Selepas Rawat Pesakit Corona, Doktor Ini Sanggup Mandi 5 Kali Sehari Sebab Masih Menyusukan Anak

Tak gentar hadapi dan merawat pesakit yang dijangkiti corona virus, ini lah tugas seorang doktor yang cukup mencabar dan memerlukan keberanian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerjaya doktor pada hari ini berhadapan tugas yang cukup mencabar kerana mereka perlu merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti corona virus meskipun tahu penyakit itu mudah menjangkiti orang lain dengan sentuhan.

Apatah lagi, pengorbanan seorang doktor terhadap pesakitnya memang tidak dapat digambarkan lagi dengan kata-kata.

Ini kerana, mereka inilah antara insan mulia yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain yang mereka sendiri tidak kenal atau tidak pernah berjumpa. 

Kerjaya doktor cukup mencabar pada hari ini

Jika dahulu kita salute pada askar yang berjuang di medan perang dan polis yang sentiasa taat dalam menjalankan  tugas menjaga keamanan negara.

Tapi pada hari ini juga kita ada doktor yang sanggup menggadai nyawa demi selamatkan orang lain.

Walaupun perlu memakai pakaian tebal sampai berpeluh-peluh hingga berjam lamanya namun mereka tetap teruskan perjuangan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Segalanya adalah untuk memastikan setiap pesakit yang dirawat sembuh dan tidak mengancam nyawa orang lain yang tidak dijangkiti.

Masih menyusu anak, doktor sanggup mandi 5 kali dan potong rambut pendek

Susulan itu, Dr Faiqah Nastasha berkongsi di akaun Facebook miliknya tentang pengorbanannya itu hingga rata-rata pengguna FB yang lain mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat dan bakti yang diberikan dalam merawat pesakit-pesakit Covid-19.

” Inilah saya yang cuba mencari sesuatu untuk tersenyum di kala kita sedang risau dengan keadaan semasa yang cukup mengecewakan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

” Di sini, semua pegawai perubatan perlu menyarungkan PPE ini apabila bersentuhan dengan pesakit COVID-19. Masuk isolation room saja terus kena pakai.

” Keluar bilik pengasingan, terus cabut dan buang. Kemudian terus kena mandi. Boleh dikatakan, sekarang saya mandi hampir lima kali sehari sebab masih EBM (menyusukan anak). Saya ada anak yang baru berumur lima bulan
dan masih menyusu di rumah. Jadi saya sangat paranoid dan mandi setiap kali rawat pesakit sebelum EBM. Anda boleh bayangkan tak?

“Oleh kerana frustration ini, saya mengambil gunting dan memotong rambut saya. Mengapa? Sebab tak sempat nak kering walaupun ada pengering rambut.

“Paling dasyat saya kelihatan seperti Ronald McDonald. Tetapi saya ada keyakinan diri dan tidak kisah dengan rambut yang sebegitu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

” Balik saja rumah, Khairi pandang rambut saya kemudian dia tarik saya dekat dengannya. Kemudian dia peluk dan berkata, “You botok macam mana pun, i tetap sayang you”. Dia berkata sebegitu di hadapan Haris dan Nayla.

“Beberapa minit kemudian, tengah pakaikan baju untuk Haris lalu dia berkata, rambut mummy silly, tapi mummy cantik. Haris sayang mummy!”.

Pengorbanan dan kerjaya Doktor Lu 

Begitulah juga yang dilakukan oleh Dr Lu dan rakan-rakan seperjuangannya apabila berjaya selamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 walaupun diri mereka sendiri terdedah denga virus itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam satu video yang tular mendapati detik cemas seorang doktor bersama sekumpulan pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Kesihatan Ibu dan Anak di Hubei yang sedang merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Semasa itu, pesakit tersebut berada dalam keadaan kritikal dan memberi tindak balas yang serius. Apatah lagi, pesakit itu difahamkan menderita dengan hypoxia yang terdedah dengan serangan jantung.

Lantas dengan itu, Doktor Lu dan rakannya melakukan intubasi demi selamatkan nyawa pesakit berkenaan.

Sepanjang proses itu, Dr Lu dan rakan-rakannya dikatakan akan terdedah dengan jangkitan virus itu tapi mereka mengenepikan semua itu demi selamatkan nyawa pesakit.

Akhirnya pesakit itu berjaya diselamatkan dan kembali stabil.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Faiqah Nastasha 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comkawalan-pergerakan