Anak Kecil Diberi Bir Hingga Mabuk, Alkohol Ternyata Boleh Bawa Maut Untuk Kanak-Kanak!

Jangan sekali-kali beri alkohol kepada anak kecil, kerana ia boleh membawa maut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sungguh kejam sekali sekiranya orang dewasa dengan selamba memberi kanak-kanak minum bir! Minuman beralkohol ini tidak elok untuk kesihatan, bukan sahaja untuk orang dewasa malah kesan alkohol sangat buruk untuk anak kecil.

Tidak diketahui apa motif apabila anak kecil diberi alkohol, walhal orang dewasa pasti tahu keburukan bir kepada kanak-kanak! Masyarakat kini nampaknya ada yang bersikap pentingkan diri sendiri dengan membahayakan nyawa orang lain.

Sama seperti kes yang pernah terjadi sebelum ini, satu video yang memperlihatkan seorang wanita dewasa memberikan bir kepada anak kecil telah tersebar.

Dalam video tersebut, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dilihat terpaksa minum bir itu!

Video yang berdurasi selama lebih kurang 30 saat ini turut mempunyai audio suara wanita itu yang seakan bangga memberikan bir pada kanak-kanak. Kejadian itu mulai viral apabila dimuatnaik di akaun Facebook Ineu Ftr pada hari Sabtu 11 Mei 2019 yang lalu.

“Orang lain menyusukan anak dengan susu, aku pula beri bir” kata si wanita dalam video sambil memberi kanak-kanak minum bir dalam tin. “Biarkan saja, biar mabuk,” ujarnya dalam bahasa Sunda.

Kesan Alkohol: Bahaya Bir Pada Kanak-Kanak

Menurut laman Poison Control, National Capital Poison Center, alkohol boleh menjadi racun berbahaya bagi kanak-kanak. Ini kerana alkohol menekan sistem saraf pusat dan menyebabkan glukosa darah (gula) rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang diberi alkohol berisiko mengalami kekejangan dan koma. Dalam kes yang paling teruk, kanak-kanak tersebut juga boleh kehilangan nyawa.

Kesan sebegini boleh berlaku untuk minum beralkohol seperti bir, arak dan minuman keras yang lainnya. Malah alkohol yang terdapat dalam ubat kumur dan produk rawatan peribadi juga boleh terlibat.

Kes Kanak-Kanak Maut Akibat Alkohol

Tidak lama dahulu, pernah ada kes di mana seorang kanak-kanak berusia 4 tahun tidak sedarkan diri di tempat tidur, dengan sebotol alkohol terbuka di sisinya. Kanak-kanak tersebut segera dibawa ke wad kecemasan untuk diberi rawatan segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sayangnya, kanak-kanak tersebut bertarung nyawa beberapa jam kemudian. Setelah disiasat, didapati paras gula dalam badannya terlalu rendah, menjadikan otak tidak mendapatkan cukup glukosa.

Kesan Alkohol Bagi Kanak-Kanak Lebih Bahaya

Alkohol mempengaruhi sistem saraf pusat. Malah kanak-kanak yang minum alkohol boleh mabuk seperti orang dewasa, selain mengalami gangguan pernafasan dengan degupan jantung perlahan, sehingga jatuh pengsan dan meninggal dunia.

Alkohol mempunyai kesan buruk kepada sesiapa sahaja, apatah lagi buat kanak-kanak. Jangan sekali-kali beri alkohol kepada anak kecil, walaupun melalui produk yang mempunyai alkohol!

Semak dulu kandungan dalam produk ya ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah saya menyusukan badan selepas minum alkohol?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman