TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai

18 Jun, 2020
"Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai

Mudah sangatkah kau melahirkan aku ibu? Hingga sanggup dibuang begitu saja? Mayat bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam!

Mudah sangatkah kau melahirkan aku ibu? Hingga sanggup dibuang begitu saja? Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus semalam gempar dengan penemuan mayat bayi masih bertali pusat terapung di pantai berkenaan.

Apalah dosanya hingga sanggup dia diperlakukan begitu. Mayat yang disahkan bayi lelaki itu ditemui orang awam yang memancing di pantai berkenaan.

Lebih memilukan, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam!

Mayat bayi masih bertali pusat, baru dilahirkan beberapa jam

Mayat Bayi Bertali Pusat

Foto kredit: Astro Awani

Berdasarkan kenyataan  Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik pihaknya percaya bayi itu baru dilahirkan tetapi siasatan lanjut masih dijalankan. 

Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
 
Baru nak buka kedai, dapat berita mayat bayi ditemui
Seorang peniaga di kawasan berhampiran mengakui beliau terkejut kerana kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan itu.
 
Rupanya ada mayat bayi ditemui!
 
Terlanjur hamil anak luar nikah, apa yang boleh dilakukan?
Mayat Bayi Bertali Pusat
 
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, perlulah cari jalan penyelesaian terbaik.

Jika pasangan ingin bertanggungjawab sekalipun, ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi  seperti sokongan dan penerimaan keluarga, pandangan orang sekeliling, kebajikan anak, prosedur hospital dan banyak lagi.

Buat anda yang tersepit dengan tindakan lalu dan kini mengandungkan janin yang tidak berdosa. Jangan berdiam diri dan memakan hati. Ambillah tindakan sebaik mungkin untuk masa depan dan nyawa anda dan anak.

Panduan untuk ibu hamil anak luar nikah

  1. Jangan gugurkan. Itu pasti perkara pertama yang bermain di fikirankan? Bayi tidak berdosa itu hanya ada anda saja tempat bergantung harap.
  2. Paling penting, beritahu kepada ‘si bapa’ supaya dia tahu yang dia perlu bertanggungjawab!
  3. Jika masih mempunyai ibu bapa maklumkan kepada mereka kerana mereka berhak tahu. Mengenai penerimaan atau takut dimarahi, cuba dulu! Kadang kala orang lebih tua lebih rasional pemikirannya.
  4. Lebih adil, beritahu kepada ibu dan ayah ‘si bapa’.  Anak yang tidak berdosa itu darah daging mereka juga!
  5. Jangan lupa buat buku merah di klinik kesihatan berdekatan. Ia dokumen penting untuk anda dan bayi.
  6. Jika ibu bapa menolak, teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan anda benar-benar buntu. Dapatkan bantuan di rumah perlindungan yang sememangnya membuka tangan menerima anda. 
  7. Jika anda rasa tidak mampu dan tetap mahu ‘membuangnya’. ‘Buang’ ditempat yang sepatutnya, ada baby hatch disediakan untuk kes seperti anda. Guna khidmat baby hatch untuk meninggalkan bayi dengan betul (dan tidak mengundang bahaya pada si kecil itu). Jangan risau, tiada tindakan akan diambil pada anda jika menggunakan khidmat baby hatch ini. 

 Mayat Bayi Bertali Pusat

 

Panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak hamil anak luar nikah

  1. Terima mereka seadanya walaupun anda terlalu marah dan kecewa! Anda patut bersyukur mereka cari anda. Ini bermakna mereka percaya kepada anda.
  2. Ketepikan perasaan malu dan terima ia sebagai ujian yang anda sekeluarga perlu lalui. Tiada gunanya terlalu melayan perasaan tetapi tiada penyelesaian.
  3. Masa depan anak anda masih cerah jika anda membantu mereka dengan penyelesaian yang sepatutnya.
  4. Pekakkan telinga dengan cakap-cakap sekeliling, jika anda tidak membantu anak, siapa lagi mahu bantu?
  5. Adakan perbincangan dengan anak, dia mungkin ada pendapatnya.
  6. Jika ‘si bapa’ ingin bertanggungjawab, restuilah. Mungkin itu jalan terbaik supaya anak yang dikandung ada masa depan cerah.

Panduan kepada masyarakat menghadapai situasi hamil anak luar nikah

  1. Jangan cepat sangat menghukum. Siapalah kita untuk menghukum mereka, sebagai masyarakat yang berilmu dan beragama sepatutnya membimbing dan menasihati mereka.
  2. Memang apa yang mereka lakukan salah di sisi agama tapi adakah memarahi mereka perkara yang wajar?Tekanan yang diberi boleh memberikan kesan negatif dan menganggu emosi si ibu mengandung.
  3. Tekanan boleh membawa kepada isu bunuh diri, bunuh anak yang dilahir dan paling biasa mereka buang bayi yang tidak bersalah itu. 
  4. Jika langsung tidak boleh menerima, lebih baik diam. Jangan mengeruhkan keadaan. 
 
Sumber : Sinar Harian, Astro Awani, Wanista, my.theasianparent
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
 
Baca juga: 

https://my.theasianparent.commengandung-luar-nikah

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • "Apa Dosa Saya Ibu"- Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Pantai
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham