Wanita mengaku terlibat kes buang bayi di Jepun
Mayumi Saito, 53, yang terjebak dalam kes buang bayi itu telah menyerahkan diri di sebuah balai polis di Osaka dan memberitahu penyiasat yang dia telah melahirkan bayi antara tahun 1992 dan 1997.
Mengikut laporan media tempatan, Saito yang kini tinggal dengan anak lelakinya berkata dia telah berbuat demikian akibat mengalami masalah kewangan yang terdesak.
Hasil soal siasat kes buang bayi kejam ini
Detektif yang telah pergi ke rumah Saito berjaya mencari 4 baldi yang penuh dengan konkrit di dalam almari. Imbasan setiap baldi yang berukuran 30cm itu, menunjukkan sisa-sisa tulang bayi, lapor Asahi Shimbun.
Dalam laporan yang sama, polis sedang cuba menentukan sama ada Saito telah membunuh keempat-empat bayinya atau mereka semuanya mati dalam kandungan.
Tetapi menurut NHK, Saito kemudian telah memberitahu penyiasat yang dia telah melahirkan keempat-empat bayi itu sendiri tanpa memberitahu pasangannya tentang kehamilan dia.
Polis merancang untuk melakukan analisis DNA dan menyoal pasangan itu.
Kajian yang dilakukan ke atas kes buang bayi
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Kehidupan dan Kesejahteraan Meiji Yasuda, mereka mendapati 32.0% lelaki dan 38.8% responden perempuan tidak ada garis panduan atau syarat ketika memilih pasangan.
Tapi penduduk Jepun sedang berkurangan. Mereka dituduh tiada masa untuk berintim, lebih mementingkan kerjaya dan tidak memikirkan soal perkahwinan atau mendirikan rumah tangga.
Namun penjelasan yang lebih baik untuk kadar kelahiran negara yang rendah ialah kekurangan peluang perkerjaan yang baik untuk orang-orang muda terutamanya lelaki.
Di negara di mana lelaki masih menanggung beban sebagai pencari nafkah dan wang untuk menyara keluarga, akibat keadaan ini adalah lelaki selalu berkerja atau lelaki yang tidak ingin berkahwin dan ada anak kerana tidak mampu.
Kira-kira 70% wanita akan berhenti kerja selepas mereka ada anak pertama, dan bergantung sepenuhnya kepada gaji suami mereka.
Mungkinkah ini sebab mengapa Saito telah terjebak dalam kes buang bayi?
Jiran dan pegawai perumahan tempat kediaman mereka telah memberitahu media tempatan yang Saito melakukan kerja sampingan dan bergantung kepada sumbangan kebajikan. Saito tinggal bersama seorang anak remaja lelaki.
“Saya tidak mampu untuk menyara kehidupan mereka. Pada masa itu saya tidak ada siapa-siapa untuk berkongsi isi hati,” katanya memberitahu polis.
Selain perasaan rasa bersalah akibat kes buang bayi, orang masih kurang jelas mengapa Saito telah membuat keputusan untuk menyerahkan diri.
Segalanya masih misteri untuk kes ini.
Sumber: Channel News Asia, Japan Times, The Atlantic,
Sumber gambar: AFP
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Baby Hatch menyelamatkan 147 bayi dari menjadi mangsa kes pembuangan bayi