Tegar Hatimu Ibu Tinggalkan Anak, JKM Mengesan Waris 10 Individu Termasuk Bayi 3 Bulan

Kesan pembuangan bayi berupaya menyebabkan anak malang ini tidak dapat mengenali ibu ayah kandung, bahkan ia mungkin berlanjutan sehingga usia dewasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan, kesan pembuangan bayi yang berlaku mampu memberikan masalah kepada anak malang tersebut dan masa depan negara. Kerajaan sendiri tidak berdiam diri dalam mengekang masalah ini agar ia tidak berakhir dengan sebuah pembunuhan sebaik ia dilahirkan.

Bayi yang semakin membesar ini tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya. Justeru, hal ini membuatkannya hidup tanpa kasih sayang mereka dan mungkin memberikan kesan emosi paling mendalam.

Kesan pembuangan bayi, sukar menemui waris

gambar sekadar hiasan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang giat mengesan waris kepada 10 individu termasuk dua bayi yang ditempatkan di JKM Klang, Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di JKM Klang, waris kepada Muhamad Rafiq Irfan berusia 3 bulan dan seorang lagi bayi berusia 4 bulan sedang dicari bagi urusan penempatan mereka.

Melalui sebuah kenyataan, Muhamad Rafiq telah ditemui oleh pekerja pembersihan sampah tanpa sebarang dokumen dan masih berada dalam keadaan bertali pusat.

Pada ketika itu, tubuhnya dibaluti oleh selimut dan dijumpai di Gerai Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Andalas, 9 Mac lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”JKM mendapatkan Perintah Jagaan Sementara di bawah Subsekyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan bayi tersebut telah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur.” ujarnya.

Tambahnya lagi, bayi berusia 4 bulan pula telah ditinggalkan di Wad SCN Level 4 oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan pada 13 Februari lalu dan hanya datang sekali sahaj melawatnya selepas usianya lima hari.

”Pelindung bayi ini telah menghubungi ibu kandung untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang bagi perbincangan lanjut, namun tidak berjaya. Kami berharap waris terdekat tampil membantu urusan penempatan bayi ini,” jelasnya.

Ibu menghilangkan diri tanpa jejak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala JKM Petaling Jaya pula meminta waris kepada tiga kanak-kanak, Bryan Lee Jun Ming, 2 dan Sophie Ng Shu, 4, yang ditinggalkan ibunya, iaitu seorang warga Filipina sejak September tahun lalu kepada rakannya di Ipoh.

Bukan itu sahaja, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, Adam Hariz turut ditinggalkan ibu kandung tanpa sebarang dokumen.

”Ibu kandungnya adalah seorang warga Indonesia, dia pernah berjanji untuk datang semula mengambil kanak-kanak berkenaan namun sehingga kini masih menghilangkan diri,” katanya.

Sementara itu, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sedang mengesan waris bayi, Muhammad Dayyan Rizki, 5 bulan, ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada penjaga tanpa sebarang dokumen kelahiran atau penjagaan yang sah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi JKM WPKL dengan kadar segera,” ujarnya.

Dalam kes berkaitan, pihak JKM WPKL turut meminta orang ramai sama-sama membantu untuk mengesan waris kepada Noor Haslina, 13, Norman Abdullah, 16, Muhd Johari Abdullah, 14 dan Amieruddin, 10, untuk tujuan urusan penempatan mereka selepas ini.

Katanya, orang ramai diminta menghubungi JKM WPKL sekiranya mempunyai maklumat mengenai waris individu tersebut.

Faktor yang mendorong peningkatan kes bayi ditinggalkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Negara semakin berkembang dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, politik dan sosial. Namun, keadaan dalam masyarakat masih sama dan dihantui penyakit sosial iaitu gejala pembuangan bayi yang boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari.

Antara punca yang mendesak seseorang meninggalkan zuriat kandungnya adalah:

#1. Pengaruh sosial

Kebanyakan kes yang berlaku dalam negara kebiasannya disebabkan oleh pergaulan bebas sehingga hamil luar nikah. Keinginan remaja untuk mencuba pelbagai perkara sekaligus membawanya tersalah langkah sehingga sanggup mengadakan hubungan seks bersama pasangan.

#2. Kekangan hidup

Dalam membesarkan anak semestinya memerlukan sedikit kewangan untuk mendapatkan keperluan hariannya. Bagi keluarga yang sudah memiliki ramai anak, ditambah pula dengan sikap suami malas bekerja dan kurang didikan agama menyebabkan kes pembuangan bayi meningkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kepincangan keluarga

Sikap ibu ayah yang mengabaikan anak-anak menyebabkan mereka berasa kurang kasih sayang. Pada hari ini, kesibukan kerja telah menghalang ahli keluarga untuk duduk bersama meluangkan masa. Kesannya, anak yang terbiasa bebas keluar akan mengikuti rakan sebaya bagi memperoleh kebahagiaan.

Justeru, keadaan ini turut mendedahkan mereka terhadap masalah sosial seperti maksiat, parti liar mahupun hubungan dengan ramai lelaki.

Sumber: Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkelebihan-anak-yatim