Jangkitan Rotavirus Boleh Tersebar Bukan Saja Dari Air, Tapi Juga Dari Makanan!

Jangkitan Rotavirus yang melanda negara baru-baru ini membuatkan kita berfikir dua, tiga kali sebelum membawa anak pergi bermandi-manda di taman tema air atau taman rekreasi air. Namun, jangan risau. Ada langkah pencegahan yang boleh anda cuba. Jom baca lebih lanjut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa kes jangkitan Rotavirus yang telah melanda negara kita beberapa bulan kebelakangan ini. Kebanyakkan pesakit yang telah mendapat rawatan di hospital terdiri daripada kalangan kanak-kanak. Mengapakah begitu?

Adakah golongan dewasa kebal terhadap penyakit jangkitan virus ini? Jom kita tengok 3 perkara penting tentang Rotavirus yang anda perlu tahu dan dan cara-cara untuk mengatasinya.

1.    Apakah Itu Jangkitan Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak. Sebilangan mereka yang terkena jangkitan Rotavirus ini juga akan mengalami gejala demam panas.

Nama ‘Rota’ diguna pakai kerana rupa virus berkenaan yang kelihatan seperti roda (Rota membawa maksud roda di dalam bahasa Latin).

Source: Sibconline.com.sb

Apabila dijangkiti cirit-birit, kanak-kanak tersebut juga menunjukkan simptom berantai yang lain iaitu sakit perut dan muntah-muntah. Ia turut dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE).

Apabila terkena kanak-kanak, mereka akan berasa lemah badan dan tidak bermaya akibat kekurangan air di dalam badan. Jika tidak dikawal dan dirawat awal, ia mampu menyebabkan dehidrasi yang teruk sehingga boleh membawa maut.

Jadi, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengawasi keadaan anak mereka, terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah, dan segera membawanya ke hospital jika ada menunjukkan simptom-simpton penyakit Rotavirus di atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah golongan dewasa kebal daripada jangkitan ini? Tidak juga. Mereka tidak terkecuali daripada terkena serangan Rotavirus namun simptomnya mungkin tidak seteruk simptom kanak-kanak.

2.    Bagaimanakah Rotavirus Boleh Berjangkit?

Baru-baru ini, terdapat tiga kawasan di pusat rekreasi air panas, taman tema air dan kolam air pancut di Kedah, Perak dan Melaka yang telah dilaporkan mengalami jangkitan virus ini.

Source: Amazingnara.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka, ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa Rotavirus hanya akan melanda di kawasan yang berair. Itu adalah sangkaan yang salah.

Sebenarnya, virus ini boleh merebak bukan sahaja melalui air, malah makanan.

Jangkitan bukan sahaja boleh berlaku di kawasan taman air, tetapi juga di sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Ia boleh berjangkit melalui pendedahan najis ke mulut. Sebagai contohnya, jika anak anda tersentuh barangan yang telah tercemar dan memasukkan tangannya ke dalam mulut, jangkitan Rotavirus boleh terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga turut boleh berlaku apabila anak anda termakan/terminum makanan yang tercemar. Simptom muntah-muntah yang teruk selalunya berlaku dalam masa 48 jam selepas mendapat jangkitan virus ini.

Di Malaysia, hampir 50% kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh virus Rotavirus! Ia adalah penyakit yang sangat mudah untuk berjangkit, terutamanya jika kebersihan tidak dijaga dengan baik.

3.    Adakah Terdapat Rawatan Khas untuk Jangkitan Rotavirus?

Jika anda hendak tahu, sebenarnya tiada rawatan khas untuk jangkitan Rotavirus.

Jika anak anda mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, apa yang boleh dilakukan oleh pihak hospital adalah memastikan anak anda kekal hidrasi dan cukup jumlah air di dalam badannya.

Source: Medscape.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itulah, jika ia berlaku kepada anak kecil anda, terutamanya di bawah satu tahun, adalah penting untuk anda sentiasa memberikan susu badan kepadanya.

Keadaan dehidrasi (tidak cukup air) yang berpanjangan akan membawa kepada masalah komplikasi yang lain!

Menurut Kidshealth.org, antara tanda-tanda dehidrasi teruk pada bayi anda adalah:

  • Bibir atau mulut yang terlampau kering
  • Anak kurang kencing
  • Jika kencing, airnya berwarna kuning pekat
  • Badan tidak bermaya
  • Kulit sejuk dan kering
  • Tiada air mata ketika menangis

Walaupun ada vaksin bagi penyakit jangkitan Rotavirus, iaitu vaksin Rotarix dan vaksin Rotateq, ia belum dimasukkan ke dalam senarai wajib vaksin yang perlu diambil.

Cara Mengatasi Masalah Jangkitan Rotavirus di Kalangan Kanak-Kanak dan Bayi

Terdapat beberapa langkah yang ibu bapa boleh ambil bagi mengelakkan penularan penyakit Rotavirus. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Jika anak anda mengalami simptom sakit perut dan cirit-birit, elakkan daripada membawanya mandi di kawasan awam seperti taman rekreasi hutan lipur, kolam air panas atau taman tema air.
  • Jangan membiarkan anak kecil anda mandi di kawasan awam dengan memakai lampin pakai buang.
  • Tidak menghantar anak anda yang sakit cirit-birit atau muntah-muntah ke pusat jagaan, tadika atau sekolah.
  • Pastikan anak anda tidak memasukkan barang mainan atau tangannya ke dalam mulut.
  • Pastikan lantai dan perabot rumah anda bersih dan disinfektasi setiap hari.
  • Berikan susu badan kepada anak anda untuk meningkatkan sistem imun badan.
  • Sentiasa membasuh tangan selepas menukar lampin anak dan menggunakan tandas.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: FB Kementerian Kesihatan

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga di atas, anda dapat memastikan bahawa anak kecil anda jauh daripada jangkitan virus yang berbahaya ini. Kan orang-orang lama pernah cakap, mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Sebelum membawa mereka bercuti dan bermandi-manda, pastikan anda tahu tentang keadaan semasa pusat tema air tersebut.

Jika langkah pencegahan telah dilakukan oleh pihak berkenaan (seperti contoh, menukar air setiap hari), maka, tiada masalah untuk anda membawa anak-anak mandi ke taman tema air tersebut.

Jangan lupa juga untuk melihat jika ada simptom Rotavirus pada anak anda selepas bermandi-manda atau pada bila-bila masa sahaja. Jika ada, ia perlu dirawat awal!

Penulis

Noor