Dalam Diam Buat Kebaikan, Pejabat 4 Tingkat Shah Rukh Khan Dijadikan Pusat Kuarantin

Memandangkan ramai menyoalkan mengapa Shah Rukh Khan tidak menghulurkan bantuan untuk mangsa Covid-19 India, namun ia sebenarnya kisah sedekah dalam diam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah kehidupan, apabila kisah sedekah dipamerkan kepada orang ramai, ia dianggap sebagai perbuatan yang menunjuk-nunjuk dan apabila dilakukan secara diam-diam, akan dikata tidak membantu pula!

Pastinya tidak mudah untuk membuatkan semua pihak berasa puas hati. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan netizen yang suka mencari kesalahan orang dengan pelbagai komen kasar dan tidak sensiti melalui penggunaan akaun media sosial palsu.

Kisah sedekah yang tidak diketahui orang

foto: a news

Tidak hanya netizen ‘mak cik bawang’ di Malaysia sahaja, negara India juga mempunyai rakyat yang sering mengkritik seorang selebriti terkenal di dunia.

Memandangkan Shah Rukh Khan (SRK) menerima pelbagai komen dan kritikan dari netizen India yang kononnya beliau tidak membantu langsung masyarakat India menangani penularan Covid-19, akhirnya SRK telah membuka mulut dengan mengatakan kebenaran.

Pelakon berusia 54 tahun berkenaan telah tampil dengan menunjukkan bukti bahawa beliau dan isterinya, Gauri Khan menghulurkan bantuan kepada rakyat di beberapa negeri.

Selain itu, beliau turut mengorbankan pejabat peribadinya sebagai tempat kuarantin pesakit wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usaha pasangan ini disambut baik oleh pemerintah Mumbai yang berterima kasih atas sumbangan mereka. SRK dan Gauri telah mengubah suai pejabat empat tingkat menjadi tempat kuarantin individu tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Difahamkan, empat pejabat SRK tersebut adalah Kolkata Knight Riders, Red Chillies Entertainment, Meer Foundation and Red Chillies VFX.

Selain itu, pasangan ini bersama rakan perniagaan mereka, Juhi Chawla da Jay Mehta akan memberi sumbangan kepada Prime Minister’s Relief Fund melalui cawangan Kolkata Knight Riders.

Sebelum ini beberapa artis turut mengumumkan kisah sedekah yang dilakukan dengan menghulurkan sumbangan untuk membantu mengatasi wabak Covid-19 ini. Antaranya adalah Akshay Kumar, Vicky Kaushal, Katrina Kaif, Varun Dhawan, Sara Ali Khan, Alia Bhatt dan ramai lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas pendedahan berkenaan, rata-rata peminat memuji tindakan Shah Rukh Khan dan berharap lebih ramai selebriti membantu menghulurkan bantuan ketika negara berhadapan dengan wabak yang boleh membawa maut ini.

Wabak Covid-19 di India

foto: astro awani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut agensi berita Anadolu, setakat 5 April negara India telah menyaksikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 77, manakala kes positif sebanyak 3,374.

Pegawai kesihatan berkata, sebanyak 3,030 kes aktif dan 267 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital. Kebanyakan kes dilaporkan berlaku di negeri Maharashtra, Tamil Nadu, New Delhi, Kerala, Uttar Pradesh dan Rajasthan.

Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India, sebanyak 79,950 sampel sudah diuji pada 9 malam, 4 April. Pakar percaya jumlah kes mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk ini.

Menurut Perdana Menteri India, Narendra Modi, beliau telah mengeluarkan perintah berkurung selama tiga minggu sebagai langkah mengekang penularan Covid-19 yang berkuat kuasa pada 25 Mac 2020.

“Untuk selamatkan India, selamatkan setiap rakyat, anda, keluarga anda… setiap jalan, setiap kejiranan termaktub dengan perintah berkurung,” katanya.

Berbanding dengan negara lain, India dilihat sedikit ke belakang dari segi angka berkaitan kes Covid-19 ini, namun ia mencatatkan peningkatan ketara mencecah 519 kes dan 10 kematian beberapa hari yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perintah berkurung di negara India merangkumi penutupan sempadan masuk dan melarang pergerakan kecuali untuk perkhidmatan perlu.

Modi turut memberi amaran kepada rakyatnya supaya patuh perintah berkurang jika mereka serius mahu menghentikan penularan wabak itu.

“Saya bercakap hal ini bukan atas kapasiti Perdana Menteri tetapi sebagai seorang rakyat dan ahli keluarga,” katanya.

Menyerang kawasan yang padat penduduk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

India disaran untuk lebih bersedia berdepan penularan wabak Coronavirus selepas sebuah kawasan paling miskin di Asia telah merekodkan kematian pertama pada Rabu yang lalu.

Pegawai Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai Mumbai (BMC), Kiran Dighavkar berkata, ini berikutan seorang lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia akibat jangkitan tersebut di Dharavi.

“Pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan namun telah meninggal dunia sejam selepas ujian saringan mendapati dia positif COVID-19,”

“Sejurus selepas itu, kesemua ahli keluarga lelaki berkenaan dikuarantin di rumahnya untuk melakukan ujian saringan bagi mengelakkan jangkitan terus merebak,” katanya.

Dalam pada itu, Kiran berkata, penularan wabak berkenaan dikhuariti akan melumpuhkan sistem kesihatan negara India dengan peningkatan kes jangkitan melebihi negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Hal ini kerana kawasan Dharavi mempunyai kepadatan penduduk kira-kira satu juta orang dengan anggaran 30 kali lebih tinggi berbanding New York,”

“Perkara ini tidak boleh dinafikan jika wabak Covid-19 terus tersebar dengan cepat melalui kawasan-kawasan miskin dalam negara ini,” jelasnya.

Sumber: Mstar, Berita Harian

Kredit foto: E Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsumber-pendapatan