Cara Kira BMI Lelaki & Perempan, Bolehlah Tahu Berat Ideal Anda

Cara kiraan BMI perempuan sama dengan lelaki namun ada beberapa kategori tidak boleh menggunakan formula kiraan yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan mengetahui cara mengira BMI, seseorang boleh mengetahui samada dia kurus  (kurang berat badan), normal (berat badan ideal), lebih berat badan atau obesiti. Jadi bagaimana kiraan bmi perempuan? 

Kiraan BMI Perempuan, Adakah Berat Anda Ideal?

Nilai BMI yang lebih besar menggambarkan seseorang itu lebih gemuk. Berat badan yang berlebihan juga boleh mengundang penyakit termasuklah angin ahmar, diabetes, sakit jantung dan darah tinggi.

Kurang berat badan pula boleh dikaitkan dengan penyakit-penyakit berbahaya seperti anemia, kemurungan, keletihan yang kronik dan penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. 

Cara Buat Kiraan BMI Perempuan

BMI = Berat/tinggi (m) x tinggi (m)

Sebagai contoh, berat dan tinggi seseorang individu itu adalah:

Jika berat badan: 60 kg dan ketinggian: 1.7 m cara kirannya adalah seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BMI = 60 kg /1.7 m x 1.7 m

Adakah Cara Kiraan BMI Perempuan Sama Dengan lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kiraan BMI hanya sesuai digunakan bagi lelaki dan wanita dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun.

Ia tidak sesuai untuk digunakan ibu mengandung, kanak-kanak atau individu yang sangat berotot (atlet, ahli bina badan) atau warga tua yang sudah mengalami kehilangan jisim otot.

Faktor Mempengaruhi BMI Ideal

Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi kiraan BMI seseorang. Antaranya:

  1. Bentuk Badan – Mereka yang berotot seperti ahli bina badan pasti akan mendapat nilai yang tinggi apabila membuat kiraan BMI. Ini kerana kiraan BMI tidak dapat membezakan antara berat lemak atau berat otot dengan kedua-duanya dianggap sebagai berat lemak. Disebabkan itu nilai BMI tinggi tersebut tidak membuktikan bahawa individu tersebut obes
  2. Struktur Tulang – Individu yang mempunyai tulang yang padat dan berketumpatan tinggi atau struktur rangka yang besar akan memperoleh nilai BMI yang tinggi walaupun tidak obes

MySumber

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berapa Berat Badan & BMI Ideal Untuk Ibu Hamil Agar Tidak Menjejaskan Diri & Janin?

Baca juga: 7 Makanan Penurun Berat Badan & Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Baca juga: Penting Untuk Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Hamil, Elak Sebarang Komplikasi!

Penulis

Lala Annuar