Asyraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung, Kenapa Lelaki Selalu Menderita Penyakit Ini?

Sudah menjadi ketentuan ajal, jodoh dan rezeki. Namun, tahukah anda golongan lelaki berisiko masalah kesihatan jantung lebih tinggi berbanding wanita?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selebriti Malaysia yang mencipta nama di wilayah Indonesia, Ashraf Sinclair, 40 telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi akibat gangguan kesihatan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan oleh pengurusnya, Doddy.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Berita sedih ini turut disahkan sendiri oleh ibu Asyraf, Khadijah Abdul Rahman yang menyatakan anak lelakinya telah pulang ke rahmatullah dan mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Jakarta bagi menguruskan proses pengebumian jenazah.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Dia merupakan abang kepada model jelita, Aishah Sinclair, mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dibanjiri ucapan takziah.

Masalah kesihatan jantung

Mengikut data Pusat Infomatik Kesihatan, KKM, bilangan kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular (jantung) di hospital kerajaan pada tahun 2017 adalah sebanyak 10 284 kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2014 pula menyaksikan sebanyak 36 peratus iaitu 52 560 kematian berlaku di negara disebabkan oleh masalah kesihatan jantung dan strok.

Nampaknya ia kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia dan ini memang menggerunkan!

Golongan lelaki berisiko tinggi

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Pakar Jantung Institut Jantung Negara, Dr. Beni Rusani, fakta perubatan menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai yang mendapat masalah kesihatan jantung.

Jelas Dr Beni, faktor yang menyebabkan penyakit ini adalah kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti dan kurang bersenam serta sejarah keluarga.

“Antara banyak faktor itu, tiga daripadanya memang tak dapat ditukar iaitu jantina, faktor umur dan sejarah keluarga. Menjadi lelaki meletakkan mereka risiko yang tinggi diserang penyakit jantung berbanding wanita,”

“Wanita ada hormon estrogen yang melindungi mereka daripada gejala serangan jantung. Namun, jika mereka sudah putus haid atau menopaus barulah risiko kesihatan jantung sama dengan lelaki,” kongsinya.

Turut mengesahkan fakta bahawa penyakit jantung lebih ramai dikuasai golongan lelaki ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr. Effarezan Abdul Rahman.

“Memang benar. Jika dibandingkan dengan wanita, kira-kira 80% golongan lelaki menghidap penyakit jantung,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjelaskan punca wujud perbezaan penyakit jantung dari segi jantina, Dr. Effarezan berkata, beliau tidak dapat mengenalpastinya secara tepat.

“Bagaimanapun, kajian mendapati lelaki menghidap penyakit jantung selalunya berusia 10 tahun lebih muda berbanding wanita. Malah, mereka juga golongan yang kerap merokok dalam seharian,” ujarnya.

Salah faham pengambilan makanan

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar Jantung Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Dr. Safari Elis mengatakan senario yang biasa berlaku dalam kalangan pesakit jantung ialah mereka akan makan campuran cuka epal, cuka kurma, bercampur lemon dan seumpamanya.

“Pesakit ambil cuka dan terus minum. Saya dapat melihat keadaan dalam perut pesakit melalui skop, ia kemerah-merahan seperti dicurahkan asid. Ia mungkin menambah lagi masalah kesihatan kerana telah menganggu perut,”

Kongsinya lagi, kebanyakan masyarakat menyangka bahawa daging kambing tidak boleh makan kerana sebab kolestrol. Namun, ia adalah salah dan kambing boleh dimakan.

Sebenarnya, makanan laut yang memiliki kolesterol yang tinggi seperti sotong, udang dan pelbagai jenis siput (lala atau siput susu)

”Semua jenis ikan dan secara umumnya daging putih tiada masalah untuk dimakan. Daging putih meliputi ayam, itik dan burung,” ujarnya

Bukan itu sahaja, pengambilan oat dalam menu seharian tidak dapat mengurangkan kolesterol, tetapi hanya membantu memerangkap minyak dalam badan.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-sakit-jantung-pada-wanita