Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

Apabila ibu bapa mementingkan kesihatan gigi kanak-kanak, gigi anak akan ada kurang karies dan tidak perlu dibius apabila berjumpa doktor gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penting ke tahu tentang kesihatan gigi kanak-kanak?

Akibat kurang pengetahuan tentang kesihatan gigi kanak-kanak, seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun telah meninggal dunia di klinik gigi.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke klinik untuk membuang karies gigi yang menyakitkan pada gigi depannya.

Tapi, oleh sebab kanak-kanak itu sangat aktif dan ini bukan pembedahan yang senang, dia terpaksa diberi ubat sedatif Versed, dan nitrus oxida oleh doktor gigi.

Apabila kanak-kanak itu masih tidak dapat menahan rasa sakit semasa pembedahan, doktor telah menambahkan lagi dos ubat sedatif Versed.

Setelah tamat pembedahan, kanak-kanak itu diletak di bawah jagaan penolong, sementara doktor pergi mendapatkan ibunya.

Apabila mereka sampai di bilik pemulihan, wajah kanak-kanak itu telah berubah kebiruan kerana tidak mendapat oksigen yang secukupnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka telah mencuba segala-galanya untuk menyelamatkannya, tapi kanak-kanak itu telahpun meninggal setibanya di hospital. 

Adakah tragedi ini boleh dielak?

Ajar kepentingan menjaga kesihatan gigi kanak-kanak dan ajar mereka cara yang betul untuk memberus gigi sendiri

Inilah perbincangan yang telah diadakan baru-baru ini di dalam jurnal Pediatrik: “Kematian selepas diberi ubat bius di klinik doktor gigi. Bolehkan tragedi ini dielak?”

Jawapannya ya, kerana seorang kanak-kanak tidak patut mati akibat diberi sedatif semasa melakukan prosedur rawatan gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar, mereka tidak mengesyorkan pembedahan sebagai rawatan untuk kerosakan gigi kanak-kanak, tapi sesetengah doktor gigi masih akan melakukannya.

Rongga gigi kanak-kanak yang teruk perlu dirawat, dan keadaan ini lebih dikenali sebagai “karies awal kanak-kanak” atau ECC: masalah gigi yang paling biasa di kalangan kanak-kanak.

Walaupun masalah ini boleh dielakkan dengan penjagaan asas kesihatan gigi kanak-kanak, tapi kebanyakkan mereka tidak pernah jumpa doktor gigi.

Jadi ini bukan hanya salah penggunaan ubat bius, tapi juga kesalahan masyarakat kerana tidak bimbang tentang keperluan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanakah karies awal kanak-kanak boleh berlaku? Apakah tanda-tandanya?

Karies awal kanak-kanak nampak seperti kapur putih yang berkumpul pada gigi dan berhampiran dengan gusi gigi.

Apabila kesihatan gigi kanak-kanak terjejas, gigi itu akan kehilangan mineral penting dan mula reput sehingga membentuk rongga kuning atau coklat.

Gigi depan bahagian atas adalah gigi yang paling besar kemungkinan untuk mempunyai karies.

Jika kesihatan gigi kanak-kanak itu sudah sangat teruk, gigi itu mungkin retak, pecah atau mempunyai rongga yang lebih dalam dan lebih besar.

Apabila bakteria merebak ke pulpa gigi, abses gigi atau lepuh gusi boleh berlaku. Kanak-kanak itu mungkin akan mengadu sakit gigi, mempunyai gusi yang bengkak, demam dan mempunyai muka yang bengkak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa gigi kanak-kanak mudah reput?

Apabila menjaga kesihatan gigi kanak-kanak, kurangkan makanan yang manis

Adakah ia sebab kanak-kanak itu kekurangan nutrisi atau kalsium?

Anak saya jarang makan gula-gula, mengapa giginya masih reput?

Karies awal kanak-kanak bukan disebabkan oleh kekurangan nutrisi atau gangguan kekurangan kalsium.

Ia disebabkan oleh kanak-kanak yang selalu diberi susu tanpa memberus gigi sebelum tidur. Sama juga dengan kanak-kanak kecil yang masih menyusu pada waktu malam selepas berusia 1 tahun.

Kanak-kanak yang suka makan makanan snek dengan kerap, suka menyimpan makanan dalam mulut untuk masa yang lama atau yang tidak pandai menjaga kebersihan gigi dengan baik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat karies awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gula-gula bukan punca utama mengapa gigi kanak-kanak senang reput. Ia juga boleh disebabkan oleh pemakanan kanak-kanak itu.

Makanan seperti biskut, jem, bijiran sarapan yang bersalut gula serta jus, semua mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Kurangkan makanan-makanan yang manis, ajar anak cara yang betul untuk menjaga kesihatan giginya dan jadualkan lawatan ke doktor gigi setiap 6 bulan untuk memastikan kesihatan gigi kanak-kanak yang optimum.

Sumber: Wbur.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kes Ajaib: Bayi Yang Baru Lahir Ini Ada 7 Batang Gigi Dewasa!

Penulis

Rosanna Chio