Bayi Terlalu Kurang Atau Kerap Kencing: 4 Sebab BAHAYA Ibu Ayah Wajib Tahu

Kerap kencing tanda bayi mendapat susu yang mencukupi. Namun jika kekerapannya terlalu banyak, ibu ayah perlu rujuk doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerap kencing untuk bayi baru lahir bukan sesuatu yang pelik. Kerap kencing menunjukan bahawa bayi anda mendapat cecair untuk badan yang mencukupi.

Namun, bayi kurang kencing juga pastinya akan timbul kerisauan kepada ibu ayah.

Ketahui lebih lanjut mengenai apakah punca menyebabkan bayi kerap kencing dan mengapa bayi kurang kencing yang memberi gambaran lebih lanjut terhadap kesihatan mereka. 

Berapa kekerapan bayi normal perlu kencing

Jumlah air kencing yang dihasilkan oleh bayi baru lahir bergantung pada jumlah cecair yang mereka minum. Jika kekerapan penyusuan bayi meningkat kepada lebih daripada 2 auns susu formula setiap 3 jam, mereka mungkin membuang air kecil lebih banyak dan ibu mungkin melihat lebih banyak pampers.

Jika bayi mengantuk dan kurang mengambil cecair, kerap kencing menjadi lebih rendah. Bagi kanak-kanak, mereka akan membuang air kencing antara 8 hingga 14 kali sehari. Apabila mereka semakin membesar, kekerapan ini berkurang antara 6 hingga 12 kali sehari.

Bagi dewasa selalunya akan membuang air antara 4 hingga 6 kali sehari. Membuang air kecil setiap 2 jam sekali mungkin menandakan seseorang itu mengalami masalah kesihatan.

#1. Bayi yang menyusu badan

Bayi baru lahir mungkin tidak menerima banyak susu ibu jadi mereka kurang kencing. Selepas beberapa hari bekalan susu ibu bertambah bayi anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing.

Berikut adalah yang dijangkakan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari 1: Bayi yang baru lahir akan membuang air kencing buat kali pertama dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas kelahiran. Semasa waktu awal dan hari-hari kehidupan, bayi yang menyusu badan mungkin tidak mengunakan banyak diapers.

Hari 2: Anda harus mencari sekurang-kurangnya dua pampers sehari sehingga payudara anda mula penuh dengan susu menjelang hari ketiga atau keempat selepas bersalin; apabila bekalan susu anda bertambah, begitu juga lampin basah.

Hari 3–5: Bayi anda sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga lima pampers.

Hari 6 dan seterusnya: Bayi anda sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya enam hingga lapan lampin basah setiap 24 jam tetapi mungkin mempunyai lebih; sesetengah bayi mempunyai pampers pada setiap penyusuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bayi yang menyusu botol

Walaupun bayi  menyusu dengan botol, bayi anda mungkin tidak mengambil banyak susu formula atau susu ibu yang dipam semasa satu atau dua hari pertama selepas kelahiran. Jumlah air kencing yang dihasilkan oleh bayi anda secara langsung berkaitan dengan jumlah cecair yang mereka ambil.

Jika bayi anda seorang yang hebat makan dan mengambil 2 auns susu formula setiap tiga jam sejak awal, anda akan melihat lebih banyak lampin basah. Tetapi, jika bayi baru lahir mengantuk atau tidak mengambil banyak cecair pada hari pertama atau lebih, lampin mungkin kurang basah.

Berikut adalah panduan umum:

Hari 1: Bayi anda perlu dipakaikan pampers pertamanya pada 12 hingga 24 jam pertama selepas kelahiran. 

Hari 2: Anda harus menyediakan sekurang-kurangnya dua helai pampers sehari.

Hari 3–5: Bayi harus mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga lima helai pampers.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari 6 dan seterusnya: Anda harus sediakan sekurang-kurangnya enam hingga lapan pampers sehari.

Apakah yang menyebabkan bayi baru lahir kurang kencing?

Biasanya, bayi akan kencing 6-8 kali sehari. Kekerapan bayi kencing merupakan penanda aras kepada ibu untuk mengetahui bayi mendapat keperluan yang mencukupi iaitu susunya.

Bayi jarang kencing jika mereka kekurangan susu. Oleh sebab itu, bayi jarang kencing tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan masalah lain jika ia dibiarkan.

Berikut merupakan beberapa punca kenapa kencing sedikit pada bayi baru lahir yang perlu anda tahu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Dehidrasi

Kekurangan cecair dalam badan bayi akibat tidak minum susu atau tidak mendapat pengambilan cecair yang mencukupi akan membuatkan bayi dehidrasi. Kekurangan cecair ini merupakan antara punca kenapa bayi jarang kencing atau bayi kencing sedikit.

Menurut kajian, sebanyak 75% daripada badan bayi terdiri daripada air yang merupakan komponen sel badan. Dalam sebab-sebab tertentu bayi boleh hilang air lebih cepat seperti muntah, cirit-birit dan demam.

Bayi boleh kehilangan air melalui pembuangan air besar atau kencing, berpeluh, menangis dan juga bernafas.

Segera berjumpa doktor jika bayi anda mengalami gejala berikut:

  • Air kencing pekat
  • Susah buang air besar
  • Mulut, kulit kering
  • Pucat
  • Menangis tanpa air mata

#2. Saluran air kencing tersumbat

Penyebab bayi kencing sedikit boleh terjadi kerana saluran air kencing bayi tersumbat. Sekiranya saluran air kencing tersumbat ia akan menyebabkan bayi kurang membuang air kecil atau tidak membuang sama sekali. Ibu perlu memastikan supaya perkara ini tidak terjadi pada bayi.

Sekiranya bayi seperti:

  • Kerap menangis semasa kencing
  • Rasa sakit
  • Mual
  • Muntah
  • Bengkak
  • Demam
  • Air kencing pekat

Berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan selanjutnya.

#3. Sakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang juga boleh menjadi punca bayi kurang kencing. Ini disebabkan oleh kegagalan buah pinggang berfungsi menyebabkan menurunan kadar penapisan glomerulus, peningkatan dalam produk sisa kreatinin dan nitrogen, serta kehilangan keupayaan untuk mengawal cecair dan elektrolit.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana penyakit ini pada bayi baru lahir adalah sangat rendah. Kes ini biasanya berlaku pada bayi dengan berat lahir yang sangat rendah, bayi selepas pembedahan jantung kongenital, bayi dengan bantuan kehidupan extracorporal, dan bayi dengan kemurungan prenatal.

#4. Ubat yang diambil ibu

Semasa hamil, ibu sering dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarangan ubat. Adalah sangat penting mengambil ubat mengikut nasihat doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana, pengambilan ubat yang sebarangan akan menganggu pembentukan buah pinggang janin. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi jarang membuang air kecil. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan pertimbangkan risiko dan kebaikannya kepada bayi anda.

Apakah punca bayi kencing berdarah?

Kencing berdarah atau hematuria boleh dikesan dengan mata kasar atau melalui pemeriksaan air kencing di makmal (mikroskopik). Air kencing bayi tiba-tiba bertukar warna seperti darah pastinya cetus kebimbangan kepada anda. Darah dalam air kencing mungkin menjadi satu pentanda serius.

Berikut antara punca-punca bayi kencing berdarah:

1. Jangkitan pundi kencing
2. Kecederaan pada pangkal peha
3. Masalah buah pinggang
4. Jangkitan kuman
5. Dehidrasi
6. Ubat-ubatan
7. Masalah hati
8. Makanan

Warna air kencing bayi baru lahir

Warna air kencing bayi boleh berubah-ubah bergantung kepada pemakanannya. Tetapi perubahan yang kerap berlaku apabila badan bayi dehidrasi.

Warna air kencing bayi normal kuning jernih. Jika air kencing bayi berubah menjadi kuning gelap ini adalah tanda bahawa bayi kurang minum. Oleh itu, ibu digalakan menyusu bayi anda dengan lebih kerap. Ketahui beberapa warna air kencing bayi yang dianggap tidak normal/

Jika bayi anda mengeluarkan warna air kencing berikut, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul:

1. Merah jambu atau merah: Warna air kencing ini membolehkan darah, hemoglobin atau myoglobin (kehadiran protein dalam darah), atau ia juga boleh disebabkan oleh pewarna makanan.

2. Oren: mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat penahan sakit seperti pyridium, atau antibiotik seperti rifampicin.

3. Coklat atau gelap: kemungkinan myoglobin (kehadiran protein dalam darah), pigmen hempedu, mengambil ubat antibiotik seperti metronidazole dan nitrofurantoin.

Bila perlu risau

Berikut adalah beberapa perubahan warna air kencing pada bayi yang anda perlu risau:

  • Terdapat darah dalam air kencing walaupun sedikit.
  • Air kencing coklat gelap disertai dengan najis pucat. Jika anda melihat pada mata dan kulit bayi kuning
  • Warna air kencing menjadi merah merah atau coklat gelap yang tidak disebabkan oleh makanan atau ubat-ubatan.

Semoga bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Jika Masih Keliru Nak Beli Pampers Untuk Newborn, Ini Antara Yang Terbaik Di Malaysia!

Baca juga: Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Perhatikan 7 Perkara Ini!

Baca juga: Air Kencing Jadi Nanah Dalam Buah Pinggang, Ibu Akur Bayi Dibedah Ketika Usia 2 Bulan

Penulis

Amalia Azri