X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Umur Baru 12 Tahun, Tapi Dia Sudah Perlu Jaga 5 Adik Lain Lepas Kematian Ibu..."

21 May, 2019
"Umur Baru 12 Tahun, Tapi Dia Sudah Perlu Jaga 5 Adik Lain Lepas Kematian Ibu..."

Kejadian yang meragut nyawa ibu Muhammad menjadikan dia sebagai penjaga adik-adiknya, dengan bantuan dari ibu saudara mereka.

Pernahkah terlintas di fikiran anda, apa yang akan berlaku kepada anak-anak sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kepada anda, yang menyebabkan anak-anak perlu hidup tanpa bantuan anda? Di sinilah pentingnya keperluan ajar anak berdikari sedari kecil.

Hanya dua minggu lalu, Muhammad Aiman ​​Syazwan Mohd Fouzi, 12 tahun, menjalani kehidupan yang agak biasa untuk seorang budak lelaki di Malaysia.

Bapanya dihukum penjara kerana kesalahan dadah, makan segala keperluan dan penjagaan diserahkan kepada si ibu, Nor Amira Sahran, 33 tahun.

Ibu Maut Kemalangan, Remaja 12 Tahun Terpaksa Berdikari Membesarkan 5 Adik Beradik

ajar anak berdikari, anak berdikari, berdikari in english, independent meaning, hidup berdikari, contoh berdikari, nilai berdikari, pengorbanan adik beradik, pengorbanan seorang abang, berkorban untuk keluarga

Namun tragedi melanda pada 25 April apabila ibu tersebut meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari kerja di bank di Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut laporan, motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di Ladang Sungai Baru dan dia meninggal di tempat kejadian. Kejadian ini meninggalkan Muhammad sebagai ketua keluarga, pencari nafkah tunggal untuk dirinya sendiri dan lima adik beradiknya, berusia 10, 9, 7 dan 5, dan bayi 18 bulan.

Nor Azila Sahran, kakak ibunya, berusia 38 tahun, berkata dia akan menjaga anak-anaknya.

“Saya akan menjaga mereka sepanjang hidup saya, walaupun selepas ayah mereka dibebaskan dari penjara pada Jun ini,” katanya dipetik sebagai berkata. “Kakak saya tidak pernah mengeluh tentang kesukarannya. Sebagai kakaknya, saya menerima ini nasib yang ditulis untuknya dan saya berdoa adik perempuan saya diletakkan di kalangan orang yang beriman di syurga.”

Muhammad berkata beliau menerima “mama itu perlu pergi kerana dia mahu berehat”.

“Apabila saya membesar, saya akan menjaga adik-beradik saya kerana itulah yang selalu diminta oleh mama.”

Besarnya pengorbanan si abang. Semoga Muhammad bertabah dalam membesarkan adik-adiknya, dan menjadi  contoh yang baik untuk adik-adiknya.

Tips Ajar Anak Berdikari

ajar anak berdikari, anak berdikari, berdikari in english, independent meaning, hidup berdikari, contoh berdikari, nilai berdikari, pengorbanan adik beradik, pengorbanan seorang abang, berkorban untuk keluarga

Bagaimanakah kita boleh memupuk sifat berdikari anak? Berikut merupakan beberapa tips:

#1 Berikan Nota Kepada Anak

Berikan anak anda tanggungjawab, dan mulakan dengan memberi nota untuk membantu ‘anda’ berubah.

Jika anda merasakan anda melakukan terlalu banyak perkara untuknya, beritahu anak “Minta maaf, ibu anggap awak seperti budak kecil pula. Awak sebenarnya sudah boleh melakukannya sendiri.”

#2 Beri Peluang Kepada Anak

Buat senarai tugas yang boleh dilakukan sendiri oleh anak. Pastikan anak boleh melakukannya juga, dengan bertanyakan adakah dia sudah sedia melakukannya?

Contohnya dengan perkara kecil seperti memberus gigi sendiri, atau meletakkan pakaian yang dilipat di almarinya. Jika anak mengelak untuk melakukannya, beri tanggungjawab yang kecil dahulu seperti memegang berus gigi semasa anda letak ubi gigi di berus.

#3 Jangan Bebankan Anak

Beri tugasan pada anak mengikut keutamaan dan mengikut kesesuaian usianya, jangan pula minta anak memasak nasi ketika usianya 3 tahun pula! 

#4 Pengurusan Masa

Semasa anda ingin mengajar anak melakukan kerja sendiri, pastikan anda sudah uruskan masa anda. Contohnya, sekiranya ia mengambil masa 10 minit untuk menyikat rambutnya sendiri, mulakan pagi anda 10 minit lebih awal.

#5 Bekerjasama

Pada awalnya, apa kata lakukan tanggungjawab bersama-sama. Contohnya jika dia membantu anda membasuh baju, anda masukkan baju ke dalam mesin basuh sementara anak bantu menghulurkan baju dari bakul baju kotor. 

Jika dia sedang belajar memakai baju sendiri, contohnya membutangkan baju, butangkan separuh dari butang tersebut dan biarkan dia habiskan membutangkan yang selebihnya.

#6 Lupakan Kesempurnaan

Terima bahawa anak kecil anda tidak akan melakukan tugas sama seperti anda. Jika dia tumpahkan susu, tunjukkan bagaimana cara membersihkannya tanpa kritikan dan beritahu perkara ini normal yang berlaku pada semua orang.

#7 Berikan Pujian

ajar anak berdikari, anak berdikari, berdikari in english, independent meaning, hidup berdikari, contoh berdikari, nilai berdikari, pengorbanan adik beradik, pengorbanan seorang abang, berkorban untuk keluarga

Jika dia memakai kasut terbalik, jangan terus menegur kesalahannya sebaliknya katakan, “Wah, pandainya pakai kasut sendiri!” dan sebut juga, “Tak apa, cuba lagi, nanti pasti boleh berjaya!”

#8 Pertimbangkan Keadaan

Sekiranya anak-anak lelah, sakit, tekanan atau menyesuaikan diri dengan perubahan, ini bukan masa untuk memperkenalkan tanggungjawab baru. Dan jangan berkecil hati jika mereka mundur, atau masih mahu anda melakukannya pada masa tertentu.

Semoga bermanfaat.

Apakah aktiviti kegemaran anak anda?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: asianone

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?

https://my.theasianparent.com/manfaat-bersyukur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • "Umur Baru 12 Tahun, Tapi Dia Sudah Perlu Jaga 5 Adik Lain Lepas Kematian Ibu..."
Kongsikan:
  • Ini Kos Perbelanjaan Bulanan Seorang Anak, Memang Patutlah Kalau Akhir Bulan Duit Gaji Semuanya 'Licin'!

    Ini Kos Perbelanjaan Bulanan Seorang Anak, Memang Patutlah Kalau Akhir Bulan Duit Gaji Semuanya 'Licin'!

  • Bantuan Sara Hidup RM480 Buat Ibu Di Sarawak Yang Bakal Lahirkan Anak Tahun 2020

    Bantuan Sara Hidup RM480 Buat Ibu Di Sarawak Yang Bakal Lahirkan Anak Tahun 2020

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ini Kos Perbelanjaan Bulanan Seorang Anak, Memang Patutlah Kalau Akhir Bulan Duit Gaji Semuanya 'Licin'!

    Ini Kos Perbelanjaan Bulanan Seorang Anak, Memang Patutlah Kalau Akhir Bulan Duit Gaji Semuanya 'Licin'!

  • Bantuan Sara Hidup RM480 Buat Ibu Di Sarawak Yang Bakal Lahirkan Anak Tahun 2020

    Bantuan Sara Hidup RM480 Buat Ibu Di Sarawak Yang Bakal Lahirkan Anak Tahun 2020

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.