Pelajar Tingkatan 1 'Dibantai' Separuh Mati, Hampir Seluruh Badan Tidak Boleh Bergerak

Kes buli adalah masalah yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Siapa sangka perbuatan ini hampir meragut nyawa seorang pelajar tingkatan 1

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak melangkah masuk ke alam persekolahan, mereka mungkin berasa teruja bertemu kawan-kawan dan guru. Namun hal yang perlu diingati, anak juga berdepan pelbagai cabaran seperti kes buli atau memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran sekolah.

Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah sering kali dilaporkan berlaku. Selain berpunca daripada salah faham, ada segelintir remaja ingin menunjukkan diri mereka hebat dan samseng sehingga bertindak ganas terhadap pelajar yang lemah.

Kes buli di sekolah, pelajar perempuan dipukul hingga terlantar lemah

Semalam telah tular perkongsian oleh Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengatakan seorang pelajar perempuan tingkatan satu telah dipukul separuh mati oleh dua orang pelajar perempuan yang lain di Bukit Beruntung Rawang.

Kejadian itu berlaku disebabkan oleh salah faham antara mereka. Sekitar jam 3.28petang, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa pelajar terbabit telah terlantar lemah di kawasan perkarangan sekolah.

Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan. Dia yang hampir mengalami kecederaan pada kesemua bahagian tubuh badan kini tidak mampu bergerak dan seringkali terjatuh apabila cuba untuk berjalan.

”Kes ini melibatkan jenayah buli terhadap anak saya. Dia telah dipijak dan dipukul, namun tiada sebarang tindakan segera yang boleh diambil?” Soal ibu mangsa ketika ditemu bual oleh wartawan PPIM pagi tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, laporan polis telah pun dikemukakan. Namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah memukul mangsa.

Punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa sebab kanak-kanak atau remaja cenderung untuk membuli. Ia boleh berlaku sama ada secara sedar ataupun tidak bahawa sebenarnya mereka sedang membuli orang lain.

#1. Buli secara tidak sengaja

Kebanyakan kes buli yang berlaku adalah disebabkan oleh anak sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Mungkin ketika mereka di rumah sendiri, ibu ayah membuli anak secara tidak sengaja.

Dalam keluarga, ibu ayah mempunyai kuasa. Namun apabila disalah guna dengan suka marah anak, mengajar melalui kekerasan dan sering salahkan anak dalam pelbagai situasi secara tidak langsung membuatkan anak menjadi seorang pembuli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mereka ke sekolah melihat suasana dan peluang yang ada untuk menggunakan orang lemah demi kepentingan diri, maka terjadilah buli secara tidak sengaja ini.

#2. Kes buli secara sengaja

Buli secara sengaja ini boleh berlaku disebabkan oleh tekanan atau perasaan kecewa apabila mereka berada di rumah. Bagi melepaskan tekanan dan menunjukkan kuasa, anak akan mencari mangsa yang dilihat tidak mampu melawan semula.

Selain itu, mereka berani bertindak sedemikian adalah disebabkan oleh adanya kawan yang selalu bersama. Antara punca kes buli yang kerap dilaporkan ialah berebut pasangan, rasa tidak puas hati atau suka mengejek.

Tindakan ibu ayah sekiranya anak menjadi mangsa buli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Wajib melaporkan kepada guru kelas

Sesetengah ibu ayah mungkin menganggap bahawa buli adalah masalah budak-budak dan ia biasa berlaku. Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan memastikan anak selamat ketika di dalam sekolah, anda hendaklah memastikan guru mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembuli secara amaran lisan, hukuman atau memanggil ibu ayah mereka (jika perlu).

#2. Selidik terlebih dahulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelajar yang balik ke rumah dan memutar belitkan cerita bagi menutup kesalahan walaupun dialah sebenarnya pembuli. Cerita yang tidak lengkap dan ditokok tambah ini menyebabkan berlakunya salah faham.

Sebagai ibu ayah, anda jangan terus mempercayai cerita anak. Bertindaklah secara rasional dengan meminta bantuan guru gelas agar dapay mengetahui kisah yang sebenar.

#3. Jika kes berterusan, segera berjumpa dengan guru atasan

Laporan bertulis perlu ada sebagai simpanan ibu ayah. Apabila kes sudah sampai ke pihak pentadbiran, pasti tindakan dan siasatan akan dilakukan.

Hal yang paling penting adalah sentiasa ingatkan diri jika anak dibuli, ibu ayah jangan cepat melatah dan mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya membuatkan anda berasa kesal dengan tindakan tersebut.

Tangani dengan berhemah dan tenang. Elakkan diri dipengaruhi emosi dan kemarahan.

Sumber: PPIM, Semuanya Jdt

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Keterlaluan! Senior Paksa 77 Pelajar Asrama Makan Tahi Manusia Yang Dijumpainya