X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kejamnya.. Wanita Hamil Cedera Disamun Wang Tunai RM4,000 & Seutas Rantai Emas!

3 min bacaan
Kejamnya.. Wanita Hamil Cedera Disamun Wang Tunai RM4,000 & Seutas Rantai Emas!

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Labuan, mangsa dipercayai telah diekori oleh kedua-dua lelaki itu selepas mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di sebuah bank di ibu kota.

Sepatutnya golongan wanita hamil ini lagi dilindungi dan jarang untuk orang melakukan perbuatan tidak elok pada mereka. Malangnya terjadinya pula kes samun yang melibatkan golongan lemah ini.

Bayangkan betapa trauma bakal ibu ini yang cedera akibat disamun dua lelaki secara mengejut.

Sudahlah tidak berdaya dicederakan pula wanita itu, malah kerugian yang dialami wanita itu juga melibatkan sejumlah wang tunai yang besar serta barang kemas berharga.

Ditolak ke dinding

kes samun
Sebelum wanita hamil itu disamun, dia telah ditolak ke dinding oleh salah seorang daripada dua penyamun tersebut. Kejadian yang dilaporkan Harian Metro itu bertempat di tandas sebuah restoran di Labuan.

Kes samun yang melibatkan wanita hamil berusia 33 tahun itu diserang dua lelaki secara mengejut dan melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 serta seutas rantai leher milik mangsa.

Pada waktu kejadian kes samun itu, wanita itu ditolak sehingga terhantuk ke dinding, lantas akibat tindakan penyamun itu, wanita hamil itu terus rebah ke lantai sebelum disamun.

Wanita hamil kini dalam rawatan

kes samun

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhammad Farid Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan oleh pekerja restoran terbabit selepas menyedari akan insiden itu.

Menurut Ketua Polis itu, mangsa dipercayai diekori oleh kedua-dua lelaki itu selepas mengeluarkan wang tunai di mesin ATM di sebuah bank di ibu kota.

Keadaan wanita hamil itu dikhabarkan dalam keadaan stabil dan masih di dalam rawatan walaupun dia mengalami trauma dan kesan lebam di tangan kiri serta kepala akibat terhantuk di dinding.

Ini apa yang ibu hamil patut lakukan sekiranya terjatuh!

#1. Ketahui trauma yang terjadi

Trauma bukan saja dari segi fizikal namun juga emosi. Ibu hamil yang terjatuh dengan terkejut bukan saja akan tampak kecederaan di luar dan kandungan sahaja, dari segi emosi juga perlu diperhati. 

Lebih-lebih lagi dalam situasi yang cemas, emosi ibu hamil kemungkinan bercelaru malah tekanan darah pun kemungkinan meningkat naik. 

Jadi seeloknya teruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

#2. Perhatikan posisi jatuh

Kejamnya.. Wanita Hamil Cedera Disamun Wang Tunai RM4,000 & Seutas Rantai Emas!

Posisi jatuh dapat menentukan betapa serius efeknya pada kandungan. Namun dinasihatkan ibu-ibu hamil jika terjatuh jangan terus panik. Kekal tenang dan ingat posisi jatuh anda agar mudah untuk anda ceritakan pada doktor ketika pemeriksaan. 

Apabila jatuh terduduk bimbang akan memberi kesan kepada tulang belakang, lantas akan memberi kesukaran waktu bersalin kelak. Di posisi meniarap pula bimbang akan kandungan, kerana ada kemungkinan ia memberi kesan kepada plasenta dan bayi. 

Manakala dalam keadaan terlentang pula, perlu periksa keadaan kepala. Bimbang hentakan yang kuat akan menyebakan masalah lain pula. 

#3. Pantau keadaan selepas jatuh

Jika anda tidak berasa apa-apa yang serius selepas terjatuh. Sentiasa pantau keadaan diri dalam masa 24 jam dari segi:

  • Pendarahan sedikit atau pun banyak – Jika berlaku antara dua ini jangan berlengah lagi. Segeralah ke doktor.
  • Gerak bayi – Jika makin berkurangan segeralah ke hospital.
  • Ketuban pecah atau tidak – Sekiranya mendapat ada air yang terkeluar dari vagina, cepat-cepat ke hospital. Bimbang sekiranya air ketuban yang bocor boleh menyebabkan jangkitan. 
  • Sakit kontraksi – Perhatikan kesakitan itu, jika ia tidak kerap ia mungkin tiada apa-apa yang serius, namun jika kerap terjadi teruslah ke hospital. 

 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sumber: Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Teknik samun terbaru di tempat parking kereta pusat beli belah – ibu, hati-hati!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kejamnya.. Wanita Hamil Cedera Disamun Wang Tunai RM4,000 & Seutas Rantai Emas!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham