Black Ivory kopi, atau lebih dikenali dengan nama “kopi tahi gajah” yang dihasilkan di kawasan “Golden Triangle” Thailand iaitu kawasan yang lebih dikenali dengan eksport candu, dibuat dengan satu proses yang sangat unik.
Di sini, gajahnya akan diberi makan biji kopi yang telah dicampurkan ke dalam makanan gajah seperti buah-buahan.
Sepanjang tiga hari, biji kopi tersebut akan melalui sistem penghadaman si gajah dan dikutip dan diasingkan daripada najisnya sebelum dicuci, dikering dan dipanggang.
Kopi tahi gajah ini merupakan kopi termahal di dunia!
Menurut pengasas Black Ivory Kopi, Blake Dinkin, seorang usahawan berusia 44 tahun yang berasal dari Kanada, 33lbs biji kopi hanya dapat menghasilkan 1lbs kopi.
Kopi tahi gajah begitu istimewa kerana haiwan ini hanya makan rumput dan banyak makanan kehijauan, seperti daun dan buah-buahan.
Diet unik haiwan ini telah menghasilkan kopi yang beraroma lembut dan rasa sedikit fruity atau rasa buah. Itu penjelasan Encik Dinkin.
Gajah merupakan sejenis binatang herbivor, yang berupaya memproses, dan memecahkan selulosa.
Penapaian diperlukan untuk menghasilkan wain, bir atau kopi, kerana ia membantu mengeluarkan gula daripada biji, serta rasa buah daripada pulpa kopi.
Penapaian membantu menyingkirkan kepahitan kopi, menurut Encik Dinkin, yang menjelaskan bahawa gula tidak diperlukan untuk memaniskan minuman tersebut.
“Saya mahu orang rasa kopi dengan rasa kacang, bukan hanya biji kopi dipanggang,” katanya.
“Aroma bunga dan coklat; seperti malt coklat dengan sedikit ceri; tidak ada kepahitan; dan ia sangat lembut, seperti teh. Minuman saya sangat unik kerana rasanya adalah kacukan antara kopi dan teh.”
Mr Dinkin memperoleh sumber kopi Arabica dari kaum orang bukit di utara Thailand berhampiran sempadan dengan Myanmar. Kopi jenis ini menambahkan lagi rasa pedas pada kopi ini.
Beliau telah meminta beberapa orang untuk merasainya dan memberikan pandangan mereka terhadap kopinya. Rata-rata, ramai yang sukakan rasa kopi yang unik tersebut.
“Ia rasa seperti buah-buahan,” kata seorang wanita. “Ia rasa seperti kismis kepada saya. Kopi ini sangat sedap dan saya sangat sukakannya!”
Seorang tetamu lelaki menyatakan ia mempunyai ‘rasa yang lembut.
“Biasanya saya menambah gula dengan kopi. Tetapi…untuk kopi ini, tidak perlu,” katanya.
Black Ivory kopi, juga mendermakan lapan peratus daripada jualannya ke arah penjagaan gajah, dan kopi tersebut hanya boleh didapati di hotel lima bintang dan resort di Asia dan Timur Tengah.
Kenapa kopi najis gajah paling mahal di dunia? Kerana prosesnya yang unik dan kesukaran untuk mendapatkannya. Ia berharga $70 (RM310) untuk secawan!
Rencana diterjemah daripada DailyMail UK.
Gambar daripada DailyMail UK.