TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

KitKat® Menampilkan Coklat Gelap Koko Asli Borneo di Pameran Koko Antarabangsa, Mengukuhkan Komitmen Terhadap Industri Koko Malaysia

3 min bacaan
KitKat® Menampilkan Coklat Gelap Koko Asli Borneo di Pameran Koko Antarabangsa, Mengukuhkan Komitmen Terhadap Industri Koko Malaysia

Nestlé Malaysia meraikan keunikan koko sebagai produk warisan Malaysia dan memperkenalkan biji koko tempatan ke pentas antarabangsa menerusi Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (Malaysian International Cocoa Fair, MICF) 2025, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Sebagai Penaja Platinum, Nestlé mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian dan inovasi dalam pelbagai produk berasaskan koko, termasuk KitKat® Dark Borneo iaitu coklat yang menggunakan biji koko asli dari Sabah dan Sarawak.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Nestlé menyasarkan untuk memperoleh 10,000 tan metrik koko dari ladang-ladang tempatan menjelang tahun 2034, dalam usaha menggiatkan semula industri penanaman koko Malaysia.

KitKat Dark Borneo

Tumpuan utama pameran ini ialah kerjasama Nestlé bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) yang memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan industri koko negara. Menerusi Inisiatif Koko Borneo Nestlé (Nestlé Borneo Cocoa Initiative, NBCI) yang dilancarkan pada tahun 2023, Nestlé telah mengembangkan program Farmer Connect ke Malaysia Timur bagi melengkapkan petani tempatan dengan kaedah penanaman yang lebih baik.

NBCI menggalakkan pertanian regeneratif melalui agroforestri, penanaman sela dan pengurusan kesuburan tanah, sekaligus meningkatkan hasil dan daya tahan ladang di samping melindungi ekosistem semula jadi.

Komitmen Nestlé Malaysia terhadap sumber beretika, pengeluaran yang disahkan halal dan kelestarian jangka panjang dapat dilihat menerusi rantaian bekalan kokonya.

KitKat® Dark Borneo yang dibangunkan melalui kerjasama ini melambangkan kepakaran Malaysia dalam penanaman koko, dihasilkan menggunakan biji koko tempatan yang memperkasakan tradisi dan warisan tanah air.

“Dengan eksport mencecah RM15 bilion pada tahun 2024, sektor pemprosesan koko Malaysia terus berkembang, didorong terutamanya oleh penggunaan biji koko import. Namun, pengeluaran koko tempatan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, dan ini menampilkan potensi besar bukan sahaja untuk pertumbuhan industri tetapi juga dapat meningkatkan taraf hidup komuniti petani, khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai persekitaran yang amat sesuai untuk penanaman koko berkualiti tinggi.

Nestlé Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan bagi memperluaskan penanaman koko sambil mengekalkan piawaian kelestarian tertinggi, ketelusan rantaian bekalan dan pematuhan hak asasi manusia. Kami amat menghargai dan teruja untuk mengetengahkan dedikasi para petani di Borneo Utara melalui produk inovatif yang membawa keceriaan kepada rakyat Malaysia dan pengguna global, seperti yang telah kami capai dengan KitKat® Dark Borneo – yang kini turut diperkenalkan dalam varian khas aiskrim,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia.

Diperbuat dengan 100% biji koko yang diperoleh secara bertanggungjawab, ditanam di kawasan tanah gunung berapi yang subur dan iklim hutan hujan tropika Sabah dan Sarawak, KitKat® Dark Borneo ialah coklat berasaskan koko asli yang mencerminkan keunikan warisan koko Malaysia. Menawarkan keseimbangan rasa yang unik – tidak terlalu pahit, tidak terlalu manis – hasil kaedah penapaian dan pengeringan matahari yang teliti. KitKat® Dark Borneo turut menerima Anugerah Inovasi Terobosan BASES NielsenIQ (NielsenIQ BASES Breakthrough Innovation Award) 2024, sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan produk dan peningkatan minat pengguna terhadap coklat berasaskan koko asli.

“KitKat® sentiasa sinonim dengan kenikmatan dan keceriaan. Dengan KitKat® Dark Borneo, kami ingin mencipta sesuatu yang benar-benar menghargai warisan budaya Malaysia. Produk ini mengandungi 52% koko, memberikan keseimbangan sempurna antara cita rasa pekat dan tekstur yang lembut.

Kami juga kini memperluaskan penggunaan koko tempatan ke kategori lain, antaranya Aiskrim KitKat® Dark Borneo iaitu aiskrim wafer berlapis yang disaluti coklat gelap koko Borneo dan ditaburi serbuk wafer KitKat®, kata Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery.

Semua produk KitKat® Dark dihasilkan di Kompleks Perindustrian Chembong milik Nestlé yang bersijil Halal di Negeri Sembilan, salah satu kilang konfeksi dan Ais Krim Nestlé yang terbesar di Asia. Kemudahan ini berfungsi sebagai hab utama pengeluaran eksport, yang membekalkan produk halal KitKat® ke pasaran ASEAN serta destinasi global lain.

Kilang ini telah melaksanakan inisiatif kelestarian yang signifikan, termasuk pengenalan Loji Janakuasa Biojisim yang beroperasi menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui daripada tandan kosong kelapa sawit dan tempurung kelapa sawit, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil serta menyokong matlamat Nestlé ke arah pengilangan neutral karbon. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery, FB di https://www.facebook.com/KitKatMalaysia dan IG di www.instagram.com/KitKatMalaysia

Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • KitKat® Menampilkan Coklat Gelap Koko Asli Borneo di Pameran Koko Antarabangsa, Mengukuhkan Komitmen Terhadap Industri Koko Malaysia
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham