Menjadi wanita hamil memang banyak cabaran. Perubahan hormon kadang kala membuatkan ibu hamil menjadi seperti orang lain daripada sebelumnya. Malah ada yang menjadi sangat stres ketika hamil seperti kesihatan mental terganggu akibat terlalu membandingkan diri dengan orang lain.
Lalu, timbullah permasalahan kepada ibu hamil mempersoalkan tentang dirinya. Kenapa tidak boleh menjadi seperti ibu hamil lain, kenapa tidak boleh menjadi seperti wanita idola dan sebagainya.
Kesihatan mental ibu hamil mesti dijaga, tak perlu bandingkan diri dengan orang lain
Menurut Dr Imelda Balchin, beliau selalu nasihatkan ibu-ibu hamil, jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Kita hanya tahu cabaran hidup kita tetapi kita tak tahu kesusahan orang lain.
Berikut adalah perkongsian doktor ini:
Tuhan tu maha adil.
1) Ada wanita susah nak hamil, setelah sekian lama, perlukan bantuan prosedur IVF.
2) Ada wanita senang hamil, tetapi bila hamil, tak berhenti-henti muntah-muntah, keluar masuk Hospital sebab dehidrasi.
3) Ada wanita senang hamil, bila hamil tiada muntah-muntah dan selera makan yang sangat baik, tetapi kemudian banyak masalah kehamilan diabetes dan tekanan darah tinggi.
4) Ada wanita senang hamil, bila hamil tiada muntah-muntah, kehamilannya sihat tanpa masalah diabetes atau tekanan darah tinggi, tetapi ada masalah bila nak bersalin dan perlukan pembedahan Caesar.
5) Ada wanita senang hamil, bila hamil tiada muntah-muntah, kehamilannya sihat tanpa masalah diabetes atau tekanan darah tinggi, bila bersalin sangat lancar dan bersalin dengan normal, tetapi selepas bayi dilahirkan ada masalah pendarahan yang serious dan perlu masuk bilik bedah untuk prosedur manual removal of placenta dan transfusi darah.
6) Ada wanita senang hamil, bila hamil tiada muntah-muntah, kehamilannya sihat tanpa masalah diabetes atau tekanan darah tinggi, bila bersalin sangat lancar dan bersalin dengan normal, tiada masalah uri placenta, tiada masalah pendarahan, tetapi bayi yang dilahirkan perlukan pembedahan untuk membetulkan kecacatan dan rawatan di unit rawatan rapi NICU selama dua bulan.
7) Ada wanita senang hamil, bila hamil tiada muntah-muntah, kehamilannya sihat tanpa masalah diabetes atau tekanan darah tinggi, bila bersalin sangat lancar dan bersalin dengan normal, tiada masalah uri placenta, tiada masalah pendarahan, bayi yang dilahirkan sihat dan senang menyusu, tetapi suaminya pula berpoya-poya dengan perempuan lain dan ditinggalkan. Cis!!!
Saya dah jumpa dengan semua wanita-wanita ini dan beri kaunseling kepada mereka semua. Sebab inilah saya selalu nasihatkan ibu-ibu hamil, jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Kita hanya tahu cabaran hidup kita tetapi kita tak tahu kesusahan orang lain.
3 langkah kehamilan sihat
Menurut perkongsian babycenter, kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi.
Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:
#1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
#2. Makan dengan baik
Anda tidak perlu “makan untuk dua orang” apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu.
#3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan
Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.
Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Imelda Balchin, babycenter
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-menjaga-kehamilan