Pasti ramai ibu yang dalam dilema, mahu pilih kerjaya, minat atau keluarga? Memang tidak dinafikan, mencabar untuk menyeimbangkan kesemuanya. Tetapi percayalah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Apa yang penting, kerjaya yang anda pilih itu mestilah kena dengan minat dan jiwa anda. Jika tidak, mungkin setiap hari akan rasa mahu berhenti kerja dan tumpukan pada anak saja.
Minat terhadap sesuatu akan membuatkan kita berusaha sedaya upaya membahagikan masa supaya anak atau keluarga tidak terbiar dan minat kita juga tidak terabai.
Kerjaya, keluarga, minat? Saya pilih semuanya
Dalam kehidupan serba mencabar kini, memang tidak dapat dinafikan, masing-masing punya hala tujuan sama iaitu untuk terus kekal survive dalam apa juga keadaan.
Tidak kira siapa, sama ada ibu yang bekerja di rumah atau di pejabat, suri rumah dan sesiapa saja, sebagai wanita sudah pasti anda mahukan yang terbaik untuk keluarga lebih-lebih lagi anak.
Sebagai ibu, fikiran kita tidak akan pernah lekang memikirkan soal anak, sejak mula disahkan mengandung, hinggalah ketika saat mereka dilahirkan malah apabila sudah lahir dan mereka sudah besar pun perkara berkaitan anak akan sentiasa bermain-main di fikiran.
Wanita ini berkongsi, Sue, 31, rutin hariannya dan apa yang dia lakukan supaya dapat menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga dan minatnya.
Amal surah al-Ghafir ayat 44, 100 kali sehari lapang segala kesulitan
Ikuti perkongsian wanita ini:
“Dulu ketika saya bekerja sebagai wartawan. Ramai orang kata wartawan susah untuk bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Tapi sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada aturan Allah. Bila rasa diri bagai sudah terlalu penat dan tidak mampu melangkah, kembalilah kepadaNya.
“Perkongsian seorang ustazah terkenal mengenai amalan surah al-Ghafir ayat 44 supaya dipermudahkan urusan harian dan dilapangkan segala kesulitan amat membuka mata saya. Pada mulanya seperti tidak percaya, tetapi bila diamalkan setiap hari, perkara yang kita rasa kita tidak mampu hadap, Allah permudahkan.
“Setiap hari, selepas solat lima waktu, saya akan paksa diri untuk baca 20 kali ayat ini walau sesibuk mana pun. Jadi apabila digabungkan dapatlah 100 kali bacaan setiap hari. Kita kena paksa diri untuk mula lakukan, selepas itu akan jadi tabiat setiap hari. Jika susah lena tidur kerana terlalu banyak perkara difikirkan, saya akan baca ayat ini juga.
“Ketika diberhentikan kerja sebagai wartawan kerana pengecilan operasi syarikat, surah inilah yang menjadi penguat saya. Alhamdulillah kini saya sudah bekerja di tempat lain, masih lagi uruskan anak, suami dan keluarga malah dapat meneruskan minat menulis. Segalanya dipermudahkan.”
Jom lihat Surah Al-Ghafir ayat 44
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Anak adalah augerah, jangan sekali-kali anggap dia menyusahkan anda
Wanita ini turut berkongsi, beliau tidak memiliki pembantu rumah, malah anaknya juga tidak dijaga oleh keluarga seperti ibu bapa dan sebagainya yang mana dia memang memilih untuk hantar anak ke nursery dan suaminya juga bekerja.
Jadi ini tips lain yang dikongsikan wanita ini dalam melayari hari bekerja sepenuh masa seterusnya menguruskan keluarga pula:
#1. Tulis to do list setiap hari
Dia ada buku harian. Yang mana segala perkara yang ingin dilakukan pada hari yang berkenaan akan ditulis. Bila dah jadi mak-mak, banyak yang kita lupa, tapi jika ada to do list memang amat mudah.
Jika mahu lebih bersemangat, boleh saja cari di kedai buku banyak buku to do list yang anda boleh beli dan simpan dalam beg untuk catatan. Memang boleh catat dalam handphone tetapi jika tulis lebih berkesan.
#2. Pastikan suami take part
Jika ada suami, pastikan suami take part. Sejak anaknya kecil dan baru lahir, memang mereka suami isteri sudah latih diri untuk belajar uruskan anak. Sejak berpantang lagi, mereka take turns.
Masing-masing perlu tahu semuanya tidak kira mandikan anak, cuci najis, bancuh susu, pujuk anak menangis dan sebagainya kedua-dua pasangan perlu tahu.
Jadi jika salah seorang tiada, mereka boleh survive dan anak masih boleh diuruskan dengan baik.
#3. Dapatkan me time, jangan jadikan anak penghalang minat anda
Jangan ingat me time tidak penting ya. Suami perlu ada me time, isteri juga perlu me time. Suaminya minat selam skuba, manakala wanita ini gemar melancong bersama rakan-rakan dan menulis.
Jadi mereka akan bergilir-gilir melakukan aktiviti yang mereka minati tanpa mengabaikan keperluan anak. Yang penting tolak ansur antara kedua-duanya. Bagi mereka, anak bukan penghalang untuk mereka teruskan apa yang diminati, kerana hidup ini hanya sekali.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: family management
Baca juga: Petua bijak ibu muda ini menjaga 3 orang anak lelaki boboiboy yang masih kecil