Budak 11 Tahun Maut TERLEBIH Minum Air, Hati-Hati Ia Boleh Menyebabkan Otak Bengkak!

Kanak-kanak berusia 11 tahun, maut selepas dipaksa minum 2.7 liter air dalam tempoh 4 jam tanpa diberi makan! Ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air putih atau air kosong memang penting untuk memastikan tubuh badan kekal terhidrat, tetapi minum air dalam kadar berlebihan pun boleh mendatangkan kemudaratan kepada seseorang individu kerana boleh menyebabkan keracunan air!

Buktinya, di Colorado, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, maut selepas dipaksa minum 2.7 liter air dalam tempoh 4 jam tanpa diberi makan!

Sungguh tidak masuk akal perbuatan bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak itu!

Keracunan air: Mangsa mengadu sakit, tak larat minum air

Kredit foto: parents.com

Ibu diri mangsa, Tara Sabin, mendakwa mangsa, Zachary Sabin menghidap gangguan urologi keturunan yang menyebabkan dia membuang air kecil di tempat tidurnya. 

Disebabkan masalah itu, dia mendakwa kanak-kanak malang itu perlu sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. 

Selepas diberi minum air, kanak-kanak berkenaan muntah-muntah dan ditemui mati dalam keadaan mulutnya berbuih. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan menunjukkan, kanak-kanak berkenaan juga mengalami lebam di kepala, lengan, tulang kering dan punggung serta kemerahan pada mata kirinya.

Lebih menyedihkan, ketika kematiannya, kanak-kanak berkenaan memakai baju tidur Teenage Mutant Ninja Turtles dan lampin yang dibasahi air kencing!

Doktor mengesahkan kanak-kanak lelaki itu mati kerana keracunan air disebabkan diberi minum air berlebihan

Berapa banyak air diperlukan kanak-kanak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun memerlukan kira-kira 1.3 liter cecair sehari ni termasuk susu, sup atau jus segar yang biasa diminumnya. 

Hidrasi yang baik membantu kanak-kanak mengekalkan berat badan yang sihat, memperbaiki tahap konsentrasi dan mengurangkan risiko penyakit kronik selain masalah kesihatan lain seperti sembelit dan jangkitan salur kencing (UTI).

Namun, minum terlalu banyak air daripada keperluan akan mendatangkan kemudaratan kepada anak. Jadi hati-hati ya ibu, jangan sampai anak anda keracunan air!

Otak bengkak jika terlebih minum air!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: neurology

 

Setiap sel dan organ di dalam badan memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Bagaimanapun, pengambilan air secara berlebihan boleh menyebabkan water intoxication (mabuk air). Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan maut.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah mabuk air atau turut dikenali sebagai keracunan air, adalah satu keadaan yang boleh menjejaskan fungsi otak disebabkan minum air dalam kuantiti yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air yang diminum dalam jumlah yang berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan air dalam darah. Air berkenaan boleh mencairkan elektrolit dalam darah terutamanya natrium.

Natrium membantu mengimbangi cecair antara bahagian dalam dan luar sel. Apabila tahap natrium jatuh di bawah 135 mmol/L, keadaan ini dipanggil sebagai hyponatremia.

Apabila paras natrium turun kerana terlebih minum air, cecair yang berada di luar akan masuk ke dalam sel menyebabkan pembengkakan. Jika keadaan ini berlaku kepada sel-sel otak, ia boleh menyebabkan risiko bahaya dan berpotensi untuk mengancam nyawa.

Mabuk air berlaku apabila sel membengkak. Apabila sel otak menjadi bengkak, tekanan di dalam kepala akan meningkat dan boleh menyebabkan 

  • Sakit kepala
  • Loya
  • Muntah

Bagi kes yang serius, masalah ini boleh menyebabkan wujudnya gejala seperti:

  • Peningkatan tekanan darah
  • Kekeliruan
  • Gangguan pada penglihatan
  • Mengantuk
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Otot lemah dan kebas

Pengumpulan air secara berlebihan akan menjejaskan stem otak dan mengganggu fungsi sistem saraf pusat yang dipanggil edema serebral yang mana ia berisiko mengakibatkan sawan, kerosakan otak, koma serta kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Ambil air ikut keperluan badan, jangan berlebihan!

Tiada jumlah spesifik untuk menentukan keperluan air seseorang individu setiap hari keranan ia berbeza bergantung kepada berat, aktiviti fizikal dan harian yang dilakukan.

Peraturan yang terbaik untuk menentukan keperluan air dengan 'mendengar' kepada badan dan mengambil air apabila rasa dahaga. Tindakan ini cukup untuk mengimbangi tahap hidrasi badan yang terbaik.

Tetapi, sesetengah individu seperti atlet, individu dewasa berusia dan wanita hamil mungkin memerlukan air yang lebih dan tidak boleh sekadar bergantung kepada rasa dahaga semata-mata.

Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi amat baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda mengambil air mengikut keperluan badan anda dan elakkan daripada mengambil air secara berlebihan.

Sumber: Parents.com, freemalaysiatoday, babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Lala Annuar