Tentu semua bakal ibu pernah mengalami masalah kerap kentut ketika hamil kan? Lagi-lagi ketika trimester kedua dan ketiga kehamilan mesti sering kentut kenapa ya? Malah situasi ini memang sukar untuk dikawal, kadang-kadang ‘terlepas’ saja tanpa disedari.
Mengikut penjelasan dari Mayo Clinic, rahim yang semakin membesar menjadi faktor utama mengapa ibu hamil sering terkentut.
Ketika kandungan semakin berkembang, ia menjadikan ukuran rongga perut menjadi sempit. Ruang perut yang normal boleh menampung sehingga sebesar 500 cc, lantas apabila sudah sempit maka akan menyebabkan kerap kentut ketika hamil.
Selain itu, peningkatan hormon progesteron pada ibu hamil juga akan menyebabkan pencernaan menjadi lambat. Maka, akibat pencernaan yang lambat ia menjadikan perut menjadi kembung dan sering cramp. Sebab itu ibu mengandung juga sering mengalami sembelit lantas berpotensi untuk lebih kerap membuang angin!
Tips atasi masalah kerap kentut ketika hamil
Walaupun kerap kentut ketika hamil ini adalah normal, namun kekerapan kentut bagi ibu mengandung ini mungkin mengundang ketidakselesaan. Jadi ada beberapa cara yang boleh mengurangkan masalah ini iaitu:
#1. Minum banyak air
Minum banyak air akan membantu melancarkan pencernaan ibu mengandung malah ia juga dapat mencegah dari penghasilan gas yang banyak di dalam perut.
Memang sukar untuk ibu hamil minum air yang banyak apatah lagi saat trimester kedua kehamilan kerana anda waktu ini lebih inginkan minuman yang manis dan sejuk. Tapi anda perlu tahu minuman yang tinggi gula juga boleh mengakibatkan penghasilan angin dalam perut.
#2. Senaman
Menggerakkan badan atau bersenam dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Senaman ringan di rumah atau di sekitar rumah seperti duduk di atas ‘gym ball’, berjalan di taman boleh meredakan kembung perut. Lakukan senaman dalam 30 minit setiap hari [pada waktu pagi, ia mampu membuang angin di dalam perut lantas keseluruhan hari anda lebih mudah.
#3. Pilihan makanan
Beberapa jenis makanan boleh menyebabkan angin dalam badan. Disebabkan itu ibu hamil perlu jaga pengambilan makanan sebelum bersalin lagi. Bukan ketika berpantang saja anda perlu elakkan makanan berangin ini. Elakkan pengambilan makanan berikut dalam kuantiti yang banyak:
Kobis
Brokoli
Gandum
Ubi-ubian
Taugeh
#4. Banyakkan pengambilan serat
Makan buah-buahan yang tinggi serat seperti pisang, mangga, epal, papaya, aprikot dan macam-macam lagi. Selain ia bagus untuk menangani masalah angin dalam badan ia juga mampu merawat sembelit! Ia juga memberi manfaat kepada perkembangan bayi dalam kandungan!
Elakkan mengambil Eno untuk buang angin ketika hamil
Berikut kemungkinan kesan sampingan yang boleh timbul dari mana-mana komponen Eno Powder.
Kesan sampingan ini mungkin tidak selalu berlaku. namun, sesetengah kesan sampingan boleh menjadi agak serius. Rujuk doktor jika anda mengalami simptom di bawah, terutamanya apabila kesakitan itu tidak reda.
- Kesakitan otot atau berkeringat
- Mual atau muntah
- Senak perut
- Gas
- Kesan sampingan lain.
Seperti yang anda dapat lihat, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai penggunaan Eno semasa kehamilan.
Tiada kajian yang menunjukkan sama ada Eno benar-benar sesuai atau tidak sesuai digunakan oleh wanita yang hamil.
Sebaiknya, anda berunding dengan doktor sebelum anda mencubanya. Sementara itu, anda boleh cuba alternatif semulajadi seperti air halia yang dibuat di rumah. Berhati-hati dan semoga dipermudahkan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Kumparan
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-bersama-ketika-hamil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!