Ibu ini menunjukkan bahaya yang tersembunyi dalam Happy Meal anak anda

undefined

Tak ada apa yang happy sangat dalam Happy Meal yang dimakan oleh anak anda. Lagi membahayakan anak adalah!

Kita semua tahu keburukan makanan segera, tapi kita tetap akan makan juga dan membiarkan anak kita makan kerana ia adalah makanan kegemaran mereka.

Baru-baru ini seorang ibu yang berkerja sebagai chiropractor dan mempunyai klinik sendiri di Alaska, mendedahkan apa yang sebenarnya ada dalam makanan popular kanak-kanak, iaitu Happy Meal dari McD. 

Keburukan makanan segera: Happy Meal tidak berubah atau basi selepas 6 tahun!

“Happy Meal ini sudah berada dalam klinik saya selama 6 tahun. Seperti yang anda lihat, ia tidak rosak, basi, tumbuh kulat ataupun hancur pun! Baunya pun macam bau kadbod.” kata Lovdahl.

keburukan makanan segera, makanan segera, kesan buruk makanan segera, kesan negatif makanan segera, keburukan makanan segera, kesan makanan ringan, kesan makanan segera

Menurut Lovdahl, kliniknya melakukan eksperimen ini untuk menunjukkan keburukan makanan segera kepada pesakit mereka.

“Tengoklah sendiri mengapa makanan ini adalah pilihan yang tidak sihat. Kemudian bayangkan kesan negatif makanan segera untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Banyak betul bahan kimia dalam makanan ini!” tambah Lovdahl.

“Berilah makanan yang segar!” katanya dalam post itu. “Epal, pisang, lobak merah dan saderi. Ini semuanya contoh makanan segar yang boleh disediakan dengan cepat.”

Tetapi Lovdahl bukannya orang pertama yang melakukan eksperimen ini. Pada tahun 2004, sebuah dokumentari mengenai keburukan makanan segera bertajuk Super Size Me telah popular selepas mereka mendedahkan bahayanya makanan segera jika diambil setiap hari.

Keburukan makanan segera: Perlu ke ibu bapa larang makanan ini dari diet anak?

keburukan makanan segera, makanan segera, kesan buruk makanan segera, kesan negatif makanan segera, keburukan makanan segera, kesan makanan ringan, kesan makanan segera

Kurang pasti dengan Happy Meal anak? Anda masih boleh menawarkan alternatif yang enak lagi sihat

Tanya mana-mana budak-budak, mereka pasti akan jawab mereka suka makan makanan segera!

Sekali-sekala tu bolehlah. Tak salah pun kalau ibu bapa membiarkan anak makan makanan segera sekali-sekala. Janji ibu bapa janganlah buat selalu, biarpun cepat, murah dan anak pun suka makanan segera itu.

Kenapa tak cuba tawarkan alternatif yang enak lagi sihat dan dibuat di rumah? Sekurang-kurangnya kita tahu isi kandungan apa yang kita masak di rumah.

Yang paling penting masakan rumah bebas pewarna dan perisa tiruan.

Cubalah resipi-resipi ini sebagai alternatif agar kanak-kanak tidak menjadi mangsa kesan negatif makanan segera.

1 – Nugget Ayam Tempura

Mana anak yang tak suka makan nugget! Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah! Kalau boleh, curi-curi masukkan sayur cincang sekali! 

Dapatkan resipi penuh di sini.

2. Pizza bersaiz mini

keburukan makanan segera, makanan segera, kesan buruk makanan segera, kesan negatif makanan segera, keburukan makanan segera, kesan makanan ringan, kesan makanan segera

Kalau pizza buatan tangan sendiri pasti sedap bukan? Lebih-lebih lagi kalau bersaiz mini dan senang dibawa sebagai bekal ke sekolah!

Anda boleh mendapatkan resepi penuh di sini.

3. Fish & chips dengan sos tartar

Ibu-ibu juga boleh memilih untuk memasak ikan dan kentang di dalam ketuhar hingga ranggup kalau tidak mahu menggoreng dalam minyak. Ingat jangan letak terlalu banyak garam ya!

Dapatkan resipi penuh di sini

4. Ayam goreng KFC

Ni tak payah nak kata apa-apa lagi… ranggup diluar juicy di dalam. Nak cara memasak yang lebih sihat? Gunalah air fryer untuk kurangkan minyak! Pasti anak menjilat jari.

Dapatkan resipi penuh di sini.

Jika ibu tahu resipi masakan rumah best-best yang meniru makanan segera lain, kongsi bersama kami di ruang komen dibawah!

 

 

 

 

Sumber: CNN Money

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Susu Coklat Banyak Manfaat Untuk Anak! Ini 5 Resepi Air Coklat Sedap Guna Milo, Horlicks dan Ovaltine!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!