X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Perut Nampak Besar Semacam, Adakah Ia Satu Simptom Air Ketuban Banyak?

3 min bacaan
Perut Nampak Besar Semacam, Adakah Ia Satu Simptom Air Ketuban Banyak?Perut Nampak Besar Semacam, Adakah Ia Satu Simptom Air Ketuban Banyak?

Pernah mengalami air ketuban yang banyak semasa hamil? Keadaan ini dipanggil sebagai Polyhydramnios. Ketahui lanjut berkaitannya dalam artikel ini.

Polyhydromnios merupakan satu keadaan apabila air ketuban banyak atau cecair amniotik yang berlebihan semasa hamil. Ia berfungsi sebagai melindungi bayi dari dalam rahim ibu.

Selain itu, bayi juga memerlukan air ketuban untuk berkembang dan membesar di dalam kandungan. Pada minggu ke-14 kehamilan, cairan akan mengalir dari sistem peredaran darah ke dalam kantung amniotik.

Setelah masuk ke trimester kedua pula, bayi mulai menelan cecair dan ia keluar sebagai air kencing. Malah kitaran ini berterusan sehingga ibu bersalin.

Manakala itu, wanita hamil biasanya mempunyai 500 hingga 1000 ml cairan ambiotik, namun air ketuban banyak atau kurang boleh mempengaruhi perkembangan bayi dan terdapatnya risiko-risiko tertentu.

Maka, jika anda dapati air ketuban banyak semasa hamil keadaan ini dipanggil sebagai polyhydromnios dan ia berlaku dalam 1 hingga 2 peratus kehamilan. Biasanya terjadi sewaktu 16 minggu namun hanya mampu dikesan semasa di penghujung kehamilan.

Punca air ketuban banyak 

air ketuban banyak

Berikut ini adalah beberapa punca yang menyebabkan polyhydromnios iaitu:

#1. Kecacatan kelahiran atau kongenital yang jejaskan saluran gastrointestinal bayi

Kadang-kadang, ia berlaku disebabkan ketidakupayaan bayi untuk menelan akibat kecacatan kelahiran.

Hal ini kerana, semasa dalam rahim bayi akan menelan cairan amniotik dan mengeluarkannya semula bagi mengekalkan jumlah cecair pada paras normal. Namun, jika bayi tidak boleh menelan dengan sempurna maka cecair ini akan bertambah.

#2. Ibu ada kencing manis

Tahap glukosa dalam darah yang tinggi juga boleh menyebabkan pembentukan cecair amniotik yang berlebihan.

Ini boleh berlaku disebabkan ibu mempunyai diabetes semasa hamil.

#3. Mengandung kembar

Air ketuban banyak juga boleh terjadi bila ibu mengandung bayi kembar, di mana satu kembar mempunyai cecair amniotik yang sedikit manakala yang satu lagi terlalu banyak.

#4. Jenis darah yang tidak sesuai

Apabila seorang ibu mempunyai jenis darah Rh negatif dan bayi Rh positif, maka ia berisiko untuk perkembangan bayi. Penyakit ini juga sama seperti anemia.

#5. Masalah denyutan jantung bayi

Apabila cecair amniniotik berlebihan, ia boleh menyebabkan masalah pada degupan jantung bayi yang boleh dikesan melalui ultrasound. 

Gejala polyhydromnios 

air ketuban berlebihan

Berikut adalah beberapa gejala yang berlaku akibat cecair berlebihan: 

  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak pada kaki
  • Rasa kontraksi terlalu awal
  • Sembelit
  • Heartburn
  • Selalu rasa kram dalam perut

Komplikasi Polyhydromnios

Dalam beberapa kes, air ketuban berlebihan mungkin tidak berbahaya pada kehamilan namun jika ia teruk mungkin boleh menyebabkan beberapa komplikasi ini.

  • Kelahiran bayi pramatang kerana air ketuban pecah terlalu awal
  • Pertumbuhan janin yang berlebihan
  • Gangguan plasenta
  • Pendarahan selepas bersalin
  • Prolaps kanser payudara
  • Stillbirth atau kematian semasa lahir

Ujian dan rawatan yang boleh dilakukan

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai masalah ini beberapa ujian ultrasound akan dilakukan dengan lebih terperinci bagi menganggarkan berapa banyak cairan ini dalam rahim anda.

Berikut adalah ujian yang akan dilakukan:

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
  • Ujian glukosa dalam darah
  • Sampel cecair akan diuji bagi mengesan kecacatan bayi
  • Ujian kadar jantung bayi bagi memeriksa sebarang keabnormalan.
  • Ultrasound doppler yang lebih kuat supaya dapat melihat sistem peredaran bayi

Sekiranya anda mengalami keadaan ini maka rutin ultrasound akan menjadi lebih kerap setiap minggu. Walau bagaimanapun, setiap rawatan adalah bergantung pada tahap kes sama ada ia teruk atau sebaliknya.

Kes polyhydromnios yang sederhana boleh dirawat dengan rehat dan tidur yang secukupnya.

Namun, jika kes anda serius dan berbahaya untuk ibu juga janin maka anda disarankan mengikut nasihat dan prosedur dari doktor demi kandungan anda yang sihat.

Semoga bermanfaat.

Perut Nampak Besar Semacam, Adakah Ia Satu Simptom Air Ketuban Banyak?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

[tap-poll id=] 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga  

https://my.theasianparent.comcara-menambah-air-ketuban

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Perut Nampak Besar Semacam, Adakah Ia Satu Simptom Air Ketuban Banyak?
Kongsikan:
  • Ajaib, Bayi Ini Lahir Dengan Ketuban Belum Pecah - Sampai Boleh Nampak Mimik Muka!

    Ajaib, Bayi Ini Lahir Dengan Ketuban Belum Pecah - Sampai Boleh Nampak Mimik Muka!

  • Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

    Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Ajaib, Bayi Ini Lahir Dengan Ketuban Belum Pecah - Sampai Boleh Nampak Mimik Muka!

    Ajaib, Bayi Ini Lahir Dengan Ketuban Belum Pecah - Sampai Boleh Nampak Mimik Muka!

  • Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

    Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.