X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Gendong Anak Sambil Kerja Sejak Kematian Isteri, Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Ayah Tunggal Ini!

15 Dec, 2021
Gendong Anak Sambil Kerja Sejak Kematian Isteri, Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Ayah Tunggal Ini!

Menjadi seorang ayah tunggal bukanlah kerja mudah, terutamanya tanpa bantuan orang lain...tabahnya ayah ini menjalankan tanggungjawab sejak kematian isteri tercinta.

Kasih sayang ayah selalunya tidak terlihat dari segi zahir, kerana si ayah sering tidak mengungkapnya dengan kata-kata mahupun perbuatan yang jelas. Si ayah hanya kelihatan memberikan sokongan dan nasihat sementara ibu menonjolkan kasih sayang kepada anak-anak.

Namun hakikatnya, pengorbanan ayah merupakan ungkapan kasih sayang yang tidak ada nilai bandingnya. Apatah lagi buat si suami yang telah kehilangan isteri dan perlu menjaga anak tanpa belaian seorang ibu.

tanggungjawab ayah

Kisah menyayat hati di Indonesia ini telah menarik perhatian ramai netizen.

Sesungguhnya menjadi seorang bapa tunggal tetap sama kepayahannya dengan mana-mana ibu tunggal, demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk anak kesayangan.

Kasih Sayang Ayah Bawa Ke Syurga, Dukung Anak Sambil Bekerja

Menurut maklumat, lelaki warganegara Indonesia ini telah kematian isteri beberapa bulan yang lalu akibat sakit. Jadi si ayah perlu menjalankan tanggungjawab yang hebat sebagai ibu dan bapa tanpa bantuan orang lain.

kasih sayang ayah

Kisahnya mula menjadi perhatian apabila seorang pengguna Instagram, Cianjur membuat posting video yang memperlihatkan si ayah sedang bekerja sambil menggalas anaknya di belakang badannya.

Lelaki tersebut yang bekerja sebagai seorang tukang tampal tayar membawa anaknya yang sedang tidur dalam gendongan kain.

Kasihan pula melihatkan gelagat anak beranak ini. Agaknya si kecil keletihan menemani ayah seharian bekerja dan pada masa yang sama ayah tidak mahu membuatkan anak berasa diabaikan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ayah melakukan tugasannya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja dan sebelah lagi untuk memegang gendongan anaknya.

Kain batik diikat kemas asal cukup selesa untuk si kecil memeluk erat ayah yang tidak culas menjalankan tanggungjawabnya.

Kisah ini menimbulkan pelbagai perasaan pada warga netizen yang masing-masing bersimpati dan tersentuh dengan pengorbanan si ayah. Semuanya mengharapkan agar ada penyelesaian yang terbaik bagi keluarga kecil ini.

Menjadi Ayah Tunggal Dengan Anak Perempuan

ayah tunggal

Membesarkan anak kecil bukanlah tugas yang mudah, dan ia boleh jadi lebih menakutkan apabila seorang lelaki membesarkan anak perempuan sebagai ayah tunggal. Tanpa bantuan emosi pasangan lain, ia boleh mencabar emosi kompleks, situasi sosial, dan perubahan anak yang bakal dilalui.

Walaupun ia mencabar, namun ganjaran kasih sayang dan kepercayaan dari si anak merupakan hadiah terhebat buat ayah. Berikut merupakan beberapa pendekatan dalam membesarkan anak perempuan sebagai ayah tunggal:

#1 Jadi Ayah yang Mudah Didekati

Anak anda memerlukan seseorang untuk bercakap bagi bimbingan dan sokongan jadi pastikan ayah sentiasa terbuka untuk berbicara. Cara terbaik adalah sentiasa ada untuk anak dan boleh berbincang dengan anak tentang apa jua topik tanpa rasa janggal dan jadi pendengar yang baik.

#2 Masuk Campur Dalam Kehidupannya

Ambil tahu tentang minat, bakat, makanan kegemaran, siapa rakan baiknya dan sebagainya. Luangkan sedikit masa untuk mengenali kenalan sekelilingnya dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka.

#3 Berikan Sedikit Kebebasan

Perkara biasa kalau ayah terlalu melindungi si anak,namun terlalu protective boleh membawa kepada anak yang memberontak.  Berikan sedikit ruang untuk anak dan hormati keperluannya untuk privasi, sambil membina ikatan kepercayaan.

#4 Minta Bantuan Keluarga 

Membesarkan anak perempuan sebagai seorang ayah tunggal tidak bermakna anda perlu melakukannya berseorangan sepenuhnya. Dapatkan bantuan dari keluarga dan bina sistem sokongan yang kuat untuk anak, seperti saudara perempuan lain dalam keluarga yang boleh berkaitan dengan perubahan yang dia alami.

#5 Didik Anak Untuk Yakin Diri

pengorbanan ayah, kasih sayang ayah

Tekanan dari rakan sebaya membuatkan anak mula membandingkan diri dengan orang sekeliling. Tingkatkan keyakinan anak dengan membina imej diri yang positif, bantu dia melalui perubahan diri terutamanya apabila dia melalui proses akil baligh.

Jadi role model yang baik dan raikan kekuatan anak.

Perjalanan ini pastinya tidak akan sempurna, namun ayah perlu kuat untuk meneruskan tanggungjawab ini. Yang penting, ini masanya untuk menjadi lebih berdikari dan mendidik anak perempuan bagaimana seorang lelaki perlu melayannya apabila dewasa kelak.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Gendong Anak Sambil Kerja Sejak Kematian Isteri, Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Ayah Tunggal Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: worldofbuzz

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Baca juga: 5 Cara Untuk Memastikan Anak Perempuan Anda Berjaya di Masa Hadapan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Gendong Anak Sambil Kerja Sejak Kematian Isteri, Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Ayah Tunggal Ini!
Kongsikan:
  • 5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

    5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

  • Anak Seiras Wajah Ayah Memiliki Tahap Kesihatan Yang Baik, Benarkah? Ini Ulasannya!

    Anak Seiras Wajah Ayah Memiliki Tahap Kesihatan Yang Baik, Benarkah? Ini Ulasannya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

    5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!

  • Anak Seiras Wajah Ayah Memiliki Tahap Kesihatan Yang Baik, Benarkah? Ini Ulasannya!

    Anak Seiras Wajah Ayah Memiliki Tahap Kesihatan Yang Baik, Benarkah? Ini Ulasannya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.