"Kerana kesan ubat selsema, malam tadi anak hampir membunuh saya!"

Disebabkan kesan ubat selsema, seorang gadis muda mengalami halusinasi lalu mengancam untuk membunuh ibu sendiri... Ubat selsema apa yang selamat untuk kanak-kanak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah kesan ubat selsema pada kanak-kanak?

Tahukah ibu bapa yang sesetengah ubat ada kesan sampingan? Ini adalah kisah seorang ibu yang terpaksa bergelut dengan anaknya kerana kesan ubat selsema Tamiflu. 

Tamiflu (atau oseltamivir phosphate) adalah ubat selsema yang berkesan untuk kanak-kanak tetapi mempunyai risiko kesan sampingan.

Apabila Melissa Rodriguez pulang rumah, dia mendapati anak perempuannya Emma demam dengan suhu 39.5°C dan hidungnya berair.

Melissa terus memberi Emma makan Tylenol (yang ada asetaminofen) dan menghantar anaknya yang lain ke rumah nenek supaya mereka tidak terjangkit.

Kemudian Melissa telah membawa Emma ke pakar kanak-kanak yang memberi ubat Ibuprofen dan Tamiflu untuk demam selsemanya.

Kredit: NetDoctor

Melissa terus memberi anaknya makan ubat apabila mereka ketika dalam kereta kerana suhu badannya makin tinggi.

Pada mulanya, Emma tidak menunjukkan kesan ubat selsema tamiflu, tapi apa yang berlaku kemudian telah menjadi pengalaman yang ngeri untuk ibu ini!

30 minit selepas dia tertidur, Emma  bangun. Di sinilah mimpi ngeri saya bermula! Walaupun dia bangun, dia seolah-olah bukan dirinya sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia memecahkan semua barang-barang di rumah, masuk ke dalam bilik tidur saya dan mengatakan dia akan membunuh saya! ” tulis Melissa.

Melissa memberitahu bagaimana dia terpaksa bergelut dengan anak perempuannya selama 10 minit sebelum dia sedar.

Kesan ubat selsema Tamiflu: Gadis muda mengalami halusinasi 

Tapi apabila anaknya sedar, moodnya bertukar lagi dan dia mula menangis dan mengatakan ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya sayang mama, tapi saya tidak dapat bangun. Orang yang sedang bercakap dalam otak saya tidak membenarkan saya untuk bangun, mama!”

Apabila keadaan anaknya tidak bertambah baik, Melissa telah membawa Emma ke bilik kecemasan di hospital berdekatan tetapi doktor itu tidak banyak membantu.

Akhirnya Melissa terpaksa membawa anak gadisnya ke hospital  lain. Di hospital itu seorang pakar kanak-kanak mendapati keadaan Emma ini adalah disebabkan oleh kesan ubat selsema Tamiflu!

Rupa-rupanya ubat Tamiflu tersebut tidak sesuai untuk semua kanak-kanak dan tidak ramai doktor yang tahu tentang ini.

Sesetengah kanak-kanak akan menunjukkan reaksi atau alahan yang teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas dipantau semalaman di hospital, demam Emma reda dan dia kembali biasa dan tidak ingat apa yang telah berlaku dengan ibunya.

Kesan ubat selsema Tamiflu: tanda-tanda ibu bapa perlu tahu

“Tamiflu sebenarnya sangat berkesan,” kata pakar perubatan Dr. John Shufeldt kepada Healthline.

Ia dapat mengurangkan tempoh selsema sebanyak 1 hari dan mengurangkan keparahan sakit selsema sebanyak 10 – 30%.”

Jadi doktor berpendapat manfaat ubat Tamiflu melebihi risiko kesan sampingannya. Walaupun jarang berlaku, kesan ubat selsema Tamiflu boleh berlaku, seperti yang dilihat dalam kes Emma.

Sumber gambar: Google

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Kesan ubat selsema Tamiflu:
  • keresahan
  • halusinasi
  • delirium
  • kekeliruan
  • tingkah laku yang tidak tentu
  • masalah pernafasan
  • loya
  • muntah-muntah
  • insomnia
  • mimpi ngeri

Menurut CDC, ubat Tamiflu ialah ubat antivirus yang berkesan untuk mengurangkan risiko radang paru-paru dan jangkitan telinga kanak-kanak.

Dr William Schaffner, pakar pencegahan penyakit berjangkit di Sekolah Perubatan Universiti Vanderbilt memberitahu Healthline bahawa tiada ubat yang bebas risiko.

Pastikan ibu bapa selalu bincang dengan pakar kanak-kanak anda dahulu sebelum memberi anak sebarang jenis ubat.

 

 

Sumber: Healthline, CDC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati Batuk

Penulis

Rosanna Chio