Perjalanan melangkah masuk sahaja alam persekolahan penuh keriangan, anak-anak dibentang pelbagai warna-warni dan proses pembelajaran yang pelbagai. Namun, ia boleh dicemari dengan kesan buli oleh pelajar yang berkelakuan negatif.
Tidak semua akan membayangkan kehadiran anak ke sekolah berakhir dengan kejadian buli sama ada terhadap fizikal ataupun mental.
Kesan buli terhadap pelajar
credit to sources
Dilaporkan seramai 77 orang pelajar sekolah tinggi Bunda Segala Bangsa (BSB) di Maumere, wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia telah dipaksa oleh senior untuk makan najis manusia.
Menurut salah seorang mangsa, dia menceritakan kejadian berkenaan berlaku apabila mereka ingin pulang ke asrama sekolah untuk berehat selepas menikmati makanan tengah hari di kantin.
Setelah sampai di bilik asrama, mereka didatangi oleh seorang pelajar senior. Dia mengatakan bahawa menemui najis manusia dalam beg di dalam almari yang biasanya kosong.
Seterusnya, dia telah memanggil semua pelajar sekolah rendah dan bertanya kepada mereka siapa yang telah melakukan perbuatan tersebut.
Disebabkan oleh tiada yang mengaku, pelajar senior bertindak mencedok najis tersebut dengan sudu dan memaksa kesemua 77 orang pelajar junior makan.
credit to sources
”Kami terpaksa mengikut sahaja kehendaknya kerana takut untuk melawan. Ia sangat menjijikkan,” katanya.
Selepas kejadian itu, pelajar senior turut memberi amaran keras supaya perkara tersebut tidak dilaporkan kepada guru atau ibu bapa.
Bagaimanapun, salah seorang mangsa berani meminta izin untuk pulang ke rumah dan memberitahu ibu bapanya tentang kejadian melampau tersebut.
Kisah ini kemudiannya dikongsikan oleh ibu ayah pelajar berkenaan melalui penyebaran mesej di dalam kumpulan WhatsApp.
Menurut salah seorang ibu mangsa, Maria Flora menggambarkan insiden itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menggesa pelajar senior yang terlibat dalam kes dera tersebut diberikan tindakan disiplin.
”Insiden ini tidak akan diterima oleh mana-mana negara di dunia. Mungkin pelajar yang bertindak melakukan pembulian jijik ini mempunyai masalah mental,” kata Maria.
Bagi ibu kepada mangsa yang lain, Hetty Hendriyani, dia berasa cukup terkejut dan kecewa perkara sebegini berlaku di sekolah.
“Kami menghantar anak-anak ke sekolah supaya mereka dapat belajar untuk menjadi orang yang baik, bukannya berhadapan dengan masalah buli ini. Ia sangat mengecewakan,” katanya.
SBS bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut, namun kompas.com melaporkan sekolah berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar untuk membincangkan perkara tersebut.
Sebab kanak-kanak menjadi sasaran buli
credit to sources
#1. Buli secara tidak sengaja
Kebanyakan buli tidak sengaja berlaku kerana mereka sudah terbiasa dalam keadaan seperti itu.
Mungkin di rumah sendiri, ibu bapa membuli anak secara tidak sengaja seperti mengarahkan anak melakukan pelbagai perkara, menyalahkan mereka dalam pelbagai situasi sehingga membuatkan mereka terperangkap.
Apabila kuasa sebagai ibu ayah disalah guna untuk mendapatkan kelebihan, anda sebenarnya secara tidak sengaja telah mengajarkan anak menjadi seorang pembuli.
Kesannya apabila anak-anak pergi ke sekolah dan melihat peluang yang ada, mereka akan menggunakan orang yang lemah demi kepentingan diri. Justeru, terjadilah kesan buli secara tidak sengaja.
#2. Sengaja melakukan buli
Kemungkinan besar buli secara sengaja ini berlaku kerana dorongan perasaan kecewa atau tertekan dengan situasi di rumah.
Jadi, bagi melepaskan tekanan dan menunjukkan kuasa yang ada pada diri anak-anak, mereka akan mencari mangsa yang dilihat tidak mampu melawan semula.
Situasi inilah yang kerap mendorong mereka melakukan jenayah buli secara sengaja.
Menurut Pakar Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad mengatakan ramai yang tidak sedar kejadian buli dalam kalangan remaja boleh berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.
“Buli adalah penyalahgunaan kuasa oleh individu kuat terhadap yang lemah. Ia juga disebut sebagai satu bentuk penguasaan seseorang kepada orang lain,”
“Lazimnya dalam buli, satu pihak akan berasa menang dan satu pihak lagi tertekan kerana tidak mampu mengelak atau mempertahankan diri. Mangsa berasa seolah-olah terperangkap dengan situasi pembulian,” ujarnya.
Bagi ibu ayah berhadapan masalah ini, anda perlu memainkan peranan untuk menilai aspek kritikal dalam menangani kes buli, tidak kira sama ada anak adalah mangsa atau pemangsa.
”Kalau anak selalu beri alasan tidak mahu ke sekolah. Itu tidak normal. Kemungkinan mereka ada masalah di sekolah,” ujarnya
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kajian menunjukkan mangsa buli cenderung untuk berasa tertekan, sunyi dan cemas, mempunyai harga diri yang rendah, mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan serta kurang selera makan.
Dalam sesetengah kes, mangsa buli akan enggan ke sekolah, tidak suka sekolah dan mempunyai prestasi pembelajaran yang teruk. Paling membimbangkan, ada yang berfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Sumber: Asiaone, Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkes-buli-di-sekolah-agama
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!