Selain Johnny Depp, 6 Selebriti Lelaki Ini Juga Pernah Dipukul & Dicakar Isteri Mereka!

Kes keganasan rumah tangga bukan berlaku pada wanita sahaja, tetapi turut terjadi pada lelaki. Lebih mengejutkan mereka ini adalah selebriti yang dikenali!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain Johnny Depp, enam selebriti Hollywood ini juga pernah berhadapan dengan kes keganasan rumah tangga bersama isteri atau teman wanita mereka. 

Kebanyakan kes keganasan rumah tangga ini didedahkan sendiri oleh mangsa di mahkamah dan media tempatan di sana. Hakikatnya, pendedahan ini membuktikan seorang lelaki juga boleh mengalami kes keganasan rumah tangga bersama isteri atau teman wanita.

Siapakah mereka? Mari kami bentangkan selebriti lelaki yang pernah menjadi mangsa dalam kes keganasan rumah tangga ini. 

6 selebriti lelaki Hollywood yang pernah mengalami kes keganasan rumah tangga 

#1. Kes keganasan rumah tangga: Lionel Richie

Penyanyi, Lionel Richie pernah mengalami kekerasan rumah tangga pada tahun 1988 disebabkan dia ditangkap berlaku curang bersama wanita lain di sebuah hotel.

Berita tersebut tersebar dan diketahui isterinya, Brenda Harvey yang kemudiannya menyamar sebagai pekerja room service. Ketika berjaya masuk ke dalam bilik tersebut, Brenda menyerang Lionel dan wanita berkenaan. 

Namun, Brenda didapati bersalah kerana melakukan kekerasan terhadap pasangan dan melanggar privasi individu kerana masuk tanpa keizinan. Akhirnya dia dipenjarakan atas tuduhan itu. 

#2. Kes keganasan rumah tangga: Tiger Woods 

Pemain golf profesional yang berasal dari Amerika Syarikat ini juga mengalami keganasan rumah tangga dengan isterinya. 

Menurut media di sana, isteri Tiger Woods, Elin Nordegren mendapat tahu dirinya dicurangi hingga berlakunya pergaduhan besar antara mereka. Elin juga didakwa mencakar wajah Tiger lalu pergi meninggalkannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, Elin juga pernah sengaja melanggar kereta milik Tiger kerana ketidakpuasan hati. 

#3. Kes keganasan rumah tangga: Bobby Brown

Beberapa tahun yang lalu ramai yang menganggap Bobby Brown melakukan keganasan terhadap isterinya, Whitney Houston. 

Namun ketika diwawancara Dailymail, rupanya si isteri yang banyak melakukan tindakan kekerasan terhadap Bobby. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kes keganasan rumah tangga: Dennis Rodman

Dennis Rodman merupakan pemain bola keranjang yang terkenal. Meskipun memilikat karakter yang garang, namun dia pernah terlibat dengan keganasan rumah tangga pada tahun 1999. 

Dia terlibat dengan pergaduhan hebat dengan Carmen Electra yang ketika itu masih menjadi isterinya. Pergaduhan besar yang berlaku di antara mereka menyebabkan luka di badan Dennis. 

Kedua-duanya ditahan polis kerana terlibat dengan pergaduhan hebat dan akhirnya tuduhan itu dibatalkan. 

#5. Kes keganasan rumah tangga: Bill Clinton

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sangka, bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton juga pernah terlibat dengan keganasan rumah tangga. 

Kisah itu ditulis dalam sebuah buku biografi berjudul Hillary’s Choice di mana wanita berusia 67 tahun itu memukul Bill Clinton secara terus-menerus. 

Pada tahun 1993, Hillary pernah mencakar wajah Bill dengan kukunya hingga meninggalkan kesan cakaran pada dagunya. 

Insiden itu berlaku kerana Hillary kecewa pada suaminya yang ketika itu sedang menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat kerana menerima kunjungan penyanyi Barbra Streisand di White House.

#6. Kes keganasan rumah tangga: Evan Peter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktor tampan dan tinggi lampai, Evan Peters juga pernah mengalami kekerasan dengan kekasih hatinya, Emma Roberts. 

Di mana dia mengalami kecelakaan hingga berdarah dan terdapat bekas gigitan pada wajahnya. 

Meskipun telah dilakukan secara ganas, namun Evan enggan membuat laporan polis dan tetap menjalin hubungan cinta dengan gadis tersebut. Namun, Emma tetap ditahan pihak polis. 

Siapa lagi artis lain yang pernah terlibat dengan keganasan rumah tangga? Kongsikan dengan kami di ruang komen. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hangat.com

Baca juga: 

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan