Kesalahan mendidik anak membolehkan mental mereka tidak boleh berkembang dengan baik, malah jika dibiarkan anak boleh menjadi tidak menghormati kedua-dua ibu bapanya.
Berikut ini berdasarkan perkongsian dari Dr. Richard C. Woolfson tentang apakah tanda-tanda kesalahan mendidik anak.
Perkembangan mental anak boleh terganggu jika ibu ayah ada 7 tanda-tanda kesalahan mendidik anak ini
#1. Kesalahan mendidik anak – Berterusan memarahi anak dan bertengkar dengannya
Jika anda mendapati diri selalu bertengkar atau memarahi anak, itu maksudnya anda merupakan ibu bapa yang terlalu garang kepadanya.
Untuk menerapkan disiplin yang baik, anda harus berlemah lembut dan mengungkapkan kata-kata yang baik dengan anak bukan 24 jam tengking dan marah anak.
Malah ia memberi kesan yang tidak baik pada perkembangan mental mereka.
#2. Kesalahan mendidik anak- Anda jarang mengatakan perkara yang positif
Anda terlalu fokus pada kelakuan buruk si kecil dan tidak pernah mengatakan perkara positif tentang anak. Perbuatan ini sekaligus mampu membuatkan si kecil rasa kurang dihargai.
Apatah lagi, label negatif itu akan sentiasa terpahat di hatinya hingga terlupa perkara baik tentang dirinya lagi.
#3. Kesalahan mendidik anak – Anda tiada waktu untuk diri sendiri
Meskipun susah untuk mendapatkan waktu bagi diri sendiri namun anda harus usaha mencarinya walaupun hanya 10 minit terutama ketika si kecil sedang menonton tv atau bermain.
Ini kerana, dengan mengisi waktu itu ia dapat tenangkan fikiran sehingga membuatkan emosi anda tidak lagi terganggu.
#4. Anda cerewet & berleter sepanjang waktu
Sekiranya anda selalu berletar dan berfikiran negatif tentang anak, cubalah ambil masa untuk tenangkan fikiran kerana mungkin anda terlalu penat dengan urusan kerja rumah yang tidak pernah habis itu.
#5. Tidak pernah memberi anak hadiah
Anda selalu memberi hukuman kepada anak jika dia melakukan kesalahan, namun adakah anda memberinya hadiah jika dia melakukan perkara yang baik?
Perlu tahu, sesekali anak itu perlukan hadiah dari ibu bapanya meskipun tidak semahal mana. Bahkan, tidak perlu tunggu ulang tahun kelahirannya untuk memberi hadiah kerana dengan pemberian tersebut ia memberi kesan positif pada perhubungan kalian.
6. Anda tidak menghargai pencapaiannya
Adakah anda meraikan kejayaan anak dalam peperiksaan atau sebagainya? Hal ini kerana, sekiranya anda menghargai pencapaian mereka, ia akan membuatnya merasa bangga dengan dirinya sendiri dan lebih dekat dengan anda.
#7. Anda tidak pernah peluk anak
Berapa kali dalam sehari anda peluk anak atau adakah anda langsung tidak pernah memeluk anak seusai umurnya menginjak dewasa?
Hal ini kerana dengan pelukan dapat menghapuskan unsur-unsur negatif dalam diri kalian dan juga anak.
Dari tujuh tanda yang disebut di atas, manakah tanda kesalahan mendidik anak yang selalu anda buat? Jika ada, kurangkan sikap negatif itu dan disiplinkan anak dengan cara yang lebih baik. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Devi Agustina. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga
https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-dengan-betul