Ibu Ini Berkongsi Kisah Sayu Di Sebalik Statistik 1 Daripada 4

Anda pernah dengar tentang statistik 1 daripada 4? Ia adalah statistik menyedihkan yang menunjukkan kadar kematian anak. Seorang ibu ada berkongsi cerita di FB!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Stacey Skrysak, seorang ibu, berkongsi kisah sedih di sebalik statistik 1 daripada 4 dalam satu posting FB. Anda pernah dengar tentang statistik ini? 

Apabila anda melihat gambar di bawah ini, apa yang anda lihat? Di sebalik senyuman seorang ibu dan gambar filter "hitam putih", foto yang dikongsikan oleh Stacey tampil nostalgik dan bahagia.

Ia seolah-olah satu cebisan daripada kegembiraan menjadi seorang ibu.

Tersembunyi kisah sedih di sebalik gambar

Sumber: FB Stacey

Namun, bagi Stacey, setiap kali dia melihat gambar ini, apa yang dirasakan hanyalah kesedihan.

"Saya adalah salah seorang yang jatuh ke dalam statistik 1 daripada 4. Sekali imbas, anda mungkin nampak detik bahagia antara seorang ibu dan anak perempuannya.

Kebahagiaan terserlah di mana seorang anak kecil memberikan ciuman ke pipi ibunya. Tetapi, gambar ini jauh dari menunjukkan kesempurnaan dan kegembiraan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam gambar ini, hanya ada seorang kanak-kanak, tapi saya sebenarnya adalah ibu kepada tiga orang anak (kembar tiga!)...seorang berpijak di bumi, dan dua lagi kini di syurga."

Ibu ini juga turut menjelaskan yang di sebalik pelukan yang dia berikan kepada anaknya dalam gambar ini, dia masih memikirkan bagaimana masyarakat mendesaknya untuk sentiasa tersenyum dan supaya segera menghilangkan kesedihan.

"Apa yang anda tidak nampak dalam foto ini adalah kesedihan."

Kesedihan memegang seorang anak sambil dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kesedihan menguruskan sebuah pengebumian, berbanding keceriaan menghias nurseri bayi.

Rasa sedih itu akan kekal, bertahun lamanya selepas mengucapkan selamat tinggal. Kesedihan itu takkan pernah pergi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Akan sentiasa ada sebahagian diri saya yang "pergi" bersama dua orang anak kecil saya. Tetapi, dengan masa berlalu, saya belajar bagaimana untuk menguruskan rasa sedih itu."

Ia tersembunyi, tidak kelihatan pada dasarnya.

"Kerana itulah yang masyarakat inginkan dari kami; ibu yang kehilangan anak-anak. Mereka tidak mahu lihat kami menangis.

Ada juga yang tidak mahu menerima betapa beratnya kehilangan yang kami rasakan.

Selama berpuluh tahun, kehamilan dan kematian anak adalah topik taboo yang orang ramai tidak mahu perkatakan, atau tidak selesa untuk membincangkannya."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Stacey telah membuat posting ini untuk memberitahu para ibu di luar sana yang isu kematian anak bukanlah satu isu yang disengsarai oleh anda seorang sahaja.

1 daripada 4 orang ibu akan mengalami kesedihan kematian seorang anak yang dikasihi!

Sumber: FB Stacey

Kehilangan anak boleh disebabkan oleh pelbagai sebab – keguguran atau kematian sewaktu lahir.

Malah, Stacey juga ingin menyedarkan masyarakat bahawa kematian seorang anak itu bukan disengsarai oleh si ibu sahaja, malah adik beradik turut merasainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Stacey menyatakan yang anak perempuannya akan membesar dengan sebahagian dirinya – dua orang adik kembarnya – yang hilang dari hidupnya. Dia tidak pernah dapat melihat dua orang kembarnya itu.

"Apa yang anda tidak dapat lihat adalah hubungan istimewa antara seorang adik dengan kakak dan abangnya.

Rantai yang sedang dibeleknya (dalam gambar) itu adalah rantai huruf pertama untuk nama kembarnya, Parker dan Abby.

Dia tidak berpeluang untuk bermain dengan kembarnya atau berjalan dengan mereka ke sekolah. Tetapi, dia tahu tentang kembarnya itu. Mereka akan sentiasa menjadi sebahagian dari hidunya."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Stacey Skrysak mengakhiri posting di FBnya dengan menyatakan bahawa bukan dia seorang sahaja yang menderitai rasa sedih akibat kehilangan anak.

Ramai lagi ibu lain di luar sana yang turut mengalami keadaan yang meruntun hati ini.

"Anda mungkin lihat gambar seorang anak dengan ibunya, tapi anda perlu tahu saya adalah ibu kepada kembar tiga. Saya adalah sebahagian daripada statistik 1 daripada 4. Dan, saya tidak keseorangan!"

Sumber: Popsugar.com, Stacey FB

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Noor