Ibu Luah Kecewa Terhadap Klinik Kesihatan, Anak Meninggal Selepas Cirit-Birit

Seorang ibu tidak dapat menyembunyikan kekecewaan terhadap sebuah klinik kesihatan yang didakwa gagal mengesan tanda awal masalah anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu melahirkan rasa terkilan dan kecewa apabila anaknya yang berumur dua tahun meninggal dunia selepas didakwa tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat kecuaian seorang doktor sebuah klinik kesihatan di Bentong.

Berdasarkan hantaran daripada Facebook Erma Iswani dia begitu kesal apabila anaknya Muhammad Umair Muhammad Ridhwan, 2, tidak mendapat rawatan yang sewajarnya sehingga menghembuskan nafas terakhir hanya dalam tempoh satu hari.

“Anak saya telah mengalami cirit birit dari tengah malam hingga ke pagi sebanyak 21 kali. Saya juga turut memberitahu doktor bahawa anak saya tidak aktif seperti kebiasaan dan doktor sedia maklum mengetahui anak saya seorang OKU (orang kelainan upaya) yang mempunyai masalah GDD (Global Developmental Delay),” tulisnya.

Namun petugas kesihatan di klinik terbabit, dakwanya, hanya memberi preskripsi tiga peket ubat air garam bagi menyembuhkan kemungkinan keracunan makanan setelah memeriksa kulit, perut dan suhu badan bayinya.

“Saya rasa agak risau kerana mata (anak) dah mula kelihatan tenggelam dan sedikit kecewa kerana saya mengharapkan (doktor) beri arahan untuk refer ke hospital atau pun darah diambil tetapi tiada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya juga lihat kaki anak kemerahan berbintik sambil berfikir, takkan la doktor tu tak nampak kaki anak aku,” katanya.

“Sebaik keluar daripada klinik apabila di dalam kereta saya melihat kaki anak kemerahan berbintik dan mata pun cengkung ke dalam dan saya rasa tidak berpuas hati, tanpa berlengah saya terus pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dari doktor lain,”katanya.

Dia memberitahu selepas diperiksa dan ujian darah diambil doktor klinik swasta berkenaan telah memberi surat rujuk ke hospital memandangkan bacaan darah putih terlalu tinggi dan anaknya sudah tidak aktif.

“Dalam pukul 3 petang, saya bawak anak saya ke Wad Kecemasan Hospital Bentong dalam keadaan sudah lembik dan tidak sedarkan diri. Hancur hati saya mengusung anak dalam keadaan macam itu,” luahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Erma memberitahu, anaknya terpaksa ditidurkan kerana keadaannya sangat kritikal dan pada hari sama juga dihantar ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) di Hospital Temerloh untuk menerima rawatan.

Cuba Dapatkan Penjelasan Doktor

Pada 14 Julai lalu, dia kembali ke klinik kesihatan yang sama untuk mendapatkan penjelasan doktor yang tidak dapat mengesan masalah kesihatan anaknya dalam pemeriksaan sebelum ini.

“Saya sangat terkilan bila dia jawab bahawa prosedur klinik kerajaan berdasarkan keadaan anak ketika itu tidak memerlukan darahnya untuk diambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kalau benarlah itu prosedur klinik kesihatan kerajaan sekarang, saya sangat hampa,” luahnya lagi.

Dalam tulisannya, Erma memberitahu, anak keduanya itu telah meninggal dunia pada pukul 9.34 pagi semalam.

Kes Disiasat, Jabatan Kesihatan Pahang Mengambil Tindakan Lanjut

Sementara itu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, pada masa ini punca kematian masih dalam siasatan dan berdasarkan siasatan awal kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) dengan penyakit lewat perkembangan global (GDD) berusia dua tahun enam bulan itu mula mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan pada 12 Julai lalu selepas mengalami cirit-birit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ibu Terlelap Seketika, Bayi 2 Bulan Meninggal Tertindih Ketika Menyusu Dalam Kereta

Baca juga : Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

Baca juga : Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi