TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami sering cabul pembantu rumah dan dera isteri OKU

4 min bacaan
Suami sering cabul pembantu rumah dan dera isteri OKU

Bila anda melalui penderaan dari insan yang dipercayai, anda mungkin rasa tiada tempat mengadu lagi.

Sedih tapi benar — kes pencabulan pembantu rumah telah lama berlaku. Manakala kes penderaan pula adalah kes yang mengejutkan, terutama bila ia dilakukan oleh orang terdekat. Cerita ini mengisahkan tentang pencabulan seorang pembantu rumah dan keganasan rumah tangga ke atas isteri yang berkerusi roda.

Seperti yang dilaporkan, seorang pembantu rumah warga Indonesia mula bekerja dengan sebuah keluarga di Singapura. Mulanya, dia perasan tingkah laku si bapa agak pelik. Dia cuba untuk mengadu namun diminta untuk tidak menghiraukan si bapa tersebut.

Keadaan mula menjadi buruk apabila Encik Tan, 56 tahun mula meminta ‘seks’ pada pembantu rumah itu. Encik Tan akan mengekori dan sering menyentuh wanita terbabit. Pembantu rumah itu kemudiannya diam-diam merakam perbuatan tidak senonoh Encik Tan ke atas dirinya.

Rakaman diberi kepada Puan Tan dan anak lelakinya. Bila mereka bersemuka dengan Encik Tan, dia menafikan semua perkara. Encik Tan kemudian mendera isterinya yang berkerusi roda.

Insiden seperti ini membuatkan anda menyoal integriti sebuah perkahwinan. Bagaimana ingin mengesan kes penderaan? Apa yang patut anda lakukan jika anda mengesan seseorang telah didera? Adakah anda tidak mengganggu kehidupan orang lain jika anda memberi bantuan? Mari saya cuba jawab soalan-soalan ini.

Bagaimana ingin mengesan penderaan

fear-1131143_1280

Kes penderaan domestik, sama seperti kes penderaan seksual — si mangsa akan buntu. Dunia seakan runtuh buat mereka. Hal ini kerana kebanyakan pendera adalah salah satu insan terdekat. Apabila insan terdekat yang patut melindungi telah meruntuhkan kepercayaan, emosi dalam minda si mangsa akan terganggu. Maka wujud rasa takut, malu, putus asa dan sebagainya yang bergabung menjadi satu.

Mangsa dalam kes ini bukanlah wanita semata-mata. Lelaki juga boleh menjadi mangsa penderaan.

Berikut adalah beberapa tanda yang sering dilihat pada mangsa

  1. Anda akan perasan lebam, bengkak, bibir pecah dan mata lebam. Ini tanda-tanda keganasan rumah tangga yang paling kerap kelihatan.
  2. Mangsa akan cuba memberi alasan, seperti terjatuh atas kecuaian diri sendiri. Tapi alasan itu seperti tidak kena dengan kecederaan.
  3. Akan ada cubaan untuk menyembunyikan lebam dengan mekap dan pakaian.
  4. Selalunya, mangsa adalah insan yang sering keseorangan. Mereka hanya ada beberapa rakan.
  5. Kebergantungan hidup mereka juga tinggi. Mereka tiada akses pada wang atau kad.
  6. Mangsa akan memaparkan perubahan drastik dalam tingkah laku.

Langkah yang perlu diambil jika anda kesan penderaan

violence-against-women-1169348_1280

Jika ia melibatkan kes penderaan, usah hirau lagi tentang etika untuk tidak masuk campur hal orang lain. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, jika anda mengesan kes penderaan atau mengesyaki seseorang telah didera,  — hubungi pihak berkuasa!

Jika mangsa dera itu rakan anda, anda harus beri sokongan padanya. Mangsa mungkin mahu ‘meneruskan’ perkahwinan. Tapi menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan masa depan yang lebih cerah buat mereka. Pendera tidak akan mengira mangsa. Mungkin kini rakan anda, lama-kelamaan anak mereka pula.

Ada 3 perkara yang boleh anda buat jika ada insan terdekat dengan anda didera

  1. Jauhkan mangsa dari pendera. Minta dia untuk tinggal dengan anda beberapa hari. Bawa anak mereka sekali!
  2. Berbual secara mendalam (heart to heart) dengan mangsa. Buat dia tertanya-tanya mengapa dia kekal berkahwin dengan kaki dera. Ada banyak kumpulan sokongan buat ibu-ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak mereka.
  3. Hubungi polis (999). Laporkan kes penderaan itu. Biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka

Berikut antara nombor yang boleh anda hubungi untuk sebarang kecemasan di Malaysia.

Jenis penderaan lain

Keganasan rumah tangga bukanlah satu-satunya kes penderaan di Malaysia. Terdapat juga kes penderaan terhadap kanak-kanak dan orang tua. Kes ini bukan melibatkan keganasan fizikal dan emosi sahaja. Pengabaian juga sebahagian daripada kes. Pengabaian adalah apabila anda tidak menjaga keperluan seseorang yang tidak berupaya untuk menjaga dirinya sendiri. Pada tahun 2015, sebanyak 551 kes melibatkan penderaan kanak-kanak. Manakala 206 kes lagi adalah kes pengabaian.

Anda mungkin tidak mencederakan sesiapa, tapi mengabaikan keperluan tanggunggan adalah sebuah jenayah.

Berbalik kepada cerita asal, keadilan telah menghukum Encik Tan, 59 tahun. Dia dihukum penjara selama 14 bulan. Dia mengaku bersalah atas tiga kesalahan yang melibatkan pencabulan hingga penderaan.

Jangan biarkan si pendera terlepas. Sekurang-kurangnya, apa anda boleh buat ialah MENAHAN pesalah laku ini.

 

Stories Rakan Kongsi
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Life skills for children: Teach your kids these important life skills

Terjemahan: theAsianparent Singapore

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah benar
  • /
  • Suami sering cabul pembantu rumah dan dera isteri OKU
Kongsikan:
  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham