Apa Kesudahan Wanita Hamil Tular Mengidam Kereta Lamborghini RM3 juta?Ini Keputusan Suaminya...

Seorang wanita hamil tular di laman media sosial apabila videonya merayu suaminya untuk membeli kereta lamborghini hanya kerana mengidam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular di laman media sosial dua tiga hari ini kisah seorang wanita hamil berusia 19 tahun yang mengidam kereta Lamborghini! Boleh tahan juga tahap mengidam dia ya.

Jadi apakah kesudahannya? Adakah suami wanita ini menunaikan hasrat isterinya yang dikatakan bukan isterinya yang mahu tapi bayi dalam kandungan wanita berkenaan yang berkeinginan memiliki kereta itu.

Rakaman video pasangan ini ke sebuah butik kenderaan mewah menunjukkan wanita itu sedaya upaya memujuk suaminya untuk membelikan kereta Lamborghini berwarna kuning bernilai RM3 juta itu.

Wanita hamil mengidam kereta Lamborghini, ini keputusan suaminya

“Dah lama Yunie mengidam nak beli Lamborghini. Tapi bila sampai sana, suami tak setuju nak beli. Puas Yunie pujuk dan rayu sebab bukan Yunie yang nak, tapi baby yang nak,” tulis wanita itu dalam video berkenaan. 

Dalam rakan video berkenaan, memaparkan wanita itu teruja melihat kereta berkenaan hingga tidak sedar dirinya melompat walaupun sedang hamil. 

Suami wanita itu akhirnya meletakkan syarat bahawa dia perlu kumpul 100,000 ‘like’ untuk video itu baru dia akan beli. Jadi apa kesudahannya? Setakat ini, video berkenaan sudah mendapat lebih 218,000 ‘like’. Kita nantikan kesudahannya adakah wanita ini dapat apa yang diidamkan?

Benarkah wujudnya rasa mengidam?

Mengidam adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

Menurut portal myhealth, yang lebih mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular. Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita.

Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Bagaimanapun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Kenapa berlakunya mengidam?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui.

Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.

Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin adalah alasan mengapa keadaan ini berlaku.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.

Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien.

Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Bahayakah jika tidak dapat apa yang diidam?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Megidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya.

Bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu tidak kiralah makanan, benda atau sesuatu aktiviti, pastikan anda berfikiran waras.

Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya jika anda mengidam makanan, anda perlu elak beberapa perkara seperti:

  • Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
  • Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur
  • Alkohol
  • Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: sumber

Baca juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Baca juga: Kemaruk Makan Kapur & Jilat Simen, Pelik Sungguh Mengidam Ibu Hamil Ini!

Baca juga: PELIK, Isteri Hamil Ini Mengidam Teruk Nak Bau & Masuk Dalam Bilik Mayat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar