Kisah Benar: Pahit Manis Bekas Isteri Artis Hadapi Penderaan Fizikal

Mari baca perkongsian wanita hebat ini mengharungi penderaan fizikal dan mental akibat bekas suaminya, seorang artis tempatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atas nama cinta…

Dia menarik nafas dalam, seakan berat untuk menceritakan segala derita yang telah dia rasa. 

Kami theAsianparent berbicara dengan seorang ibu tunggal yang sedang menjalani proses penceraian talak 3. Malah, dia juga sedang bersaing untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya.

5 tahun lepas, dia membina mahligai indah dengan seorang artis tempatan. Tapi, artis tersebut terlibat dalam pengambilan minuman beralkohol dan dadah. Akibat itu, dirinya dibiarkan terkontang-kanting oleh suami sendiri.

Kredit gambar: SteadyHealth.com

Dia terpaksa membesarkan 3 anak mereka sekarang. Keluarganya menyuruh dia meminta cerai daripada artis terbabit, atau tinggalkannya.

Sekali lagi dia mengeluh…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua mula atas nama cinta. Saya percaya dia berbakat. Saya sentiasa bantu dan sokong dia.”

Dia pernah bekerja di Riyard sebagai seorang pramugari. Selepas berhenti kerja, dia menggunakan simpanannya untuk mula bekerja dengan firma perudingan perniagaan pula. 

Tahun pertama perkahwinan — si suami menghadapi banyak masalah. Namun, wanita ini tak pernah lekang memberi kata semangat dan dorongan dari segi fizikal, mental, malah duit!

Dia juga pernah memberi sejumlah wang untuk suaminya merekod album sendiri!

Tapi… semuanya bakal berubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula-mula dia (suami) okay. Tapi lama-lama dia asyik mabuk.

Wang mereka semakin berkurangan. Si suami sudah tak lagi menyanyi di kelab malam. Namun, dia masih dengan tabiat buruknya – ambil dadah dan minum arak.

Kredit gambar: semi-adventures.com

Mula angkat tangan!

Saya cuba untuk nasihatkan agar dia berhenti minum. Waktu itu dia mula angkat tangan pukul saya, tarik rambut saya, heret dan tendang saya.

Si suami kemudiannya tiba-tiba menghalang dia keluar bekerja. Mereka kemudian terpaksa menyewa bilik kerana tak mampu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia terpaksa “menebalkan muka” meminjam di sana sini lepas semua duit habis. Dia juga hamil!

Tika kandungan masuk usia 7 bulan, wanita itu nekad untuk pulang ke kampung. Suaminya ada datang menjenguk dia dan anak lelaki mereka yang baru lahir.

Tapi mereka jumpa sekejap saja. Artis itu pulang balik ke kota. Dia hanya mengirim RM50 setiap bulan. Kadang-kadang tak kirim apa langsung!

Kemudian, si suami menghilangkan diri selama 2 tahun! Anak lelaki mereka pun dah besar. Isteri yang cekal ini fikir mungkin dia patut kembali ke pangkuan suaminya demi masa depan anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: listland.com

Tapi, setelah 2 minggu duduk kembali dengan artis itu, dia dipukul balik. Dan kali ini, dia memberanikan diri untuk membuat laporan polis! 

Dia nekad untuk balik kampung dan menjauhkan diri dari suami yang kaki pukul itu. Tapi, lelaki itu asyik minta maaf dan berjanji untuk berubah.

Dan wanita itu termakan sekali lagi dengan kata-katanya. Dia berbaik semula dengan “suami tercinta” ini. 

Kenapa masih bersabar dengan hubungan ini?

Saya tak ada pilihan lain. Saya ada anak-anak. Keluarga taknak bantu dah. Suami salahkan saya punca anak sulung kami menghidap autistik. Saya hilang arah.

Wanita kuat ini terpaksa membayar semua hutang-hutang suaminya. Dia juga terpaksa bekerja keras untuk menyara anak-anak ke sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas tidak lagi tahan dengan semua ini, dia akhirnya mengambil keputusan untuk meminta cerai dari suaminya. Dia juga telah dihalau oleh keluarga kerana pertengkaran hebat.

Oleh sebab tiada siapa boleh menjaga anaknya, dia terpaksa berhenti kerja dan menjual karipap untuk menampung kehidupan. 

Jual karipap untuk sara hidup dengan anak-anak

Sekarang, dia sibuk mengendali perniagaan atas talian dengan menjual karipap. Sebab terlalu bekerja keras, dia hanya tidur dalam 3 hingga 5 jam sehari.

Penat memang penat. Tapi saya buat semuanya demi anak saya. Kadang, kami hanya makan mi segera. Tapi, saya takkan biarkan anak saya kelaparan.

Bagaimana hubungannya dengan suami itu? Dia telah lama melupakan kisah cinta mereka. Ia karam dalam duka yang merobek hatinya. Mereka juga dalam proses penceraian.

Walaupun wanita cekal ini telah mengharungi pelbagai cabaran, tapi masih ada pelbagai pihak yang membantunya

Ahli kumpulan yayasan The Wings (Wings For Women – Women in Networking, Growing and Sharing) banyak bantu saya. Mereka beri saya ketuhar, kuali, baju untuk anak-anak. Malah, mereka juga beri saya peluang pekerjaan! Ramai orang bantu saya dan saya amat hargai semuanya.

Dia kini merancang untuk berniaga dengan gerai kecil-kecilan kelak, selepas proses penceraiannya habis. Perbelanjaan yang diperlukan mereka setiap bulan mencecah angka Rm3000. Hidup di kota bukan mudah.

Semoga Tuhan sentiasa melindungi dan memberi kekuatan kepada wanita hebat ini. Jom kongsikan pada wanita lain bagaimana kuat kita ini, dilahirkan sebagai seorang wanita.

Kita boleh! Anda boleh!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami sering cabul pembantu rumah dan dera isteri OKU

Penulis

Ayu Idris