Okra atau lebih dikenali di Malaysia sebagai kacang bendi adalah sayuran yang tumbuh di kawasan tropika dengan suhu yang sederhana panas. Ramai tidak menyedari akan khasiat sayur ini untuk kesihatan.
Ia mudah didapati di pasaraya mahupun pasar malam dengan harga yang murah malah ia juga sebenarnya adalah tumbuhan yang tidak bermusim.
Bendi – Sayur Sempurna Untuk Ibu Mengandung
Bukan itu sahaja, sifatnya yang mudah ditanam menjadikan ia digemari ramai. Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam kacang bendi mampu memberikan kebaikan sepanjang tempoh kehamilan bayi.
Jangan pandang rendah terhadap sayur ini, pengambilan kacang bendi dalam menu seharian mampu memberikan khasiat untuk anda yang sedang mengandung serta janin di dalam rahim.
Kandungan nutrisi yang optimum dalam sayuran ini sangat baik diambil ketika mengandung kerana ia membekalkan protein, karbohidrat, vitamin C, B3 dan K, kalsium, asid folik dan fosforus.
Khasiat yang dimiliki oleh sayur ini sangat penting untuk memastikan perkembangan bayi di dalam rahim sentiasa sihat.
Sama ada anda menikmatinya dengan rebus, goreng atau dimakan secara mentah, anda pastinya memperoleh pelbagai kebaikan yang terkandung di dalam kacang bendi ini.
Manfaat Sayur Bendi
#1. Meningkatkan ketahanan tubuh
Disebabkan oleh kacang bendi kaya dengan vitamin C, ia mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan anda yang hamil agar sentiasa sihat dan bebas dari risiko jangkitan penyakit.
Bukan itu sahaja, manfaat Vitamin C juga dapat membantu melindungi tubuh anda dari sebarang radikal bebas yang berbahaya
Kacang bendi juga membantu pertambahan sel darah putih, menyihatkan kulit serta menguatkan tulang bayi.
#2. Membantu perkembangan janin
Seperti yang anda ketahui, asid folik sangat penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah terhadap perkembangan janin.
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan pada bahagian otak bayi dan berisiko kepada kelahiran bayi pramatang. Oleh hal yang demikian, doktor akan mengesyorkan anda untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg pada setiap hari.
Bukan itu sahaja, tabiat pemakanan yang mengandungi kacang bendi juga membantu anda mendapatkan nutrisi asid folik yang optimum.
#3. Mengawal masalah sembelit & buasir
Kacang bendi yang memiliki lendir ini dikatakan boleh membantu memudahkan proses bersalin. Ia juga menjadi penawar kepada masalah sembelit, diabetis dan jaundis.
Bagi anda yang mungkin mengalami masalah buasir ketika mengandung, adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan bendi supaya tidak timbul masalah ketika proses bersalin nanti.
#4. Sumber antioksida
Kacang bendi yang kaya dengan antioksida seperti carotenoids, phenolic compounds, vitamins C and E. Ia membantu meningkatkan sistem imunisasi anda dan bayi, melindungi anda daripada risiko jangkitan penyakit serta masalah kardiovaskular.
#5. Menurunkan kadar kolestrol
Ketika hamil pasti berat badan anda akan sedikit bertambah, kan? Jangan risau kerana pengambilan sayur ini tidak mengandungi sebarang kolestrol kerana ia adalah sayuran yang rendah lemak.
Menurut Harvard Health Publications, kacang bendi mampu menstabilkan tahap kolestrol dalam tubuh anda agar tidak berlebihan.
Selain itu, merendam kacang bendi dalam segelas air selama satu malam mampu menyingkirkan toksik atau racun dalam tubuh secara semula jadi.
Pastikan anda mencucinya dengan bersih agar terhindar dari sebarang jangkitan. Masaklah dalam suhu rendah agar tak kehilangan nutrisi.
#6. Menjadikan tidur lebih berkualiti
Selalunya ibu mengandung akan mengalami gejala loya dan ingin muntah, insomnia sehingga anda mula hilang kekuatan diri untuk menghadapinya.
Dalam hal ini, pengambilan kacang bendi dalam menu harian mampu membantu anda untuk memperoleh tidur yang lebih berkualiti kerana ia mengandungi minyak dan protein.
#7. Menjaga kesihatan otak
Kehadiran cateching di dalam sayur ini membolehkan ia berfungsi sebagai penjaga sel otak yang menghalang sel otak dari mati.
Bukan itu sahaja, kandungan epicatechin di dalam bendi boleh menghidupkan sel-sel otak terutamanya pada bagaian otak yang melibatkan pembelajaran serta memori.
Bagi anda yang sedang hamil, kacang bendi boleh mencegah ingatan yang lemah kerana adanya quercetin dan procyanidin.
Kacang bendi tidak menyebabkan berlakunya keguguran dan ia adalah langkah tambahan yang selamat dalam diet sepanjang tempoh perjalanan kehamilan.
Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau untuk mengambilnya dalam pemakanan seharian kerana ia tidak memberikan kesan sampingan. Sekiranya anda mendapati berlaku alergik terhadap kesan tindak balas tubuh anda dengan sayur ini, anda perlu menghentikan pengambilannya dan mendapatkan nasihat dari doktor.
Sumber: Momjunction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur @ Buah Menggunakan Sabun, Ini Sebabnya!