Komplikasi Kehamilan Boleh Meragut Nyawa Ibu & Bayi, No.5 Antara Yang Paling Bahaya!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak komplikasi kehamilan? Justeru, sentiasa berwaspada dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan sebarang masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui perjalanan sebagai ibu berbadan dua bukanlah sesuatu perkara mudah. Sesetengah wanita terpaksa berdepan alahan sehingga usia kandungan mencecah 7 bulan dan juga pelbagai komplikasi kehamilan yang bahaya.

Dalam hal ini boleh dikatakan masalah kesihatan yang dialami sebelum anda mengandung berupaya menyebabkan pelbagai masalah ketika kehamilan.

Jenis komplikasi kehamilan yang bahaya

credit to sources

Komplikasi kehamilan boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Ia turut berupaya mengancam keselamatan sehingga meragut nyawa.

Antara jenis masalah kesihatan yang boleh berlaku ketika anda hamil ialah:

#1. Keguguran janin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehilangan anak adalah sesuatu yang cukup menyedihkan. Ia boleh berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan. Namun kebanyakan kes berlaku adalah pada trimester pertama sehingga 13 minggu tempoh mengandung.

Kewujudan kromosom tidak normal atau masalah berkaitan sistem pembiakan wanita menyebabkan telur tidak dapat disenyawakan dengan baik dan seterusnya menyebabkan keguguran berlaku.

#2. Kehamilan ektopik 

Ia terjadi ketika telur berada di luar rahim iaitu tiub fallopio yang membawa kesakitan teruk terhadap ibu mengandung.

Kesannya, janin tidak dapat membesar dengan baik. Hal yang lebih teruk lagi ia menyebabkan kerosakan pada sistem pembiakan dan berpotensi mengancam nyawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda membiarkan janin terus membesar, tiub fallopio akan mengalami pecah dan membawa kepada pendarahan dalam yang teruk.

#3. Masalah air ketuban

Cecair amniotik atau air ketuban berfungsi sebagai perlindungan terhadap bayi dalam kandungan. 

Sekiranya ibu memiliki air ketuban dalam kuantiti sedikit atau terlebih banyak, ia akan menjejaskan fungsi rahim. Jika kurang, ia akan menganggu perkembangan otot, badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala air ketuban yang berlebihan pula mengakibatkan kelahiran pramatang, pendarahan selepas bersalin dan gangguan plasenta.

#4. Tekanan darah tinggi

credit to sources

Keadaan komplikasi kehamilan melibatkan tekanan darah menjadi tinggi dan kadar protein dalam air kencing meningkat. Biasanya ia terjadi selepas kehamilan anda mencecah 20 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ada juga sesetengah kes berlaku lebih awal atau selepas kehamilan. Antara gejalanya ialah pening, kenaikan berat badan mendadak, air kencing berkurangan, penglihatan kabur dan bengkak pada bahagian muka serta tangan.

Ibu dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami simptom sakit kepala, abdomen dan penglihatan kabur yang teruk.

#5. Penyakit plasenta

Gangguan berlaku apabila plasenta atau sebahagiannya terpisah daripada rahim ketika bayi belum dilahirkan. Kesannya, janin tidak dapat menerima nutrisi dan oksigen dengan mencukupi

Keadaan ini paling kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Antaranya ialah sakit kontraksi, pendarahan faraj dan sakit perut.

#6. Berlaku gumpalan darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya gumpalan darah ini berlaku pada bahagian urat kaki. Ibu hamil cenderung mengalami masalah ini sepanjang tempoh mengandung dan selepas melahirkan bayi.

Ia berlaku apabila tumbesaran rahim menghalang darah pada bahagian bawah badan untuk kembali kepada organ jantung.

Meskipun ia amat jarang berlaku, namun trombosis vena ini adalah cukup bahaya.

#7. Ketidaknormalan plasenta

credit to sources

Komplikasi kehamilan yang lain adalah melibatkan plasenta tidak normal. Keadaan ini terjadi apabila embrio terbentuk dalam rahim selepas persenyawaan memiliki jisim tidak normal.

Ia juga dipanggil sebagai penyakit trofoblastik kehamilan. Jika terjadi, ibu hamil memerlukan pelebaran (dilation) dan curettage (D&C) dalam kadar segera.

Di samping itu, anda memerlukan rawatan lanjut yang teliti kerana tisu molar boleh wujud semula dan berkembang menjadi kanser.

#8. Anemia

Anemia merupakan salah satu komplikasi yang sering berlaku pada ibu hamil ketika jumlah sel darah merah yang sihat lebih rendah dari tahap normal. Kebiasannya ia berkait rapat dengan kekurangan bekalan zat besi dan asid folik.

Penyebab lainnya ialah genetik ibu ayah, perubahan hormon, gangguan sistem tubuh serta penyakit ginjal.

Sekiranya ibu hamil mengalami masalah anemia, anda akan mudah berasa penat, pening, sesak nafas dan pengsan.

#9. Kelahiran pramatang

Kelahiran pramatang terjadi ketika ibu melahirkan bayi sebelum 37 minggu kehamilan. Kebiasaannya akan mengalami sakit kontraksi yang teratur dan bahagian rahim mula melebar serta menipis.

Risiko kelahiran pramatang menjadi tinggi sekiranya anda pernah keguguran, memiliki fibroid rahim atau jangkitan pada saluran air kencing.

Sebenarnya ibu-ibu dapat mengelakkan sebarang komplikasi ketika kehamilan terjadi jika melakukan rawatan prenatal secara teratur. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, ibu akan segera mendapatkan rawatan yang tepat.

Sumber: Msn.com

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkebaikan-senaman