengakibatkan masalah bengkak pada klitoris, tisu yang melapisi faraj dan labia. Kelenjar faraj akan merembeskan cecair yang jelas untuk membantu melancarkan hubungan seks.

Cairan ini adalah normal dan bukanlah masalah kesihatan. Jika lelehan yang keluar tersebut mempunyai tekstur pekat dan berbau, ia mungkin petanda tidak baik.

Bukan itu sahaja, ketika melakukan hubungan intim, wanita juga mengalami proses ejakulasi yang menyebabkan keluarnya cecair melalui uretra.

2 jenis cairan vagina dan keputihan setelah berhubungan yang tidak normal 

#1. Keputihan setelah berhubungan- warna pink 

Kredit : Kumparan.com

  • Menopause: Dinding vagina menipis lalu mengakibatkan pendarahan ringan setelah seks  
  • Trauma vagina: Disebabkan aktiviti seks yang berlebihan atau pernah diperkosa hingga dinding vagina rosak. Gejala ini juga diikuti rasa sakit semasa berhubungan, gatal vagina dan fungsi uretra yang terganggu. 
  • Menstruasi: Di akhir haid, mungkin boleh keluarnya cairan vagina berwarna pink selepas seks. 
  • Kehamilan: Ketika hamil, serviks cenderung lebih sensitif, maka akan keluarnya cairan pink setelah melakukan hubungan seksual 
  • Penggunaan pil perancang: Dinding rahim menipis hingga menyebabkan darah ketika berhubungan intim. 

#2. Keputihan setelah berhubungan – Warna coklat 

  • Sel endometrium: Darah lama yang keluar semasa haid sebelumnya
  • Ovulasi: Bila melakukan hubungan seks semasa waktu subur, biasanya akan keluar cairan vagina berwarna gelap.
  • Implantasi: Ketika embrio menempel dinding rahim, akan terjadinya flek hingga keluar cairan gelap dari vagina.
  • Stres: Ia mempengaruhi tekanan darah lalu mengakibatkan darah terkumpul dan mengering dalam miss V. Jadi bila melakukan hubungan kelamin, darah ini boleh keluar dan berwarna coklat.

Cara untuk mengatasi keputihan setelah berhubungan kelamin 

Kredit : Aura.co.id

  • Memakai seluar dalam dari bahan yang serap peluh. 
  • Mengeringkan vagina dengan tisu selepas membuang air kecil supaya tiada kelembapan di area tersebut yang boleh membuatkan jangkitan. 
  • Memakai kondom ketika berhubungan bagi mencegah penyakit seksual.
  • Makan yogurt supaya dapat hindari penyakit dan jangkitan seksual. 
  • Hindari pakai produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya pada miss v

Jika keputihan yang tidak disertai bersama gejala lain seperti sakit atau nyeri pada bawah perut, maka anda tak perlu bimbang. Namun sekiranya berlaku pendarahan terutama ketika awal kehamilan, sebaiknya segera merujuk ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan lanjut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, SEKS 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda