X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Khasiat Susu Di Kedua Belah Payudara Ibu Berbeza? Kanan Makanan, Kiri Air?

4 min bacaan
Adakah Khasiat Susu Di Kedua Belah Payudara Ibu Berbeza? Kanan Makanan, Kiri Air?

Pasti ramai ibu menyusu yang tertanya-tanya, adakah sama khasiat susu pada kedua-dua payudara mereka? Benarkah kanan makanan dan kiri air?

Biasa kita dengar di luar sana, jika susu ibu ini ia berbeza khasiat susu di bahagian kanan dan kiri payudara. Sejauh manakah kebenaran perkara ini?

Adakah memang benar seperti yang dikatakan atau ia hanya mitos supaya ibu-ibu tidak hanya menumpukan penyusuan hanya di sebelah payudara saja.

Sebenarnya, kandungan khasiat susu bagi kedua-dua payudara ibu adalah sama dan tiada yang berbeza antara kedua-duanya. Jadi hentikanlah andaian itu.

Khasiat susu ibu di payudara kanan atau kiri sama!

khasiat susu

Kredit: pa&ma

Ya, benar. Kedua-dua payudara menyediakan khasiat susu yang sama untuk bayi. Tiada istilah kanan adalah makan atau nasi dan kiri adalah air.

Kedua-duanya sama memberi nutrisi yang terbaik untuk bayi anda. Jadi jangan khuatir lagi ya. 

Cuma ibu perlu beri susu pada kedua belah payudara agar boleh mengimbangkan penghasilan susu. Kalau beri yang sebelah saja kemungkinan yang sebelah lagi akan tersumbat dan mengakibatkan bengkak susu. 

Susu ibu pada peringkat awal pengeluaran dipanggil sebagai foremilk. Kebiasaannya kandungan foremilk adalah cair seperti air, sebab itulah bayi yang menyusu susu ibu esklusif sepenuhnya tidak memerlukan air kosong sebagai tambahan.

Kadar peratusan lemak dalam susu ibu akan meningkat seiring dengan makin lama masa penyusuan. Susu ibu pada akhir penyusuan dipanggil sebagai hindmilk.

Ia mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh bayi. Contohnya karbohidrat, protien, vitamin dan lain-lain. Jadi proses ini akan berlaku di kedua-dua payudara si ibu, bukan hanya satu payudara saja.

Jangan cepat tukar payudara

khasiat susu

Kredit: tv3

Disebabkan itulah, semasa menyusu atau mengepam ibu tidak digalakkan untuk menukar sebelah lagi payudara dengan cepat. Pastikan anak mendapat susu yang mengandungi hindmilk dahulu pada sebelah payudara barulah anda boleh tukar ke payudara sebelah lagi.

Walau bagaimanapun, foremilk boleh juga menjadi lebih pekat bergantung kepada corak penyusuan dan corak mengepam.

Sekiranya jarak antara satu penyusuan dengan satu penyusuan yang lain dekat (mengepam atau bayi menyusu semula tidak lama sejurus selepas satu penyusuan), kandungan lemak foremilk adalah lebih tinggi dari lemak dalam hindmilk pada penyusuan berikutnya.

Bagaimana jika bayi mahu hisap satu payudara saja?

Kecenderungan baby menghisap pada satu payudara sahaja disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah:

#1. Tidak selesa dengan aliran susu

Kadang-kadang ia disebabkan oleh bayi tidak selesa pada aliran susu yang sebelah lagi yang mungkin lebih laju atau perlahan dan sikit, atau saiz puting yang tidak sama.

#2. Pegangan ibu lain

Kecenderungan bayi untuk mengiring pada satu-satu posisi dan kadar keselesaan ibu untuk memegang pada satu posisi contohnya ibu tidak selesa memegang bayi dengan tangan kirinya yang menyebabkan bayi juga kurang selesa menghisap pada posisi tersebut.

#3. Hidung bayi tersumbat

Mungkin boleh jadi disebabkan masalah hidung bayi tersumbat. Jadi jika menyusu di sebelah kanan, hidung bayi sebelh kiri akan terhimpit dengan payudara. Jika hidung kirinya tersumbat, bayi mungkin tidak suka menyusu di sebelah kanan payudara. 

Apabila ibu membenarkan bayi dengan kebiasaaan menghisap pada sebelah payudara sahaja, demand pada payudara tersebut akan lebih tinggi daripada payudara yang sebelah lagi.

Jadi ibu perlu samakan demand kedua-dua payudara tersebut supaya supply susunya lebih kurang sama. Jadi tiadalah masalah bayi hanya suka pada sebelah payudara saja.

Pastikan anak dapat hindmilk

khasiat susu

Kredit: teamsusuibu

Bagi ibu yang mengepam susu, anda perlulah mengepam lebih lama sekurang-kurangnya lebih 20 minit bagi setiap satu payudara bagi memastikan anda dapat hindmilk.

Apabila disimpan, ibu akan perasan ada tiga lapisan berbeza iaitu satu lapisan susu yang lebih cair dan dua lapisan yang lebih pekat.

Bagi ibu yang menyusu badan, ibu juga akan dapat mengesan dengan biarkan sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting, tanda bayi puas dan kenyang atau menunjukkan payudara sudah kosong.

Jika bayi masih kelihatan mahu menyusu, boleh di teruskan pada payudara yang sebelah lagi yang masih penuh dan belum dihisap oleh bayi anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: teamsusuibu

Kredit foto: mommiesdaily, siraplimau

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Baca juga: Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul Agar Kekal Lama & Bersih Untuk Bayi

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Adakah Khasiat Susu Di Kedua Belah Payudara Ibu Berbeza? Kanan Makanan, Kiri Air?
Kongsikan:
  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham