Kesan penyakit berjangkit, wabak Covid-19 tidak hanya mengancam nyawa orang ramai. Malah ia menjejaskan aktiviti harian dalam kehidupan norma baharu ketika kerajaan terpaksa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Meskipun ramai mengakui bahawa agak sukar meneruskan kehidupan untuk mencari pendapatan harian, namun kesan wabak ini turut ‘menghantui’ anak-anak yang masih kecil untuk membesar.
Kesan penyakit berjangkit Covid-19 terhadap kanak-kanak
Sesi persekolahan dan taska harian kini telah terpaksa ditutup bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Justeru anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah.
Tahukah anda bahawa pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan anak seawal usia 8 tahun boleh menjadi tantrum?
Menurut kajian semakin meningkat usia kanak-kanak, mereka berdepan perubahan tingkah laku yang agak teruk dalam fasa ‘teribble twos’ ini.
Para peneliti dari Universiti Bristol mengatakan bahawa ia adalah jarang berlaku kerana semakin bertambah usia kanak-kanak, misalnya ketika sudah memasuki 8 tahun, mereka cenderung menjadi tantrum seperti anak yang berusia 2 tahun.
Kajian yang dilakukan adalah melibatkan lebih 700 orang kanak-kanak melalui tempoh pandemik. Majoritinya mengatakan berasa amat tertekan dengan tempoh lockdown yang sememangnya menganggu kesihatan mental.
Sejak tahun 2020, kebanyakan kanak-kanak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan harian seperti biasa. Mereka terpaksa belajar di rumah dan secara atas talian.
Bagi sesetengah kes pula, ibu ayah tidak mampu menyediakan kemudahan laptop atau telefon pintar sehingga terpaksa berkongsi dengan adik-beradik yang lain. Bukan itu sahaja, kawasan seperti pedalaman telah menyebabkan gangguan jaringan sehingga anak-anak tidak dapat memberikan fokus dengan baik.
Masa yang banyak terluang di rumah ini turut menghalang anak-anak untuk bersosial dengan rakan sebaya di sekolah.
Kesan penyakit berjangkit, Covid-19 meningkatkan masalah emosi
Para pengkaji Bristol turut menyatakan bahawa masalah tantrum dan tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak biasanya terjadi sewaktu usia 2 atau 3 tahun. Ia sepatutnya berkurangan apabila memasuki sekolah rendah.
Namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ia sekaligus telah meletakkan anak-anak terhadap risiko kesihatan mental pada masa hadapan.
Kumpulan pengkaji yang membuat pemerhatian terhadap perkembangan emosi melibatkan 700 orang kanak-kanak telah membuat perbandingan dengan data yang diambil sebelum pandemik sebagai sebahagian daripada kajian yang dilakukan sepanjang 30 tahun.
Ahli psikiatrik epidemiologi di Bristol, Dr Rebecca Pearson mengatakan masalah emosi yang biasanya berlaku adalah ketika usia anak 2 tahun dan ia kemudiannya berkurangan apabila memasuki alam persekolahan.
”Namun kesan pandemik ini telah menyebabkan kanak-kanak yang lebih berusia menghadapi tekanan emosi lebih teruk berbanding usia mereka.
”Hasil penelitian kami mendapati murid sekolah rendah cenderung mengalami masalah ini berbanding yang kita jangkakan ketika mereka dalam fasa teribble twos,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ini menunjukkan bahawa berlaku kelewatan perkembangan emosi. Jika tidak dibantu, pandemik Covid-19 ini boleh memberikan kesan jangka panjang bagi generasi hari ini.
Ahli psikiatri dari Universiti Cambridge turut memberi amarah pada bulan Mac lalu bahawa masalah kesihatan mental melibatkan golongan bawah 18 tahun meningkat dengan mendadak semasa krisis Covid-19 ini.
Bukan itu sahaja, pakar mendakwa gangguan makan di negara England telah meningkat dua kali ganda pada tahun 2020, seiring dengan kesihatan mental.
Kesan pandemik Covid-19 berupaya menjejaskan masa hadapan anak-anak
Ditulis dalam Jurnal Perubatan British, mereka mengatakan bahawa kajian menunjukkan bahawa anak-anak dengan latar belakang miskin berdepan kesan yang lebih buruk sepanjang tempoh lockdown ini.
Pakar psikiatri kanak-kanak, Profesor Tamsin Ford menjelaskan bahawa penyebab berlakunya tekanan dalam kalangan kanak-kanak adalah:
- Larangan keluar rumah
- Tidak boleh berjumpa dengan rakan
- Pergaduhan antara ibu ayah di rumah
- Masalah kewangan
- Tekanan akademik
- Perasaan dipinggirkan
Dia turut mengatakan sekatan perjalanan yang dilakukan oleh kebanyakan negara di dunia ini telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami tekanan di rumah. Krisis senyap pada anak kecil ini perlu ditangani dengan segera meskipun kurang klinik kesihatan mental beroperasi sepanjang tempoh pandemik ini.
Sumber: Dailymail
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ayah Hilang Pendapatan Kerana Covid-19 Cenderung Menjejaskan Kesihatan Mental Anak Di Rumah