Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

undefined

Pemeriksaan kehamilan adalah sangat penting terutama ia dapat mengenal pasti masalah ibu semasa mengandung contohnya air ketuban keruh yang boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan janin selepas dilahirkan.

Meskipun ibu menjaga kehamilan dengan baik, namun ada ketikanya ibu hamil tidak dapat lari dengan pelbagai masalah lain seperti kencing manis (GDM), tekanan darah tinggi, air ketuban keruh, bayi dalam keadaan songsang dan sebagainya. 

Namun yang paling utama adalah air ketuban kerana ia memiliki fungsi bagi janin semasa berada dalam kandungan ibu. Malah ia juga berperanan menentukan perkembangan janin yang sihat.

Pada awalnya, air ketuban terdiri dari air yang dihasilkan dari ibu, namun setelah usia kehamilan mencecah 20 minggu, air ketuban akan diganti dengan urin janin. 

Cairan ketuban juga memiliki kompenan vital seperti nutrisi, hormon dan antibodi. Sebab itu, ibu harus berhati-hati jika ada masalah ketuban keruh yang akan bertukar ke warna kekuningan atau hijau. 

Secara umumnya, ketuban keruh dapat dikenal pasti sebelum anda bersalin. Sekiranya ia berlaku, ibu harus segera berbincang dengan doktor bagi mencegah bahaya di kemudian hari. 

Ini kerana, ketuban keruh jika ditelan janin semasa bersalin boleh menyebabkan sindrom aspirasi mekonium yang mencetuskan gangguan pernafasan, infeksi dan penyebab kematian. 

Oleh sebab itu, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan kehamilan secara rutin dan teratur bagi mencegah risiko buruk ini. 

Punca air ketuban keruh 

#1. Jangkitan 

ketuban keruh, air ketuban keruh, masalah air ketuban, masalah ketuban, risiko air ketuban, risiko ketuban, cecair ketuban, masalah cecair ketuban

Infeksi yang menyebabkan ketuban keruh dipanggil chorioamnionitis yang terjadi pada plasenta. Ibu biasanya mengalami keadaan seperti tekanan di bahagian rahim, peningkatan denyutan nadi pada ibu dan janin serta perubahan warna ketuban. 

#2. Cecair ketuban bercampur mekonium

Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

Mekonium adalah kotoran pertama yang dikeluarkan oleh bayi. Apabila cairan bertukar warna, ini bermaksud bayi telah tercemar mekonium sebelum lahir. 

Ia terjadi kerana kehamilan overdue, tekanan pada kepala atau plasenta semasa melahirkan. Selain bayi mengalami kekurangan oksigen. 

#3. Masalah kesihatan ibu 

ketuban keruh, air ketuban keruh, masalah air ketuban, masalah ketuban, risiko air ketuban, risiko ketuban, cecair ketuban, masalah cecair ketuban

Jika ketuban berubah warna kuning, itu menunjukkan ada bilirubin dalam air ketuban. Manakala, jika ia berwarna merah tandanya darah ibu telah tercampur dalam cecair ketuban. 

Sebaiknya anda tahu keadaan kehamilan dan tentunya ia dapat mencegah dari terjadinya perkara yang boleh mendatangkan bahaya pada janin. 

Sebab itu, ibu jangan pernah skip berjumpa dan mendapatkan pemeriksaan kehamilan sepanjang sembilan bulan itu. Sayangilah diri dan cintailah kandungan anda.

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Perut Nampak Besar Semacam, Adakah Ia Satu Simptom Air Ketuban Banyak?

Baca juga: Mulut Rasa Pahit Sepanjang Kehamilan Hingga Hilang Selera Malam? Usah Risau, Ini Cara Atasinya!

Baca juga: Bolehkah Ibu Hamil Menggeliat Badan Selepas Bangun Tidur Tanpa Beri Kesan Pada Janin?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!