Cuaca di Malaysia sekarang tengah tidak menentu. Sekejap panas terik, sekejap hujan lebat. Jadi risau dibuatnya ibu-ibu apabila anak mula tunjuk tanda nak demam. Nak bawa keluar pun tak berani!
Makin bertambah risau hati ibu apabila mengenangkan udara dalam rumah pun tidaklah sebersih yang disangka. Bagaimana nak menghapuskan semua bakteria dalam rumah, sekaligus memastikan anak-anak menghirup udara yang segar?
Dalam meniti kecanggihan teknologi terkini, kita diperkenalkan dengan kipas pembersih udara, dan antara kipas pembersih udara yang dipuji-puji ramai adalah Dyson Pure Cool™ Purifying Tower Fan.
Saya sempat mencuba kipas pembersih udara ini untuk anak saya yang mula menunjukkan tanda-tanda nak demam, dan saya sangat gembira kerana mencubanya!
Kipas pembersih udara ini didorong oleh kepakaran dalaman elektronik, penapisan dan pengaliran udara yang mampu merangkap 99.95% partikel halus daripada masuk ke saluran pernafasan sekaligus dapat menangani pencemaran udara tertutup dan membersihkan setiap sudut dalam rumah.
Meskipun rumah kita tertutup rapat dan dibersihkan setiap hari, ia bukan jaminan udara dalam rumah betul-betul bersih tahu?
Hal ini kerana dengan partikel halus yang terapung di udara boleh menimbulkan masalah pada saluran pernafasan apabila ia disedut ke dalam paru-paru saat ketika sedang bernafas.
Antara punca udara tidak bersih dalam rumah apabila adanya aktiviti menyapu sampah, memasak, membuang habuk perabot, mengubah suai rumah dan merokok.
Apabila udara tercemar dengan virus dan bakteria, maka ia bergerak ke dalam saluran darah hingga memberi kesan buruk pada mereka yang memiliki ketahanan badan yang lemah seperti bayi, kanak-kanak dan orang-orang tua.
Kipas pembersih udara, Dyson Pure Cool
Dyson Pure Cool ini mempunyai sistem penapisan 360 darjah di mana ia mengabungkan penapis karbon yang dapat menghilangkan gas dan penapis HEPA kaca yang memerangkap 99.95% alergen mikroskopik dan bahan pencemar sekecil 0.1 mikron.
Dengan adanya kipas pembersih ini, kerja-kerja pembersihan rumah juga dapat diringankan sekaligus mengurangkan penggunaan masa untuk membersihkan di setiap sudut rumah dan bilik.
Lebih menarik lagi, mesin ini dapat mengesan pencemaran dan partikel halus secara automatik. Ia sekaligus dapat membersihkan udara dengan lebih berkesan, tanpa perlu “arahan”!
Daripada standard pembuatan pembersih udara AHAM-AC1-2015, kipas ini menetapkan pengurangan partikel yang terperangkap secara relatif dalam udara bilik yang telah diuji berdasarkan kecekapan pembersihan.
Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool juga dilengkapi dengan paparan LED yang dapat menunjukkan partikel halus dan disertakan sekali tiga sensor serta memaparkan bacaan kualiti udara dalam rumah.
Kipas ini juga dapat memberikan aliran udara bersih dan menyejukkan sekaligus membersihkan persekitaran rumah.
Kelebihan kipas pembersih udara Dyson Pure Cool
- Penapis Dyson memenuhi piawaian industri.
- Pengguna boleh mengawal dan memantau mesin ini melalui aplikasi Dyson Link yang boleh dimuat naik di Google Store.
- Aplikasi ini dapat memantau tahap pencemaran udara, kelembapan udara dan melihat baki jangka hayat penapis.
- Pemetaan tiga dimensi (3D) membolehkan mesin ini memberitahu sama ada udara dalam sesebuah bilik itu bersih atau sebaliknya.
- Secara automatik mengesan & melaporkan tahap kualiti udara secara real time pada PM2.5, PM10, VOC & NO2.
- Sistem penapis menggabungkan penapis karbon yang diaktifkan untuk mengeluarkan gas dan penapis HEPA kaca yang menangkap 99.95% alergen mikroskopik dan bahan pencemar.
- Menyampaikan aliran udara yang lancar dan kuat di seluruh ruang bilik.
- Penyelenggaraan yang rendah jika anda ingin mengganti penapis baru.
- Memantau penggunaan yang senyap ketika waktu malam.
- Mempunyai alat kawalan jauh untuk mengawal penggunaan mesin tersebut.
Tambahan info:
- Harga : RM 2829
- Ketiggian: 1.8 meter
- Berat : 4.98 Kg
Apa tunggu lagi, jangan lepas peluang anda untuk mendapatkan produk yang cukup hebat ini! Nak mengemas rumah pun senang, malah udara dalam rumah terasa lebih segar. Anak-anak gembira bermain dalam rumah, tanpa perlu keluar rumah 😉
Jangan lupa follow Facebook page theAsianparent Malaysia untuk info lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: