Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Tandas, Boleh Menyebabkan Buasir!

Kesan penggunaan telefon bimbit di dKesan penggunaan telefon bimbit di dalam tandas boleh menyebabkan buasir? Ini kerana duduk lama dan meneran boleh menyebabkan penyakit ini.alam tandas boleh menyebabkan buasir? Ini kerana duduk lama dan meneran boleh menyebabkan penyakit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat masyarakat yang taksub dan terlalu bergantung dengan teknologi dan media sosial menyebabkan pelbagai kesan penggunaan telefon bimbit. 

Perasan atau tidak, mahu ke tandas juga kita membawa telefon bimbit. Tanpa sedar, kita akan duduk berjam-jam di sana. Bukan sahaja melayari TikTok, Instagram atau Facebook, malah ada yang sempat main game sampai empat, lima round.

Namun, tahukah anda bahawa kesan penggunaan telefon bimbit ke tandas boleh membawa kemudaratan dan mengundang risiko penyakit?

Pakar Gastroenterologi, Dr Joseph Salhab berkata, duduk lama dan meneran di tandas boleh menyebabkan peningkatan risiko hemoroid atau dikenali sebagai buasir.

Apakah Punca Buasir?

Haemorrhoids atau buasir ini boleh terjadi dalam dua keadaan, iaitu sama ada buasir dalaman atau buasir luaran. Buasir dalaman terjadi di bahagian dalam saluran dubur manakala buasir luaran pula terjadi di bahagian luar saluran tersebut. 

Buasir dalaman berlaku sepanjang lapisan rektum yang melibatkan gejala biasa seperti pendarahan rektum tanpa kesakitan. Buasir luaran, seperti namanya, merujuk kepada penonjolan tisu buasir di luar dubur, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan pendarahan yang teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Buasir disebabkan oleh anjakan kusyen saluran darah yang mendasari lapisan dinding dubur. Biasanya, kusyen ini menyumbang kepada ketegangan dan membantu mengawal najis semasa membuang air besar. 

Walau bagaimanapun, beberapa faktor boleh menyebabkan kusyen ini mengalami keradangan atau pembengkakan, yang membawa kepada penonjolannya.

Penyebab yang paling biasa dalam keadaan ini adalah penegangan berlebihan sewaktu membuang air besar. Penegangan jangka panjang menyebabkan tisu sokongan kusyen dubur menjadi pecah.

Guna Tandas Jangan Melebihi 10 Minit

Berapa lamakah anda menyelesaikan hajat (membuang air besar) di tandas? Secara sihat, ia sepatutnya tidak lebih dari 10 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Membuang air besar sepatutnya tidak mengambil masa yang lama. Bersihkan. Mudah. Bayangkan bakteria di telefon pintar anda,” ujarnya dalam sebuah artikel.

Menurutnya, kuman daripada najis manusia akan melekat pada peranti yang dibawa, dengan itu 100 peratus skrin telefon boleh menjadi rumah kepada E.Coli dan Fecal streptococci yang berbahaya.

Dr Salhab kemudian berkongsi tips untuk mengurangkan masa di tandas dengan menggunakan sebuah bangku kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah menaikkan kaki akan memudahkan najis untuk keluar sekali gus mengehadkan penggunaan telefon pintar di tandas.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya pengguna menukar diet harian. Tingkatkan pengambilan serat dengan mengambil buah-buahan yang boleh membantu merangsang pergerakan usus, antaranya termasuk kiwi, buah naga, epal, pear, prun dan vitamin C.

Selain itu, Dr Salhab mengesyorkan orang ramai supaya mengambil suplemen seperti psyllium husk yang boleh ditambah kepada minuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Magnesium oksida dan magnesium sitrat juga antara suplemen lain yang boleh diamalkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Alamak! Anda Alami Masalah Buasir Selepas Bersalin? Ini Tips Untuk Atasinya

Baca juga : Buasir Ketika Mengandung Amat Menyakitkan, 8 Petua Semulajadi Ini Dapat Merawatnya

Baca juga : Budak Zaman Sekarang Dan Gajet Berpisah Tiada. Ini 6 Aktiviti Yang Ibu Ayah Boleh Ajak Anak Buat Bersama Untuk Elakkan Melekat Dengan Gajet

Penulis

Nursyamimi