Semua Kerja Isteri Yang Buat, Boleh Jadi 'Singa' Bila Suami Tidak Turut Sama Membantu

Tanda isteri penat boleh dilihat dari segi perubahan tingkah laku dan emosinya. Sebagai suami, luangkanlah sedikit masa bersama dengannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang beranggapan bahawa banyak perkahwinan yang cabarannya disebabkan oleh isteri yang terlalu lancang menyuarakan kemarahan. Tetapi, tahukah anda bahawa jika isteri kerap marah-marah maka ia tanda isteri penat?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tanda isteri penat, berubah jadi cepat melenting dan mudah tertekan
  • Tanda isteri penat, suami perlu jadi seorang yang cakna terhadap perubahan isteri

Wanita agak mudah terusik emosinya, jadi apabila dalam keadaan penat emosi dan mental, ada sahaja yang tidak kena. Sebagai seorang suami, anda perlu cakna dengan keadaan isteri tercinta.

Tanda isteri penat, berubah jadi cepat melenting dan mudah tertekan

Seorang suami mungkin penat bekerja seharian, namun tahukah anda bahawa isteri anda berganda-ganda kali lebih penat kerana mereka tidak berhenti bekerja walaupun dalam tidur. 

Otak isteri anda akan sentiasa ligat memikirkan apa yang perlu disediakan dan dilakukan pada esok hari.

Sekiranya isteri anda seorang yang bekerja sepenuh masa, pasti emosinya lebih mudah terusik dek kerana tekanan di kerja dicampur pula dengan kepenatan menguruskan rumah. 

Seorang perempuan sering memikirkan hal orang lain sehingga tidak menjaga kebajikan sendiri.

Jadi, apakah tanda-tanda isteri anda mungkin penat mental dan emosinya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Memendam perasaan. Jika anda perasan bahawa isteri anda jarang bercerita dengan anda, dan kelihatan lebih pendiam dari kebiasaannya maka ketahuilah bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin isteri berasa bahawa luahannya sebelum ini tidak didengari, maka dia memilih untuk diam dari bercerita tanpa mendapat sebarang respons.
  • Cepat hilang sabar. Kalau isteri cepat melenting apabila bersama anak-anak, kadang-kala bukanlah salah anak itu tetapi isteri anda mungkin terlalu penat hingga tidak dapat mengawal emosi walaupun bagi perkara yang sangat kecil.
  • Lebih mudah sensitif. Adakah anda pernah cuba bergurau dengan isteri namun si dia menarik muka masam atau mula bergenang air mata? Apabila isteri anda cenderung untuk memendam perasaan, dia akan menjadi lebih sensitif lagi-lagi jika anda tersalah gurauan.

Namun, suami jangan cepat pening kepala! Walaupun isteri anda penat emosi dan mentalnya, dengan layanan dan bantuan yang bagus dari suami, isteri anda pasti akan kembali gembira seperti sediakala.

Tanda isteri penat, suami perlu jadi seorang yang cakna terhadap perubahan isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan susah untuk seorang suami membahagiakan isteri. Wanita ialah makhluk yang sangat ringkas, sebenarnya. Sekadar membantu mengurangkan beban isteri sudah cukup untuk melegakannya dan menggembirakan hatinya.

Tetapi, jika anda betul-betul hendak menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri seraya membuatnya rasa dihargai, sebagai seorang suami anda bolehlah mengamalkan tips-tips ini untuk mengurangkan tanda isteri penat!

  • Ambil alih tugas kerja rumah. Anda tidak akan tahu betapa penat dan susahnya hendak menjaga kebajikan sesebuah rumah sehingga anda lakukannya sendiri! Jika isteri kelihatan penat, ambil alihlah tugas menguruskan kerja rumah dan berilah peluang kepada si dia untuk berehat supaya dia dapat menjadi ibu dan isteri yang lebih baik dari sebelum ini.
  • Dengarlah luahan hati isteri. Tidak ada isteri yang tidak mahu bercerita bersama suaminya. Sekiranya si suami rajin mendengar dan mengambil perhatian apa yang diluahkan oleh para isteri, sudah cukup untuk melegakan beban isteri apabila dia berasa didengari. Tambahan pula jika anda mengambil tindakan setelah mendengar luahan isteri.

  • Berlembutlah dengannya. Isteri anda mungkin akan membuat silap apabila dia sudah kepenatan, tetapi janganlah anda memarahinya. Sebaliknya, fahamilah situasinya. Isteri anda juga akan berasa serba salah apabila melakukan kesilapan, jadi berlembutlah dengannya dan biarkan isteri anda tahu bahawa anda tidak memarahinya.
  • Belanjalah isteri anda sekali-sekala. Wanita sangat gemar dimanjakan, dan jika anda tidak mampu memanjakannya secara fizikal, anda boleh memanjakan si dia dengan membelanjanya ke spa atau salun. Isteri anda juga boleh berhias dan kelihatan cantik untuk anda.
  • Tunjukkanlah penghargaan anda kepadanya. Ucapkanlah terima kasih pada si dia apabila anda perasan bahawa rumah bersih, atau anak-anak sudah tidur. Sentiasa berterima kasih kepada isteri kerana menjaga rumah dan anak-anak dengan baik. Penghargaan yang anda berikan umpama semangat untuk isteri untuk terus menjadi isteri dan ibu yang baik.

+ Sumber

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

marriage.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Kekalkan Hubungan Dengan Mudah Tanpa Perlu Belanja Besar

Baca juga: Bila Isteri Dalam Pantang, Ini Rupanya Peranan Si Ayah – Bukan Duduk Rumah Tengok TV Saja Ya!

Baca juga: Tabiat Suka Memuji Pasangan Terbukti Mampu Membuatnya Berasa Lebih Bahagia & Yakin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan