Kisah cinta Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan tentu menarik perhatian ramai. Apatah lagi sebelum menikah, keduanya sudah memiliki kekasih masing-masing dengan hubungan yang cukup serius.
Bahkan hubungan dulu itu sudah ada desas-desus tentang pernikahan! Namun, tidak ramai yang tahu Aishwarya dan Abhishek akhirnya telah berkahwin setelah hubungan dengan kekasih masing-masing terkandas di tengah jalan.
Kisah cinta Aishwarya Rai dan Salman Khan
Sebelum berkahwin dan berbahagia dengan Abhishek, Aishwarya perlu melalui jalan yang panjang dan penuh kepahitan. Beliau mengalami saat pahit manis ketika bersama dengan Salman Khan.
Aishwarya dan Salman mulai rapat ketika mereka terlibat dalam filem Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun 1999.
Semasa bersama, Aishwarya rapat dengan keluarga Salman, namun keluarga Aishwarya sendiri secara terang-terangan tidak menyetujui hubungan mereka.
India Today melaporkan, Salman mulai menunjukkan perilaku kasar terhadap Aishwarya kerana Miss World 1994 tersebut menolak ajakannya untuk berkahwin. Ketika itu, Aishwarya masih mahu fokus pada kerjayanya dalam dunia seni.
Pada tahun 2001, hubungan mereka mulai renggang. Setahun kemudian, Aishwarya mengumumkan kepada media bahawa dia dan Salman tidak lagi bersama.
Salman tidak dapat menerima keputusan yang dibuat oleh Aishwarya. Dia mula mengganggu Aishwarya dengan datang ke rumah bekas kekasihnya itu tanpa diundang.
Bahkan, Salman menuduh Aishwarya mempunyai hubungan dengan Shahrukh Khan yang ketika itu sedang terlibat dengan projek filem bersama Aishwarya.
Tidak cukup dengan itu, Salman turut datang ke lokasi filem Chalte Chalte dan membuat kacau sehingga Aishwarya terpaksa digugurkan dari filem dan digantikan oleh Rani Mukherji.
Akan tetapi, semua usaha Salman Khan untuk membuatkan Aishwarya kembali bersamanya gagal.
Bahkan hingga kini, Aishwarya tidak pernah menerima tawaran filem yang menggandingkan dirinya dengan Salman Khan.
Sementara itu, hingga saat ini, Salman belum juga meninggalkan statusnya sebagai orang bujang, meskipun sering bertukar ganti kekasih.
Artikel yang berkaitan: Ingin jadi ayah tapi taknak kahwin, Salman Khan buat ini agar dapat anak
Kisah cinta artis Bollywood Abhishek Bachchan dengan Kharisma Kapoor
Sebelum berkahwin dengan Aishwarya Rai pula, Abhishek telah berkasih dengan Kharisma Kapoor dan berniat untuk bernikah dengannya.
Mereka bertemu buat pertama kali di majlis perkahwinan saudara Abhishek, iaitu Sweta Bachchan pada 1997.
Sejak itu, keduanya menjadi rapat hingga memutuskan untuk menjalin hubungan cinta. Mereka bersama selama 5 tahun sebelum akhirnya mengumumkan pertunangan mereka pada 2002.
Akan tetapi, pernikahan di antara keduanya tidak pernah terjadi. Ada berbagai sebab yang dilaporkan yang menjadi punca kegagalan pernikahan mereka.
Salah satu media melaporkan, penyebabnya adalah keluarga Bachchan sendiri yang meminta Kharisma untuk berhenti jadi artis setelah menikah dan hal ini tidak dipersetujui oleh Kharisma Kapoor.
Namun, Jaya Bachchan menafikan yang dia dan suami bertanggung jawab atas kegagalan rancangan pernikahan Abhishek.
Sementara itu, Cosmopolitan menyebut, hubungan cinta Kharisma Kapoor dan Abhishek gagal disebabkan masalah kewangan.
Dan muncul lagi laporan bahawa pernikahan itu dibatalkan kerana Abhishek tidak mahu memenuhi permintaan Kharisma yang ingin tinggal di rumah sendiri setelah berkahwin.
Kisah cinta Aishwarya Rai dengan Abhishek Bachchan
Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan telah lama berkawan dan sering bertemu. Bahkan ketika kedua-duanya sudah memiliki kekasih, mereka masih berkawan baik.
Apabila terlibat dalam beberapa projek filem yang membuatkan mereka sering bertemu, akhirnya benih-benih cinta mula tersemai. Terutamanya, setelah mereka putus dengan pasangan masing-masing!
Dari laman Bollywood Shaadis, tahun 2006-2007 adalah titik permulaan dalam kehidupan cinta mereka. Keduanya terlibat dalam tiga projek filem sekaligus. Hubungan mereka semakin kuat.
Dan akhirnya, Abhishek melamar Aishwarya Rai di New York ketika sedang mempromosikan filem Guru yang mereka bintangi.
Lamaran tersebut diterima dan keduanya bertunang pada 14 Januari 2007. Namun, banyak laporan yang menyatakan mereka tidak cocok.
Apalagi ketika itu, chemistry Aishwarya dengan Hrithik Roshan terlalu kuat dalam filem Dhoom 2 yang membuatkan peminat Bollywood berasa ragu dengan hubungan Aishwarya dan Abhishek.
Akan tetapi, keduanya tidak goyah. Aishwarya dan Abhishek menikah pada 20 April 2007. Anak pertama mereka, Aaradhya, lahir 4 tahun kemudian, pada 16 November 2011.
Aishwarya Rai kemudiannya menyepi seketika daripada dunia hiburan untuk membesarkan puterinya itu. Namun kini, setelah anaknya cukup besar, Aishwarya kembali menerima tawaran filem.
Pengajaran dari kisah cinta Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan
Mengapakah kami menulis tentang kisah cinta Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan ini?
Kami merasakan ada pengajaran buat kita semua di sebalik kisah percintaan yang panjang ini. Kemesraan Aishwarya dan Abhishek tidak pernah pudar meskipun sudah 10 tahun lebih mereka berkahwin.
Bahkan Jaya Bachchan juga sangat menyayangi dan berasa bangga dengan menantunya itu. Dalam berbagai temuramah, dia selalu mengatakan yang Aishwarya adalah menantu yang baik dan boleh menyesuaikan diri dengan tradisi keluarga.
Liku kisah cinta artis Bollywood yang satu ini membuatkan kita belajar bahawa kadangkala, kita perlu menempuh jalan yang panjang dan menyakitkan untuk memperoleh kebahagiaan.
Kebahagiaan dalam rumah tangga memerlukan usaha dan kerjasama dari kedua-dua pasangan suami isteri.
Malah, hubungan rapat dengan ibu dan ayah mertua perlu dibentuk kerana ia menjadi tiang sokongan dalam kehidupan berumah tangga.
Bagaimana pula dengan kisah cinta anda? Adakah ia juga umpama jalan cerita Bollywood?
Terjemahan daripada theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Rahsia Kebahagiaan 35 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama