Ramai yang mungkin tidak tahu khasiat lobak putih walaupun ia sering dijadikan menu berpantang. Biasanya makanan biasa dalam menu berpantang mesti tinggi khasiatnya.
Jadi jangan ingat khasiat lobak putih hanya untuk orang berpantang saja ya, yang tak pantang pun boleh makan. Boleh juga dibuat sup dan macam-macam lagi.
Lobak putih sentiasa dikaitkan dengan kaum cina yang lebih sinonim dengan pemakanan lobak putih ini, namun ia kini dinikmati oleh pelbagai bangsa.
Baca juga: Selain Haruan, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang
Khasiat lobak putih bukan hanya untuk orang berpantang
Mungkin ada banyak khasiat lobak putih yang kita tak pernah tahu pun selama ini. Jom lihat perkongsian ini yang dikongsikan bidadari.my.
#1. Meningkatkan ketahanan badan
Manfaat lobak putih yang utama adalah meningkatkan sistem ketahanan badan. Pengambilan lobak putih secara sederhana mampu mencegah jangkitan penyakit disebabkan oleh kandungan antioksidan dan vitamin C di dalam lobak putih yang dapat memperbaiki metabolisme tubuh.
Selain vitamin C, beberapa kandungan nutrien lain seperti vitamin B, vitamin E, dan potasium yang turut menyumbang kepada peningkatan sistem kekebalan tubuh.
#2. Meningkatkan penghasilan susu badan
Disebabkan itu lobak putih diambil ketika berpantang kerana ia boleh meningkatkan penghasilan susu badan.
Mengikut petua orang dulu-dulu, sup lobak putih dapat membantu memperbanyakkan susu badan. Walaupun belum ada kajian yang mengesahkan hal ini, namun ia telah menjadi amalan berpantang sejak berkurun lamanya. Lagipun lobak putih mengandungi banyak khasiat yang tak rugi dicuba, bukan?
#3. Melegakan sakit perut, sembelit dan buasir
Jika anda menghadapi masalah perut meragam akibat ketidakhadaman makanan, lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan berupaya menyelesaikan masalah penghadaman.
Ini kerana serat makanan pada lobak putih boleh membantu gerakan usus menjadi lebih teratur sekaligus meningkatkan kemampuan sistem pencernaan tubuh. Dilaporkan hampir 30% daripada komposisi lobak putih ialah serat makanan yang sangat bagus untuk penghadaman.
#4. Mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas
Jus lobak putih dikatakan sangat baik untuk membersihkan bahagian dalaman badan manusia termasuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan masalah buah pinggang.
Komponen antimikrob yang terkandung dalam lobak putih pula menjadikannya salah satu alternatif untuk membantu mengatasi kehadiran mikroogranisma yang menyebabkan masalah kencing tak lawas.
#5. Mencantikkan kulit
Seperti juga lobak merah, lobak putih turut mengandungi vitamin A yang boleh membantu mengatasi kekeringan pada kulit, rambut dan kuku.
Selain itu, vitamin A berfungsi mencegah kedutan pramatang, jerawat, kulit kering, pigmentasi, dan warna kulit yang tidak sekata. Lobak putih yang kaya dengan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen dalam badan untuk mengekalkan keanjalan kulit seterusnya melambatkan proses penuaan.
#6. Mengurangkan gejala demam selsema
Antara lain manfaat lobak putih adalah mengurangkan gejala demam dan selesema.
Ini kerana lobak putih mengandung zat-zat yang bersifat antibiotik sehingga mampu mengatasi jangkitan yang menyebabkan gejala tersebut.
#7. Mengurangkan osteoarthritis
Kandungan antioksidan dalam lobak putih dikatakan mampu mengurangkan keradangan tulang rawan atau osteoartritis.
Vitamin C di dalam lobak putih juga dapat merangsang pembentukan kolagen yang diperlukan oleh tulang rawan.
#8. Bersifat antikanser
Komponen fitokimia, falcarinol dan falcarindiol dalam lobak putih dipercayai bersifat anti-kanser.
Ia dapat membantu mengurangkan risiko barah seperti barah usus, barah paru-paru dan barah payudara.
#9. Membantu mengawal berat badan
Jus minuman lobak putih berkalori rendah dan menggantikan minuman bergula dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Kandungan serat yang terkandung di dalamnya apat membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa keinginan terhadap makanan. Ini memainkan peranan penting bagi seseorang yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.
#10. Membantu memecahkan batu karang
Menurut kajian, lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretik (merangsang air kencing) dengan kandungan potassium yang tinggi.
Pengambilan jus lobak oleh pesakit batu karang dikatakan mampu melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing. Selain itu, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bidadari.my
Baca juga: 10 Minuman Dalam Pantang Bersalin Ini Bagus Sekali Untuk Penyembuhan & Penyusuan Ibu!