Kilang Proses Tauhu Kotor, Dipenuhi Lipas & Najis Tikus, Memang Menggelikan!

Makanan berkenaan disyaki disediakan di atas lantai berdasarkan kesan di seluruh kilang tauhu itu. Tauhu memang penuh khasiat, tapi kilang pula menjijikkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tauhu adalah makanan popular orang Asia yang dihasilkan daripada soya.  Ada yang menggelarnya tofu, ada juga menggelarnya tauhu. Disebabkan ia makanan popular, sudah pasti banyak kilang tauhu di negara ini. 

Dilaporkan, sebuah kilang memproses tauhu di Jalan Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur ditutup kerana kotor!

Ibu bapa Asia sering memilih tauhu dalam menu makanan anak mereka kerana khasiatnya yang tinggi. Tetapi, jadi loya pula bila melihat kilang pembuatannya yang kotor dan menjijikkan! Jadi hati-hati ya parents kerana makanan yang sihat belum tentu dibuat di tempat yang bersih. 

Kilang tauhu dipenuhi lipas dan najis tikus

Kredit foto: FB dbkl2u

Sebut saja sudah meloyakan, apa lagi melihatnya!

Seorang daripada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terbabit dalam serbuan itu berkata beliau hampir muntah kerana jijik melihat keadaan kilang itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga berkata tidak ‘lalu’ untuk menikmati tauhu lagi setelah melihat keadaan itu. 

Kilang yang mendapat ‘rating’ tinggi dalam laman sesawang atas talian itu ditutup Isnin lalu kerana melanggar pelbagai peraturan kesihatan dan keselamatan.

Serbuan itu dilaksanakan hasil maklumat awam. Apa yang dijumpai memang menjijikkan. Ia dipenuhi lipas dan najis tikus!

Tauhu disediakan di atas lantai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: FB dbkl2u

Berdasarkan bukti di kawasan kejadian, wakil DBKL itu memaklumkan tauhu dari kilang berkenaan disyaki disediakan di atas lantai berdasarkan kesan di seluruh kilang itu. 

Pengendali juga tidak memakai penutup kepala dan sarung tangan malah ada daripada mereka yang tidak memakai baju!Selain itu, dinding dan lantai penyediaan kotor dan berdaki hitam serta tandas berbau dan berdaki!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuatkuasa semalam. 

10 khasiat tauhu

Tauhu adalah sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.

Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan manfaat kesihatan.

Jadi tidak hairanlah penyanyi Kpop, 2AM Changmin berkongsi rahsia mendapatkan tubuh badan ideal dengan mengamalkan makan dua blok tauhu setiap hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kaya protein

Tauhu adalah sumber protein yang baik dan mengandungi semua lapan asid amino penting. Ia juga sumber besi dan kalsium yang sangat baik dan mineral mangan, selenium dan fosforus. Di samping itu, tauhu adalah sumber magnesium, tembaga, zink dan vitamin B1 yang baik.

#2. Mencegah penyakit jantung dan kanser

Tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap kanser dan penyakit jantung seperti kacang soya.

Protein soya dipercayai membantu mengurangkan paras kolesterol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Membantu menurunkan berat badan

Tinggi protein membuat perut tidak cepat merasa lapar. Ia juga kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram).

#4. Mencegah osteoporosis

Tauhu juga boleh menjadi sumber yang kaya kalsium bergantung pada penggunaan dalam pembuatan (seperti kalsium sulfat yang digunakan oleh pengeluar tauhu). Ia membantu melindungi penyakit seperti kelemahan tulang, rheumatoid arthritis dan osteoporosis.

Penyelidikan baru juga menunjukkan bahawa isoflavon dalam makanan soya boleh mengukuhkan ketumpatan (kepadatan tulang). 

#5. Meningkatkan pengeluaran tenaga

Disebabkan tauhu merupakan sumber zat besi yang baik zat besi ini boleh bersatu dengan hemoglobin di dalam badan yang membantu proses pemulihan dan pelepasan oksigen ke seluruh tubuh yang kemudian menghasilkan tenaga baru.

#6. Atasi masalah rambut gugur

Rambut memerlukan banyak protein kerana hampir 97% pertumbuhan rambut datang dari protein. Jika tubuh badan anda kekurangan protein, maka tubuh anda akan mengambil protein dari sumber yang lain, salah satunya adalah rambut anda.

Tidak hairan jika rambut mudah patah, kering dan gugur. Disebabkan itu sangat disarankan pengambilan protein yang mencukupi setiap hari. Tubuh anda memerlukan protein untuk pertumbuhan semula, maka jangan abaikan nutrisi ini.

#7. Anti-penuaan

Manfaat lain dari makan tauhu dengan kerap ialah ia melambatkan proses penuaan dengan ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan nada otot muka yang seterusnya menghalang penuaan.

Membuat pes tauhu dan diletakkan pada muka juga merupakan idea yang baik kerana ia menyuburkan kulit.

Sumber: straitstimes,wanista,dbkl2u

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjenis-rempah-ratus

Penulis

Lala Annuar