Kes Autisme Meningkat, Doktor Dedah Salah Satu Puncanya Adalah Kurang Vitamin D

Kes autisme meningkat membuatkan ibu bapa runsing kerana risau anak mereka turut berisiko untuk menghidapi penyakit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes autisme meningkat dan ia antara perkara yang meruncingkan bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan anak. Kali ini, kami kongsikan mengapa kes ini semakin meningkat dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit ini.

Apa Itu Autisme

Autisme, atau Autism Spectrum Disorder (ASD), adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain, dan berkelakuan.

Ia disebut “spectrum” kerana terdapat pelbagai jenis dan tahap keparahan dalam gejala yang dialami oleh individu yang berbeza.

Ciri-Ciri Autisme

1. Kesukaran dalam Komunikasi Sosial

Anak sukar untuk memahami dan menggunakan bahasa sama ada secara lisan atau bukan lisan seperti isyarat tangan dan ekspresi wajah. Anak yang menghidapi autisme juga tiada atau kurang kemahiran berbual disamping sukar memahami perasaan dan isyarat sosial orang lain.

2. Perilaku Berulang dan Minat Terhad

Anak yang menghidap autisme juga suka melakukan tindakan secara berulang seperti mengayunkan badan atau mengatur barang-barang dalam barisan tertentu. Selain itu, mereka juga mempunyai minat yang terhad terhadap sesuatu perkara disamping mempunyai rutin harian yang sukar untuk diubah.

3. Masalah Sensorik

Anak yang menghidapi autisme juga akan mempunyai tahap kepekaan yang berlebihan atau kepekaan yang kurang sensitif terhadap rangsangan sensori seperti bunyi, cahaya, sentuhan atau bau. Disebabkan ini, mereka mungkin akan mencari pengalam sensori tertentu atau menghindarinya.

Penyebab dan Faktor Risiko

Buat masa sekarang, sebab-sebab autisme masih tidak diketahui tetapi tetapi ada kemungkinan ia berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. 

Selain itu, sejarah keluarga dengan autisme, kondisi genetik tertentu, usia ibu atau ayah yang lebih tua saat kelahiran atau komplikasi semasa kehamilan atau kelahiran juga meningkatkan risiko autisme.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaitan Kekurangan Vitamin D Dan Autisme

Dalam beberapa tahun ini, hubungan antara kekurangan vitamin D dan autisme semakin mendapat perhatian daripada penyelidik.

Dalam beberapa kajian, menunjukkan terdapat kaitan antara kekurangan vitamin D semasa kehamilan dan risiko kemungkinan anak mengalami autisme, walaupun keputusan kajian masih belum sepenuhnya konsisten.

Menerusi satu kajian yang dijalankan di Oregon Health & Science University, mereka mengkaji ibu hamil yang sudah mempunyai seorang atau lebih anak yang didiagnosis dengan autisme.

Ibu-ibu yang sedang hamil telah mengambil dos vitamin D3 sebanyak 5,000 IU setiap hari semasa kehamilan dan 7,000 IU setiap hari semasa menyusukan anak.

Hasilnya menunjukkan kadar autisme pada kanak-kanak yang dikaji adalah lebih rendah daripada kadar yang dijangka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kajian ini kecil dan masih perlu kajian lanjut untuk mengesahkan kesannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyelidikan lain pula menunjukkan kekurangan vitamin D semasa kehamilan boleh mempengaruhi perkembangan saraf janin seterusnya meningkatkan risiko autisme.

Walaupun demikian, penting untuk diingat bahawa autisme adalah keadaan yang sangat kompleks dan disebabkan oleh pelbagai faktor genetik dan persekitaran.

Perlukah Anda Mengambil Supplement Vitamin D Semasa Hamil?

Jika sedang hamil, anda sepatutnya mendapatkan 600 IU vitamin D setiap hari semasa hamil. Tetapi kebanyakan pakar bersetuju bahawa makanan tambahan vitamin D selamat dalam dos sehingga 4,000 IU sehari semasa hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh mengambil vitamin prenatal yang mengandungi vitamin D atau makanan tambahan vitamin D (seperti gula-gula vitamin D3 kami) mengikut panduan doktor anda dan tidak melebihi had atas 4,000 IU sehari.

Jika anda kekurangan vitamin D, atau berisiko kekurangan, maka anda perlu membincangkan dos vitamin D dengan doktor anda.

Kekurangan vitamin D semasa hamil telah dilaporkan berkaitan dengan pre-eklampsia, kelahiran pra-masa, diabetes gestasi, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, hubungan sebab-akibat tidak terlalu jelas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah Pengambilan Vitamin D Membantu Kanak-Kanak Yang Menghidap Autisme?

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang menghidap autisme mempunyai tahap vitamin D yang rendah daripada purata, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak ini dilahirkan dengan tahap yang rendah atau ia dipengaruhi faktor lain.

Satu kajian yang dijalankan terhadap 42 kanak-kanak penghidap autimse mendapati tiada perbezaan yang ketara dalam tingkah laku mereka.

Namun begitu, dalam satu kajian terbaharu, pengambilan vitamin D sebanyak 5000IU sehari untuk tidak bulan mendapati 25% mengalami perubahan drastik, 50% mengalami perubahan ketara dan 25% pula tidak mengalami sebarang perubahan.

Jadi, kepada pasangan yang sedang cuba mendapatkan anak atau pasangan yang mempunyai anak penghidap autisme, mungkin anda boleh cuba alternatif ini dan ambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin D.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Sapu Minyak Kayu Putih Pada Bayi?

Baca juga: Tanda Demam Denggi Bagi Kanak-Kanak, Komplikasi & Cara Merawat Demam Denggi

Baca juga: Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti, Ibu Patut Cuba Cara Mudah Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Ini

Penulis

Anis