Curang & Tak Sebulu Besarkan Anak Antara Punca 9 Selebriti Hollywood Ini Bercerai

Mungkin anda pernah dengar kisah perceraian beberapa selebiriti luar negara yang hangat bertebaran suatu ketika dulu, jom recap balik kisah mereka...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah perceraian artis memang menjadi salah satu topik yang hangat untuk dibahaskan terutama apabila mereka dalam kategori pelakon atau penyanyi popular.

Artis juga manusia biasa yang tak lari daripada perpisahan, kekecewaan dan kesedihan. Bayangkan setelah bertahun hidup bersama, memang perit untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan yang pernah bertakhta di hati.

Jom kita imbas kembali kisah perceraian artis Hollywood yang popular ini. Ada tak yang anda ingat?

9 kisah perceraian artis Hollywood, mana satu yang anda masih ingat? 

#1. Kisah perceraian Drew Barrymore & Will Kopelman (2016) 

Kedua-dua pelakon ini berkahwin pada tahun 2012 dan memiliki dua orang anak perempuan.

Semasa masih dalam perkahwinan itu, Drew Barrymore secara terbuka berkongsi masalah hubungan mereka dengan kemurungan yang dialami selepas melahirkan anak.

Akhirnya mereka mengambil keputusan berpisah, dan mengangap ia satu mimpi buruk yang pernah terjadi dalam hidupnya.

#2. Kisah perceraian Jennifer Garner and Ben Affleck (2015)

Setelah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan tiga anak, Ben Affleck dan Jennifer Garden nampaknya ditakdirkan untuk tidak dapat mempertahankan perkahwinan mereka.

Mereka bertemu di set Pearl Harbor pada tahun 2000 dan menjadi pasangan romantis yang cukup digilai ramai pada waktu itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka berkahwin pada tahun 2005 dan bercerai pada 2015. Ada rumors mengatakan Affleck mempunyai hubungan sulit dengan pengasuh anak mereka.

#3. Kisah perceraian Marc Anthony dan Jennifer Lopez (2014) 

Marc Anthony dan Jennifer Lopez pertama kali bertemu pada tahun 1998 di pentas panggung pameran Broadway.

Mereka juga banyak bekerjasama dalam pelbagai projek hingga tercetusnya bibit-bibit cinta dan melangsungkan perkahwinan yang cukup indah.

Namun pada 16 Jun 2014, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah dan menganggap perkahwinan bukanlah satu jalan yang betul dan tidak ada impian yang diharapkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kisah perceraian Mariah Carey dan Nick Cannon (2014) 

Mariah Carey mula berkenalan dengan Nick Cannon pada 2008 dan berkahwin pada tahun yang sama dalam majlis tertutup di Bahamas.

Namun dalam tahun berikutnya, mereka mengalami masalah rumahtangga dan bercerai pada Disember 2014.

#5 Kisah perceraian Kim Kardashian dan Kris Humphries (2013) 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan ini bercinta selama tujuh bulan dan kemudiannya berkahwin namun atas sebab perselisihan faham. Akhirnya, mereka bercerai pada bulan April 2013.

#6. Kisah perceraian Katie Holmes dan Tom Cruise (2012) 

Dikhabarkan, banyak sebab yang menjadi punca perpisahan itu terjadi dan salah satunya adalah hubungan Tom dengan gereja Scientology malah juga pandangan mereka yang sangat berbeza dalam soal membesarkan anak.

#7. Kisah perceraian Elin Nordegren dan Tiger Woods (2010) 

Juara Golf Amerika yang terkenal di seantero dunia, Tiger Wood mengakui menipu isterinya berkali-kali selama enam tahun untuk melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain. Kemudian pada tahun 2010, secara rasmi mereka berpisah.

Atas sebab dia mencemar reputasinya di dunia sukan, Woods terpaksa membayar $100 juta kepada Nordegren.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Artis Cerai – Nicole Kidman dan Tom Cruise (2001) 

Pasangan ini bertemu pada set filem Days Of Thunder pada tahun 1989 dan berkahwin pada Disember 1990.

Ketika itu Kidman berusia 23 tahun dan Cruise 28 tahun. Selepas berkahwin mereka banyak membintangi filem bersama.

Kemudian pada Februari 2011, Cruise memfailkan perceraian disebabkan tekanan dari Gereja Scientology.

9. Artis cerai – Brad Pitt dan Jennifer Aniston (2005) 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Brad Pitt dan Jennifer Aniston sangat mencintai antara satu sama lain dan berjaya sebagai pelakon. Malah mereka juga antara pelakon tercantik dan kacak di Hollywood.

Malangnya, perkahwinan mereka tidak dapat bertahan dan bercerai pada tahun 2005.

Ia dikatakan adalah kecurangan Pitt dengan Angelina Jolie di Set Mr & Mrs Smith. Kemudian Pitt berkahwin pula dengan pelakon tersebut dan akhirnya bercerai pada 2016.

Untuk dapatkan info yang lain anda boleh terus ke facebook page kami di theAsianparent Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Vogue

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnasihat-rumah-tangga/